PLKN 3.0 : Semakan & Permohonan Pelatih Sesi Januari 2025

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI : PLKN 3.0 (Program Latihan Khidmat Negara) akan diteruskan dengan kerangka yang baharu!

Tahukah anda apakah itu Program Latihan Khidmat Negara dan bagaimanakah ianya dilaksanakan sebelum ini? Apakah pula pembaharuan yang akan dilaksanakan nanti?

Jom kami kongsikan selanjutnya.

Pengenalan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)

PLKN mula diperkenalkan pada Disember 2003 sebagai program yang menyediakan modul latihan selama tiga bulan meliputi modul fizikal, kenegaraan, pembinaan karakter dan khidmat komuniti.

Struktur Latihan Khidmat Negara merangkumi latihan asas Ketenteraan yang meliputi aspek kepimpinan, ketahanan diri, keyakinan dan pembinaan kumpulan/ pasukan, aktiviti asas kawad, abseiling, latihan pandu arah, merempuh halangan, pengenalan ikhtiar hidup, jungle tracking, menyeberang sungai dan pengenalan kepada senjata api.

Elemen Kenegaraan / Pembentukan watak meliputi sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.

Sementara itu, elemen Khidmat Masyarakat meliputi aktiviti keceriaan di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, penghijauan bumi, kempen kitar semula, tunjuk ajar akademik, gotong-royong, projek masyarakat desa, kajian kumpulan, pemahaman sosial tempatan, pemulihan, alam sekitar, taklimat kesihatan, menderma darah dan sebagainya.

plkn 3.0

Program ini pernah dihentikan selama setahun pada 2015 ekoran langkah rasionalisasi perbelanjaan dan diperkenalkan semula pada 2016 sebagai PLKN 2.0 dengan jumlah pelatih hanya kira-kira 20,000 setahun.

Pada 13 Ogos 2018, Mesyuarat Kabinet memutuskan untuk memansuhkan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara (BTN) serta-merta.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata keputusan itu telah dipersetujui dalam mesyuarat Kabinet minggu lalu setelah mendapati PLKN dan BTN telah disalah guna bagi tujuan indoktrinasi fahaman tertentu.

Selain itu, antara faktor program ini dihentikan adalah kerana ia melibatkan kos yang besar sekitar RM700 juta setahun.

plkn 3.0

IMBAS KEMBALI : 16 FEBRUARI 2004 – Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bermula

PLKN adalah sebuah program kenegaraan di mana pada setiap tahun, kira-kira 24% daripada remaja warganegara Malaysia berusia 18 tahun akan dipilih untuk menjalani kursus latihan wajib selama 3 bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.

Ia bermula apabila Jawatankuasa Kabinet dibentuk untuk mengkaji keperluan satu bentuk kerahan tenaga pada 30 Oktober 2002. Ia dipengerusikan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Najib Razak & mesyuarat pertamanya diadakan pada 12 November 2002.

Istilah ‘kerahan tenaga’ ditukar kepada ‘Khidmat Negara’’ & J/K tersebut juga menubuhkan 4 J/K Kecil meliputi hal Kewangan, Kurikulum, Undang-Undang & Logistik bagi menyediakan perancangan & menyelaraskan keperluan pelaksanaan PLKN.

Kabinet pada 28 Mei 2003 telah meluluskan cadangan pelaksanaan PLKN, kemudian pada 25 Jun 2003, Dewan Rakyat meluluskan RUU Latihan Khidmat Negara & secara rasmi ia menjadi sebuah akta pada 7 Julai selepas diluluskan Dewan Negara.

Ia dilancarkan pada 16 Februari 2004, apabila 26,000 remaja dipilih sebagai kumpulan pertama untuk menyertai siri pertama PLKN, diikuti 59,000 lagi sebagai kumpulan ke-2 & ke-3 yang masing-masing memulakan latihan pada Mac & April 2004.

Para pelatih menjalani latihan yang ditetapkan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam 4 modul: Fizikal, Kenegaraan, Pembinaan Karakter & Khidmat Komuniti yang bermatlamat untuk memperkasa jati diri generasi baharu Malaysia.

Bagaimanapun selepas 11 tahun, Najib Razak selaku PM ketika itu mengumumkan penangguhan pelaksanaan program ini untuk menjimatkan kira-kira RM400 juta ketika pengumuman semakan Belanjawan 2015 pada 20 Januari 2015.

Pada 13 Ogos 2018, Menteri Belia & Sukan ketika itu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengumumkan bahawa PLKN bersama Biro Tata Negara (BTN) dimansuhkan.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, JLKN, Astro AWANI

Pelaksanaan PLKN 3.0

Kerajaan telah bersetuju supaya Kementerian Pertahanan melaksanakan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dengan konsep dan format baharu.

Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2025 (Rujuk : Belanjawan Madani 2025 [ LIVE ] Pembentangan & Intipati)

plkn 3.0

Sebelum ini, Menteri Pertahanan, YB Khaled Nordin menyatakan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan dan merangka modul latihan secara berfasa iaitu:

🔵 Fasa Pra PLKN
🔵 Fasa Latihan Asas
🔵 Projek Rintis
🔵 Fasa Latihan Asas di IPTA

Kerajaan bersetuju untuk menerapkan konsep dan format baru bagi PLKN 3.0 ini. KPT dan KPM memuktamadkan proses menyedia serta merangka modul latihan yang akan dilakukan secara berfasa.

