Pendaftaran Program Vaksinasi Dari Rumah Untuk Warga Emas – KKM

vaksinasi di rumah kkm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Seperti yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan YB Khairu Jamaluddin, warga emas dinasihatkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 dan suntikan dos penggalak bagi meningkatkan perlindungan diri daripada virus COVID-19 – terutamanya menjelang bulan Ramadan dan Hari Raya tak lama lagi.

Bermula 1 April 2022, status vaksinasi untuk penerima vaksin primer Sinovac 18 tahun ke atas dan warga emas 60 tahun ke atas yang menerima semua jenis vaksin, akan bertukar daripada “Lengkap Vaksinasi” ke “Tidak Lengkap Vaksinasi” di aplikasi MySejahtera sekiranya tidak mengambil dos penggalak.

Berita baik bagi warga emas yang menghadapi masalah logistik atau tidak dapat hadir ke PPV, perkhidmatan Home Vaccination kini disediakan oleh Kerajaan untuk memperluaskan dan mempercepatkan vaksinasi terus ke rumah.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Program Home Vaccination bagi warga emas yang tidak dapat hadir ke PPV.

Apakah Program Home Vaccination?

Perkhidmatan Home Vaccination adalah inisiatif Kerajaan untuk memperluaskan dan mempercepatkan vaksinasi dos penggalak sebelum keistimewaan sijil vaksinasi penuh ditarik semula daripada penerima vaksin yang tidak mendapat dos penggalak selewa-lewatnya pada 31 Mac 2022.

Ia juga adalah satu langkah melindungi warga emas kerana mereka adalah golongan yang berisiko.

Pendaftaran bagi perkhidmatan ini boleh dibuat melalui talian hotline untuk Home Vaccination iaitu 1700-811-007 setiap hari mulai 28 Mac dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Sebagai alternatif, orang ramai juga boleh menghantar teks melalui applikasi WhatsApp di talian +6012-6787911 dan anda akan menerima maklum balas dalam masa satu hingga tiga hari.

Cara Pendaftaran Vaksinasi Dari Rumah KKM

Dikongsikan cara-cara untuk memohon pendaftaran vaksinasi di rumah:

  • 1) Dial 1700-811-007
  • 2) WhatsApp 0126787911
  • 3) Mohon vaksinasi di rumah melalui MySejahtera (rujuk langkah di bawah)
Pilih pilihan C

Cara Mohon Vaksinasi Di Rumah Melalui My Sejahtera

  1. Pergi ke Helpdesk MySejahtera
  2. Klik Pilihan A – Temu Janji Vaksinasi Penggalak
  3. Klik Pilihan C – Saya / tanggungan (dependent) saya terlantar dan memerlukan vaksin di rumah
  4. Sila isikan butiran di bawah dan muat naik surat daripada doktor anda untuk pertimbangan KKM dan CITF bagi program imunisasi di rumah anda.
vaksinasi rumah kkm

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, dilampirkan kenyataan media oleh ProtectHealth

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut