Bulan Ramadan merupakan bukan penting bagi umat Islam dan anda boleh berkongsi poster yang dikongsi di sini kepada ahli keluara, sahabat hanndai dan sesiapa sahaja.
Ramadan adalah bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam di seluruh dunia.
Ia merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Hijrah dan dianggap sebagai bulan paling suci dalam Islam.
Pada bulan ini, umat Islam diwajibkan berpuasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari, menahan diri daripada makan, minum, serta perkara yang membatalkan puasa.
Selain menahan lapar dan dahaga, Ramadan juga mengajar umat Islam untuk meningkatkan ketakwaan dan mendekatkan diri kepada Allah.
Ucapan Ramadan
Berikut merupakan antara contoh ucapan bulan Ramadan yang boleh anda sampai kepada keluarga dan rakan-rakan anda:
- Salam Ramadan! Semoga bulan yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan, dan keampunan dalam hidup kita.
- Selamat menjalani ibadah puasa! Semoga setiap amal ibadah kita diterima dan mendapat ganjaran yang berlipat ganda.
- Ramadan Mubarak! Semoga kita diberikan kekuatan untuk berpuasa dengan penuh keikhlasan dan keimanan.
- Bulan Ramadan tiba lagi! Marilah kita manfaatkan bulan yang penuh rahmat ini dengan memperbanyakkan ibadah dan kebaikan.
- Salam Ramadan Kareem! Semoga bulan suci ini menghapuskan dosa-dosa kita dan membawa kita lebih dekat kepada Allah.
- Di bulan yang penuh keberkatan ini, semoga hati kita sentiasa tenang, doa kita dimakbulkan, dan segala amalan diterima.
- Selamat menyambut Ramadan! Moga kita sentiasa diberi kesabaran, keikhlasan, dan kekuatan untuk menempuh cabaran sepanjang bulan yang mulia ini.
- Semoga Ramadan ini lebih bermakna! Mari kita perbanyakkan sedekah, solat, dan zikir agar memperoleh keberkatan yang berpanjangan.
- Bulan Ramadan, bulan kemaafan! Ampun dan maaf dipinta jika ada salah dan silap, semoga kita dapat menjalani ibadah dengan hati yang bersih.
- Salam Ramadan Al-Mubarak! Semoga Ramadan kali ini membawa kebahagiaan, kesihatan, dan ketenangan kepada kita semua.
Artikel berkaitan: Ramadan 2025: Tarikh Mula Puasa 2025 – Kalendar JAKIM
Berikut pula koleksi poster Ramadan percuma untuk anda.
Koleksi poster Ramadan
Berikut merupakan beberapa koleksi poster Ramada yang percuma untuk anda kongsikan di media sosial:
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan pengampunan kepada semua.