PLKN tersebut juga akan dibuat di kem tentera dan ia tidak akan mengambil masa lama seperti dahulu.

Bagi pelaksanaan kali ini, sebanyak 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik akan digunakan.

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan menggunakan modul kombinasi iaitu modul latihan asas ketenteraan (30%) dan modul asas kenegeraan (70%).

Modul asas ketenteraan dibangunkan oleh  Kementerian Pertahanan yang berkonsepkan pembelajaran melalui pengalaman serta latihan berkumpulan.

Manakala modul asas kenegeraan yang dibangunkan oleh KPT mengandungi modul kenegaraan elemen jati diri, modul kenegaraan elemen cinta negara dan modul kenegaraan elemen perpaduan.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Dewan Rakyat.

Sumber: BERNAMA / 17 November 2024

Siapa Yang Terlibat?

Berikut adalah individu yang akan terlibat dalam PLKN 3.0 mengikut fasa-fasa pelaksanaan tertentu:

1. Fasa Latihan Pra PLKN

Bagi fasa pra PLKN, kata ia akan diperkenalkan di peringkat sekolah sebagai persiapan bagi mereka menjalani latihan selepas berusia 17 tahun, merangkumi pelajar di Tingkatan 4 saja semasa kegiatan kokurikulum.

2. Fasa Latihan Asas PLKN

Bagi fasa latihan asas PLKN ia melibatkan remaja yang berusia 17 tahun dan ke atas bakal dipilih untuk menjalani latihan asas di 13 kem askar wataniah, 20 universiti awam (UA) dan beberapa politeknik.

Latihan asas ini merangkumi pengisian latihan yang terdiri daripada modul asas kenegaraan sebanyak 30 peratus dan latihan asas ketenteraan sebanyak 70 peratus. Latihan tersebut bersifat intensif, lapangan serta praktikal.

3. Fasa Peringkat Latihan Lanjutan

Fasa peringkat latihan lanjutan sedang dibincang sama ada perlu melihat kepada soal peluang dibuka, termasuk dari segi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada semua yang ikuti PLKN.

Selepas pembabitan belia dalam PLKN ini, peserta akan disambut oleh agensi lain sebagai kesinambungan kelahiran mereka daripada program ini.

Sementara itu, ramai yang tertanya-tanya pembabitan had usia 35 tahun dalam program ini.

Sebenarnya, memang ada klausa yang menyatakan bahawa Program Latihan Khidmat Negara melibatkan mereka berumur dari 16 sehingga 35 tahun.

plkn 3.0
Sumber: National Service Training Act 1952

Walaubagaimanapun, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka yang lahir pada 2007 saja akan menjalani program ini.

Dalam kenyataan tersebut, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, kerajaan telah bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baru selaras dengan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

“Pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran. Ada garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

“Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan. Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga berusia 35 tahun.

“Mindef turut berharap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0,” katanya dalam kenyataan media.

“Hanya pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan terbabit dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dijadualkan bermula Januari 2025”

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila ada pihak membuat ciapan dengan mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Lokasi, Tempoh & Tarikh Pelaksanaan PLKN 3.0

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 12 Januari 2025, kata Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari.

Lokasi bagi program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

PLKN bagi sesi Januari 2025 ini akan dilaksanakan melalui kem Wataniah di seluruh negara cuma kali ini hanya dimulakan dengan satu kem yang membabitkan seramai 200 pelatih.

Adly berkata, Kementerian Pertahanan tidak mempunyai masalah untuk mencapai bilangan 200 orang pelatih selain mereka yang mendaftar secara sukarela.

“Buat masa ini, kita memang tumpukan kepada pelajar lepasan SPM cuma daripada segi akta sahaja yang menyebut ia boleh disertai pelatih sehingga usia 35 tahun,” katanya.

Cara Permohonan Pelatih PLKN 2024

Permohonan untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara 2025 (PLKN 3.0) kini dibuka secara sukarela bagi calon yang berminat.

Permohonan bagi sesi Januari 2025 ini terbuka kepada semua warganegara, lelaki berusia 18-20 tahun.

  • Tarikh lapor diri : 12 Januari 2025
  • Tempat lapor diri : Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur

Sila layari laman web Kementerian Pertahanan Malaysia di pautan https://www.mod.gov.my/ atau scan QR code dalam poster di bawah untuk membuat permohonan.

Pautan borang permohonan pelatih PLKN 2025 sesi Januari 2025 : https://docs.google.com/forms/d/18f1Er9pB1wmQg3gacmmNkAhsSy9tIqUeAIem7jSzTxY/viewform?edit_requested=true

Sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi talian berikut (waktu pejabat) : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538

Maklumat Lanjut PLKN 3.0 2024/2025

Untuk mendapatkan info terkini dan update terbaru tentang pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara 3.0 ini, sila ikuti saluran berikut:

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut