Program Madani Rakyat Johor 2025 – Zon Selatan [23 – 25 May 2025]

Program Madani Rakyat Johor 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program MADANI Rakyat Johor 2025 merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI

Program ini diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya Program MADANI Rakyat Johor 2025.

    Program MADANI Rakyat Johor 2025

    Program MADANI Rakyat Johor 2025 merupakan sebuah inisiatif anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 23 Mei 2025 di Toppen Shopping Centre, Tebrau, Johor.

    Program ini dianjurkan dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Kerajaan Negeri Johor. Bertemakan “Belia MADANI, Yakin Boleh”, PMR 2025 Johor turut diadakan serentak dengan Sambutan Hari Belia Negara peringkat negeri.

    Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 23 Mei jam 3 petang, dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri.

    Objektif Program MADANI Rakyat Johor 2025

    Matlamat utama program ini adalah untuk memperkasakan belia menerusi pelbagai aktiviti pembangunan dan kebajikan, di samping menjadi medium penyampaian dasar dan inisiatif Malaysia MADANI secara langsung kepada masyarakat.

    Antara objektif yang digariskan termasuklah:

    • Pemberdayaan anak muda melalui platform kerjaya, keusahawanan, sukan massa, dan kesejahteraan sosial
    • Menjalin keterlibatan efektif antara rakyat dan agensi kerajaan
    • Pendekatan strategik dan bersasar dengan emberi penekanan kepada penyampaian manfaat terus kepada komuniti melalui libat urus secara menyeluruh

    Tarikh & Tempat

    Program Madani Rakyat Johor 2025

    Ketetapan jadual Program MADANI Rakyat Johor 2025 adalah seperti berikut:

    • Tarikh: 23 hingga 25 Mei 2025 (Jumaat hingga Ahad
    • Masa:  10 pagi hingga 9 malam pada (Jumaat dan Sabtu) serta dari 10 pagi hingga 6 petang (Ahad)
    • Lokasi: Toppen Shopping Centre Johor Bahru, Johor

    Program ini dianjurkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Belia dan Sukan serta Kerajaan Negeri Johor.

    Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada 23 Mei jam 3 petang, dan akan disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama barisan kepimpinan tertinggi kerajaan Persekutuan dan negeri.

    Tarikan & Program Diadakan

    Sepanjang tiga hari penganjuran, pelbagai aktiviti menarik dan interaktif telah dirancang untuk pengunjung.

    Antaranya termasuk Semarak Subuh, senamrobik @Bakti Komuniti MADANI, Taklimat Internet Selamat, pertandingan mewarna dan E-sport, busking rakyat, Kenduri Rakyat MADANI, dan program Bicara Ilmu.

    Di samping itu, program turut menyediakan pelbagai perkhidmatan mesra rakyat seperti kaunter ‘touchpoint’ kerajaan, inisiatif kesejahteraan, jualan MADANI, Jualan RAHMAH, perkhidmatan kesihatan, tawaran pekerjaan, dan pertukaran topi keledar secara percuma.

    Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menyediakan kaunter saman untuk kemudahan orang ramai.

    PROGRAM YANG DIJALANKAN

    Program Madani Rakyat Johor 2025

    Program Madani Rakyat Johor 2025

    Program Madani Rakyat Johor 2025

    Program Madani Rakyat Johor 2025

    Maklumat Lanjut

    Untuk sebarang maklumat lanjut berkenaan Program Madani Rakyat Johor, sila layari laman web rasmi MADANI Malaysia. Atau, ikuti FACEBOOK rasmi Malaysia MADANI.

    Follow eCentral di WhatsApp Channel
    Ikut