INISIATIF BAHARU POLITEKNIK – PROGRAM ASASI TVET 2023 – Berita baik kepada para lepasan SPM 2022 dan setaraf!!!
Permohonan kemasukan ke Program Asasi TVET Ambilan Sesi 2023/2024 bagi lepasan SPM/Setaraf telah dibuka mulai 15 Mei sehingga 13 Jun 2023.
Program Asasi TVET merupakan inisiatif terbaharu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi menyediakan laluan baharu kepada mereka yang layak dan berminat dalam bidang TVET untuk bermula dengan program persediaan di 5 (lima) buah Politeknik terpilih dan seterusnya berpeluang meneruskan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN).
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program baharu ini.
Pengenalan Program Asasi TVET
Penawaran Program Asasi TVET ini bertujuan untuk memperluas akses pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda khususnya dalam Ijazah Teknologi Kejuruteraan.
Melalui program ini persediaan awal dan berfokus dapat diberikan kepada pelajar yang cenderung dalam bidang TVET. Sebagai permulaan, LIMA (5) buah politeknik akan menjadi perintis bagi pengambilan pertama pada Sesi I 2023/2024 dengan 500 orang pelajar sebagai kumpulan pertama.
Pembangunan kurikulum Program Asasi TVET direka bentuk dengan memberi penekanan kepada elemen amali dan praktikal. Manakala fokus bidang Asasi TVET yang ditawarkan adalah mengikut keperluan industri semasa.
Tempoh Pengajian
Tempoh pengajian bagi Program Asasi TVET adalah setahun atau dua (2) semester pengajian dengan setiap semester adalah selama 6 bulan
Lokasi Pengajian
- Politeknik Ungku Omar (Politeknik Premier)
- Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah
- Politeknik Merlimau
- Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
- Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail
Kelebihan & Keunikan Program Asasi TVET
Lepasan program Asasi TVET diberikan keutamaan melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda berdasarkan bidang yang bersesuaian dan pemetaan laluan pengajian di mana-mana EMPAT (4) universiti dibawah MTUN iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).
Yuran
Yuran Pengajian Sepenuh Masa Politeknik
Yuran | Jumlah |
---|---|
Yuran Pengajian | RM 200 |
Yuran Asrama | RM 60-RM630 *Tertakluk kepada jenis/kemudahan asrama yang disediakan oleh Politeknik yang berkenaan |
Bayaran Pelbagai | Semester 1: maksimum RM 600 Semester seterusnya: maksimum RM 150 |
Syarat Kemasukan
- Lepasan SPM
- Warganegara Malaysia
- Memiliki SPM atau setaraf
- Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
- Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Matematik Tambahan/ Fizik/ Kimia/ Lukisan Kejuruteraan/ Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektroknik/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
- SATU (1) matapelajaran lain yang belum diambilkira kepujiaannya
- Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
Tarikh Penting
Borang Permohonan dibuka | 15 Mei 2023 |
Borang Permohonan ditutup | 13 Jun 2023 |
Semakan Keputusan Permohonan | 7 Julai 2023 |
Cetakan Surat Tawaran | 8 Julai 2023 |
Borang Permohonan Rayuan dibuka | 7 Julai 2023 |
Borang Permohonan Rayuan ditutup | 16 Julai 2023 |
Semakan Keputusan Rayuan | 7 Ogos 2023 |
Cetakan Surat Tawaran (Rayuan) | 8 Ogos 2023 |
Pendaftaran Pelajar | Bermula 24 Julai 2023 |
Cara Permohonan Program Asasi TVET 2023 / 2024
Permohonan boleh dibuat melalui portal https://online.mohe.gov.my/UPUOnlinev2/login
Maklumat lanjut:
Layari laman sesawang http://ambilan.mypolycc.edu.my atau imbas pada kod QR seperti yang tertera untuk maklumat lanjut.
Sebarang pertanyaan sila hubungi di talian :
- 019 8683738 (whatsapp sahaja)
- 0388883837 / 0388919341 / 0388919117
- [email protected]