Bantuan Skim Rezeki Ternak yang diperkenalkan sebelum ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2022.
Bagi yang berminat, di sini kami kongsikan cara permohonan dan syarat-syarat untuk semakan anda.
Apakah Program Skim Rezeki Ternak DVS?
Permohonan Rezeki Ternak Ruminan dibangunkan bertujuan membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.
Skop bantuan adalah dalam bentuk bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.
Sasaran Program
Petunjuk prestasi utama / sasaran Program Rezeki Ternak Ruminan (Bantuan Ternakan) adalah:
Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Reseki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.
Tarikh Permohonan
Permohonan dibuka bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.
Syarat-syarat Permohonan Program Skim Rezeki Ternak Ruminan 2022
Pemohon hendaklah:
- Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
- Penternak kecil sedia ada yang berdaftar dengan e-vetpermit Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia
- Mempunyai modal tunai sekurang-kurangnya 10% dari nilai perolehan induk ternakan (bagi geran padanan 10:90 bantuan induk ternakan ruminan)
- Mempunyai pengalaman menternak sekurang-kurangnya satu tahun dan masih aktif beroperasi
- Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai
- Pemohon tidak menerima bantuan yang sama dari agensi / jabatan lain dan pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek
Cara Permohonan Program Rezeki Ternak Ruminan 2022
Pemohon yang berminat dan menepati syarat seperti yang ditetapkan boleh mengisi borang dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster di atas.
Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.
Baca juga:
- Permohonan Program JUMPER PUNB 2021, Elaun RM1,200 Sebulan
- Semakan Cukai Taksiran / Cukai Pintu Setiap PBT & Bayaran Online
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak urusetia melalui talian 03-88702406/ 03-88702421
Laman web: http://www.dvs.gov.my/
Layari media sosial Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pertanyaan dan maklumat lanjut di pautan berikut: https://www.facebook.com/veterinarmalaysia/posts/267949822023413