Permohonan Program JUMPER PUNB 2021, Elaun RM1,200 Sebulan

jumper punb
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program JUMPER PUNB kini kembali lagi bagi sesi pengambilan Disember 2021.

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada perantis PUNB?

Jom ketahui lebih lanjut tentang Program JUMPER PUNB Sesi Disember ini.

Apakah Program JUMPER PUNB?

Sebuah program latihan keusahawanan di bawah bimbingan mentor perniagaan yang berpengalaman dalam industri perniagaan yang terpilih.

Program ini mensasarkan graduan muda Bumiputera yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan serta menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran perantis sebagai persediaan awal bagi menjadi seorang usahawan.

Baca juga: Cara Dapatkan Bank Statement BSN (Penyata Kewangan)

Keistimewaan Program

Nak tahu apa keistimewaan yang akan anda perolehi apabila bergelar perantis Program JUMPER PUNB?

Jom baca di sini.

  • Perantis akan menerima elaun sara diri sebanyak RM1,200 sebulan
  • Program latihan berkonsepkan Latihan Sangkut selama 8 bulan
  • Perantis berpeluang untuk mempelajari tentang selok-belok menguruskan perniagaan selain menjalani program latihan dan kursus penyediaan Rancangan Perniagaan
  • Pembiayaan patuh syariah
  • Setelah tamat latihan, perantis yang berminat untuk menjalankan perniagaan berpeluang untuk mendapatkan pembiayaan RM100,000 hingga RM400,000 (perniagaan berkonsep) bagi mereka yang layak

Syarat Kelayakan

  1. Berminat menjadikan perniagaan sebagai kerjaya pilihan dan mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan.
  2. Berminat untuk membuka perniagaan berkonsep bersama syarikat-syarikat mentor yang terpilih.
  3. Mencari program latihan & bimbingan perniagaan daripada usahawan (Mentor) yang berpengalaman dalam industri.
  4. Graduan Bumiputera berumur 30 tahun & ke bawah semasa tarikh pendaftaran.
  5. Pemegang Ijazah, Diploma atau Sijil Kemahiran (Tahap 2 ke atas) dari Institusi yang diiktiraf Kerajaan (MQA).
  6. Komited menjalani latihan industri secara sepenuh masa selama 8 bulan.

Tarikh Permohonan

Tarikh akhir permohonan bagi sesi Februari 2022 adalah pada 31 Disember 2021

Proses Permohonan

Aliran Program JUMPER adalah seperti turutan di bawah:

Proses Permohonan Program JUMPER PUNB adalah seperti turutan di bawah:

  1. Peserta mendaftar dan disaring.
  2. ​Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
  3. Pemberitahuan sekiranya disenarai pendek.
  4. Proses penempatan & kelulusan.
  5. Peserta menyertai kursus induksi & motivasi keusahawanan.
  6. Peserta lapor diri & latihan bermula.

Siapakah Mentor Program ini?

Mentor tersiri daripada usahawan dari syarikat di bawah naungan PUNB dan syarikat lain yang sedia bekerjasama dengan PUNB.

Senarai Mentor boleh dirujuk dalam senarai di bawah:

https://jumper.punbbiz.com.my/storage/MENTOR%20PUNB%202021.pdf

Cara Memohon Program Jumper PUNB

Mohon sekarang bagi pengambilan sesi Disember 2021 di https://www.punbbiz.com.my/jumper atau imbas kod qr dalam poster di atas.

Sebelum Mengemukakan Permohonan:

  1. Sila baca dan fahami setiap perkara mengenai Program JUMPER PUNB.​Menghadiri temuduga panel (PUNB & mentor).
  2. Sila pastikan anda memenuhi syarat kelayakan program.
  3. Calon yang telah mengikuti Program JUMPER PUNB sebelum ini tidak layak memohon.

Semasa Mengemukakan Permohonan:

  1. Semua ruangan di dalam borang permohonan WAJIB diisi.
  2. Sila pastikan anda mengisi maklumat yang benar dan tepat dalam borang permohonan.
  3. Sila pastikan salinan kad pengenalan, salinan sijil akademik tertinggi dan resume turut disertakan semasa menghantar borang permohonan.
  4. Bagi yang sedang berniaga, sila sertakan bersama salinan pendaftaran syarikat (SSM) dan penyata bank (sekiranya ada) untuk tempoh 2 bulan terkini.
  5. ​Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan di proses.

Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke [email protected]

Jadi, tunggu apa lagi?

Ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan pengalaman perniagaan yang dicari selama ini.

Daftarlah sekarang!

Semakan Status Permohonan Program Jumper PUNB

Jika anda telah berdaftar, sila buat semakan status.

Untuk semak status permohonan JUMPER, sila klik di pautan ini : https://jumper.punbbiz.com.my/login

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.punbbiz.com.my/jumper

atau

Dapatkan info terkini PUNB di saluran berikut:

Facebook PUNB Official : https://www.facebook.com/punbofficial

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut