Sejak tahun 2019, KPM telah memansuhkan peperiksaan pertengahan dan akhir tahun murid Tahap l termasuk Program Saringan Literasi dan Numerasi (LINUS2.0).
Sejak Mac 2020, Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah mula dilaksanakan.
Tahukah anda apakah itu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah?
Di sini kami kongsikan maklumat selanjutnya.
Apakah Itu PLan (Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah)?
PLaN ialah Primary Literacy and Numeracy atau Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah.
Ia merupakan sokongan pengajaran dan pembelajaran yang komprehensif dan menyeluruh berasaskan sekolah untuk murid Tahun 2 dan tahun 3.
Baca juga: Senarai Pelepasan Cukai Pendapatan Untuk e-Filing 2021
OBJEKTIF PLaN
Objektif PLaN adalah untuk memastikan semua murid Tahun 2 dan Tahun 3 boleh menguasai sekurang-kurangnya tahap penguasaan minimum iaitu Tahap Penguasaan 3 dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.
Untuk makluman, hala tuju baharu program ini adalah berbeza daripada Program Saringan Literasi dan Numerasi yang dikenali sebagai Program LINUS2.0 (2013-2018) dalam tiga aspek, iaitu objektif, akauntabiliti dan sokongan.
FOKUS AKTIVITI PLaN
Fokus Aktiviti PLaN adalah seperti berikut:
- Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
- Komuniti pembelajaran guru yang aktif
- Penyediaan bahan pentaksiran yang memenuhi keperluan murid
- Pemantapan pengurusan pentadbir sekolah
- Penetapan sasaran pencapaian murid
- Kempen Kesedaran Ibu Bapa / Penjaga / Komuniti
Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menetapkan sasaran (KPI) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik bagi murid Tahun 2 dan Tahun 3 berdasarkan kemajuan dan pencapaian murid mereka bagi memastikan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira.
Dengan penetapan KPI, pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dipastikan ke arah membina asas pencapaian baik sekolah.
Pegawai JPN dan PPD tidak terkecuali dalam bekerjasama membantu pihak sekolah agar sasaran tahap penguasaan murid yang ditetapkan iaitu sekurangkurangnya TP3 tercapai.
PERANAN IBU BAPA / PENJAGA & KOMUNITI
Bagi menjayakan matlamat PLaN, ibu bapa, penjaga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing.
Berikut adalah antara peranan tersebut:
IMPAK POSITIF PLaN
Impak positif melalui Program ini adalah seperti berikut:
- Peningkatan tahap penguasaan murid dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira
- Murid lebih seronok untuk mempelajari pelbagai bidang ilmu yang lain
- Membina keyakinan diri murid untuk belajar dan berkomunikasi dengan berkesan
Baca juga: Semakan UKKM 2021: Tarikh Ujian, Status Permohonan & Kemasukan MRSM Tingkatan 1 Dan 4
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut tentang pelaksanaan Program PLaN, sila rujuk sumber berikut:
https://padlet.com/bpk025/pelaksanaanplan
Garis Panduan Pelaksanaan (PLaN)
Muat turun Modul PLaN:
- PLaN Literasi: http://bit.ly/molib-literasi2
- PLaN Numerasi: http://bit.ly/molib-numerasi