Program MADANI Rakyat – Zon Timur [Julai 2024]

Program MADANI Rakyat merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI. 

Program ini diteruskan lagi ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Skim Perubatan Madani 2024 : Semakan Baki & Rawatan Percuma

Program MADANI Rakyat 

Program MADANI Rakyat ini merupakan wadah untuk masyarakat mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada kementerian dan agensi di peringkat Kerajaan Persekutuan dan peringkat Kerajaan Negeri. 

Di samping itu,  memberi peluang kepada masyarakat umum mengemukakan pandangan dan cadangan penambahbaikan mutu perkhidmatan Kerajaan. 

Program ini juga dapat mewujudkan saluran komunikasi berterusan antara masyarakat dengan Kerajaan, sekaligus memperkukuhkan hubungan dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera selaras dengan agenda Malaysia MADANI.

Tarikh & Tempat Program MADANI Rakyat Zon Timur

Program MADANI Rakyat - Zon Timur [Julai 2024]

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur merangkumi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.

  • Tarikh: 5 hingga 7 Julai 2024 (Jumaat hingga Ahad)
  • Masa: 9.00 pagi hingga 10.00 malam, 7 Julai 2024 (Ahad), bermula pada pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang
  • Lokasi: Dataran Sayangi Kuantan, Pahang. 

Program ini merupakan Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan Kerajaan Negeri Pahang. 

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Tengah telah diadakan dari 23 hingga 25 Februari 2024 yang lalu di Kompleks Sukan Kuala Selangor, Selangor dengan kerjasama strategik Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Kerajaan Negeri Selangor. 

Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara pula telah berlangsung dari 3 hingga 5 Mei 2024 di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang melalui kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Nantikan Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang bakal diadakan seterusnya!

Objektif

Objektif penganjuran program ini adalah untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar-dasar dan inisiatif baru yang diperkenalkan kepada rakyat, meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara Kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala. 

Program ini turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai Kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta para pemegang taruh.

Penganjuran program ini memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

Tarikan & Program Diadakan

Program MADANI Rakyat Zon Timur memberi tumpuan kepada aktiviti berkaitan kesejahteraan rakyat, agenda perpaduan, TVET dan karnival kerjaya, pelancongan, pertanian dan keterjaminan makanan. 

Di samping itu, terdapat juga program berkaitan kesejahteraan luar bandar serta pameran dan perkhidmatan berhubung pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan Kecerdasan Buatan (AI). 

Program MADANI Rakyat - Zon Timur [Julai 2024]

Serta, terdapat juga pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri berkaitan. Bukan itu sahaja, pameran aset-aset Kerajaan turut disediakan untuk pengunjung. Jualan MADANI juga diadakan dan menawarkan potongan harga serta tawaran istimewa. 

Program ini turut melibatkan kolaborasi strategik syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), dan pihak swasta. 

Majlis perasmian Program MADANI Rakyat 2024 Zon Timur ini disempurnakan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim pada 6 Julai 2024 (Sabtu) dan turut dihadiri oleh pimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

Laluan Bas

Berikut adalah laluan perkhidmatan bas ulang-alik (shuttle) yang boleh digunakan:

  1. 🚌 Hub Bandar Kuantan- Stadium & UTC 🅿️
  2. 🚌 Kuantan City Mall
  3. 🚌 East Coast Mall
  4. 🚌 Masjid Negeri
  5. 🚌 Menara 188
  6. 🚌 Esplanade Kuantan
  7. 🚌 Hospital Besar Kuantan
  8. 🚌 Majlis Bandraraya Kuantan/ Dataran Sayangi Kuantan
  9. 🚌 LHDN Kuantan
  10. 🚌 Kuantan Parade
  11. 🚌Jalan Bukit Ubi
Program MADANI Rakyat - Zon Timur [Julai 2024]

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi MADANI Malaysia. Atau, ikuti FACEBOOK rasmi Malaysia MADANI.

Bantu kami share artikel ini: