10+ Pilihan Restoran Pizza di Kuala Lumpur untuk Peminat Pizza!
Siapa suka pizza, angkat tangan! Jaranglah orang tak suka pizza kan?
Tak kisahlah untuk makan-makan formal atau sekadar lepak dengan kawan-kawan; pizza ni memang sentiasa jadi ‘menu penyelamat’ untuk melengkapkan acara makan-makan. Betul tak?
Di Kuala Lumpur, pilihan restoran pizza memang banyak. Ada restoran yang menghidangkan pizza dengan resipi tradisional Itali, ada juga yang mengetengahkan gaya fusion dengan sentuhan tempatan.
Pokoknya, setiap restoran tu ada keunikan dan daya tarikannya tersendiri – sama ada dari segi rasa, suasana, atau konsep penyediaan.
Dengan pilihan sebanyak ini, memang boleh buat sesiapa keliru nak cuba yang mana satu dulu. Tapi jangan risau!
Untuk memudahkan anda, kami telah senaraikan lebih 10 restoran pizza di Kuala Lumpur yang wajib anda cuba. Jom baca!
BACA JUGA: 15+ Kafe di Kuala Lumpur, Top Rated di Google Review!
Senarai Restoran Pizza di Kuala Lumpur
1. Pizza Mansion Jalan Mesui
Alamat: 25, Jln Mesui, Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Pizza Mansion Jalan Mesui, Bukit Bintang ni salah satu pilihan restoran pizza di Kuala Lumpur yang memang cukup popular. Vibes restoran ini memang santai dan cozy. Perfect la kalau nak lepak dengan geng atau family.
Keistimewaan utama di Pizza Mansion adalah penggunaan bahan-bahan segar dan kaedah penyediaan pizza tradisional. Bayangkan la pizza dibakar dalam ketuhar batu bata. Hasilnya?
Fuh, pizza yang rangup kat luar tapi lembut macam awan kat dalam. Plus, ada bau asap (smoky) yang memang sedap gila!
Terdapat banyak pilihan pizza yang anda boleh pilih di sini mengikut citarasa masing-masing. Antara menu pizza yang paling digemari ramai (highly recommended) adalah Anchovy Marinara Pizza dan Carbonara Pizza. Kedua-duanya menampilkan gabungan rasa yang kaya dan seimbang.
Dari segi harga pula, untuk satu pizza anda boleh beli dalam lingkungan harga RM20 – RM40. Takde la mahal sangat kan?
Selain pizza, restoran ini juga menyediakan beberapa pilihan menu lain seperti spagethi, truffle mac & cheese (wajib cuba!), tiramisu dan sebagainya.
2. Pizza Mansion @ The Five
Alamat: E-GF-2, No. 49, The Five, Kompleks Pejabat Damansara, Jalan Dungun, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Pizza Mansion @ The Five, Bukit Damansara ni juga antara lokasi yang wajib anda cuba sebagai penggemar pizza sejati. Ini salah satu cawangan lain pizza mansion dekat KL.
Lokasi ni lebih tenang berbanding cawangan di Bukit Bintang. Jadi, memang sesuai sangat untuk mereka yang nak santai-santai sambil menikmati pizza berkualiti tinggi.
Keistimewaan di sini sama seperti di cawangan lain, iaitu penggunaan bahan-bahan segar dan teknik tradisional dalam penyediaan pizza.
Antara menu kegemaran ramai di restoran ini termasuklah Truffle Mac & Cheese Pizza dan Garlic Shrimp Pizza. Bagi yang nak cuba kelainan, boleh juga pilih topping vegetarian atau yang lebih unik seperti Anchovies.
Harga pizza di sini sama sepertincawangan yang lain. Memang sangat mesra poket, iaitu sekitar RM20 hingga RM40 untuk satu pizza.
Anda kena cuba juga menu sampingan mereka seperti Chicken Wings atau pencuci mulut seperti Chocolate Lava Cake. Barulah lengkap!
Dengan suasana restoran yang moden tapi cozy, Pizza Mansion @ The Five ni memang tempat yang ideal untuk lepak santai atau raikan momen istimewa bersama orang tersayang sambil makan pizza!
3. Good News Pizza
Alamat: Ground Floor, Lot 152, Jalan Petaling, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Seterusnya, pizza di Kuala Lumpur yang anda kena cuba ialah Good News Pizza.
Restoran ini terkenal dengan konsep minimalis, jadi memang sesuai sangat untuk lepak santai atau buat quick lunch date.
Apa yang menjadikan Good News Pizza istimewa ialah pendekatan kreatif mereka dalam penyediaan pizza. Pizza di sini menggunakan doh nipis yang dibakar sehingga rangup kemudian dipadankan dengan topping unik dan inovatif.
Antara pilihan pizza yang ada disini termasuk; Margherita, Quattro Formaggi, dan pilihan vegan seperti Ortalano.
Selain pizza, Good News Pizza juga menawarkan pelbagai sides seperti Garlic Knots yang lembut dan penuh perisa, serta salad segar. Dah habis makan pizza boleh la cuba.
Untuk pencuci mulut, anda wajib cuba Soft Serve Ice Cream mereka. Nampak macam simple je tapi rasanya memang memuaskan!
Harga untuk satu pizza bermula sekitar RM30 hingga RM50. Agak mahal sedikit tapi berbaloilah dengan rasa dan pengalaman yang anda bakal rasai.
Tempat ni sangat mesra keluarga, jadi takde masalah nak bawa anak-anak sekali.
4. Pickzza @ MyTOWN Shopping Centre
Alamat: B1-053, Mytown Shopping Centre, 6, Seksyen 90, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia
Kalau nak makan pizza tapi buat sendiri, anda boleh singgah di Pickzza KL di MyTOWN Shopping Centre.
Ye betul, dekat sini, anda boleh buat pizza sendiri. Dari pilihan doh, sos, sampai topping, semuanya boleh pilih ikut citarasa masing-masing.
Kalau tak nak susah-susah, anda boleh terus pilih dan pesan pizza signature mereka yang memang dah ada dalam menu.
Harga pizza di sini bermula sekitar RM18 untuk saiz personal dan sekitar RM36.90 untuk saiz 12 inci. Memang berbaloilah dengan kualiti yang ditawarkan.
Selain pizza, ada juga beberapa side dishes yang sedap seperti chicken wings dan salad yang anda boleh cuba.
Satu lagi, restoran Pickzza ni halal certified tau. Tak perlu ragu-ragu. Memang halal. Jangan lupa singgah okay!
5. Roadside Pizza
Alamat: Roadside Pizza Masjid At-Taqwa TTDI, Kuala Lumpur
Roadside Pizza ini terletak di tepi jalan berhampiran Masjid At-Taqwa, TTDI, Kuala Lumpur.
Walaupun jual dekat tepi jalan je, kualiti pizza yang jual bukan cikai-cikai. Bahan-bahan semua guna bahan yang segar dan cara penyediaan pun guna cara tradisional.
Setiap pizza dibakar dalam ketuhar yang memberikan hasil yang rangup di luar dan lembut di dalam.
Ada beberapa pilihan pizza yang anda boleh pilih, antaranya, Pepperoni, Vegetarian, Chicken BBQ dan sebagainya.
Satu lagi yang best, topping pizzanya memang banyak. Puas hati makan.
Dari segi harga, pizza di Roadside Pizza sangat berpatutan dan mesra poket, iaitu sekitar RM 20 untuk satu pizza saiz standard.
Jadi, jika anda berada di sekitar TTDI, jangan lepaskan peluang untuk singgah dan cuba pizza disini!
6. Pizza Gao! Gao! Lalaport Bukit Bintang
Alamat: Tingkat 4, LaLaport Bukit Bintang City Centre
Pizza Gao! Gao! yang terletak di tingkat 4 Lalaport Bukit Bintang juga salah satu pizza di Kuala Lumpur yang patut ada dalam senarai anda.
Berbanding lokasi seperti Roadside Pizza, yang menekankan kesederhanaan dan suasana santai, Pizza Gao Gao memberikan vibe yang lebih trendy dengan dekorasi moden dan mewah. Tapi jangan risau, restoran pizza ni juga mesra keluarga.
Sumber: Mitsui Shopping Park
Lokasinya yang terletak dalam pusat beli-belah Lalaport, menjadikannya mudah diakses dan pilihan yang terbaik untuk mereka yang ingin membeli-belah dan singgah sekejap menikmati pizza berkualiti tinggi.
Keistimewaan utama Pizza Gao!Gao! ini adalah menu pizzanya yang pelbagai dan diperbuat dengan bahan premium.
Selain itu, Pizza Gao Gao juga terkenal dengan saiz pizzanya yang besar, memang sesuai untuk dikongsi ramai-ramai.
Harga pula bermula sekitar RM30 hingga RM70, bergantung kepada jenis dan saiz pizza yang anda pilih.
7. Pizza Duo
Alamat: Lot P10, Bamboo Hills, Taman Bukit Bambu, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Pizza Duo juga antara salah satu tempat pizza yang patut anda cuba kalau berada di Kuala Lumpur. Lokasi restoran ini sangat strategik, dan mudah diakses. Suasana restoran yang luas dan sangat selesa, sesuai untuk anda yang nak menikmati pizza dengan santai.
Antara pizza yang popular termasuk Margherita Pizza, Shroomami pizza & Formaggio Pizza. Selain pizza, menu lain seperti burger, yakitori, pasta, makanan asia (nasi lemak, bakmi, pad krapow dan sebagainya) pun ada!
Buat mereka yang risau tentang bajet, jangan bimbang! Harga pizza di sini sangat berpatutan, bermula dari RM20 hingga RM40 untuk satu pizza, manakala kebanyakan menu lain berharga RM25 ke atas. Harga ini sangat berpatutan untuk kualiti dan kuantiti makanannya yang big portion.
8. Fino Pizza
Alamat: 44, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Fino Pizza menawarkan pelbagai pilihan pizza berkualiti tinggi dengan saiz yang berbeza, daripada saiz 9 inci hingga saiz 21 inci. Harganya pun sangat berpatutan, bermula dari RM22 hingga sekitar RM150.
Satu lagi keistimewaan Fino Pizza adalah konsep half-and-half pizza, di mana anda boleh menikmati dua jenis topping pizza dalam satu pesanan. Pilihan ini sesuai untuk mereka yang ingin mencuba pelbagai rasa dalam satu hidangan.
Bukan setakat pizza, restoran ini juga menyediakan pelbagai hidangan sampingan seperti sup cendawan, clam chowder, salad, kentang putar, dan macam-macam lagi.
Dengan suasana restoran yang cozy dan moden, Fino Pizza sesuai untuk makan malam romantik, lepak santai dengan kawan-kawan, atau makan bersama keluarga.
Jadi, kalau anda berada di Kuala Lumpur, pastikan anda singgah di sini untuk pengalaman makan pizza yang luar biasa!
BACA JUGA: Tiarasa Escapes Glamping Resort, Best ke?
9. Luciano’s KL
Alamat: Lot 1.145A & 1.72B, Ground Floor, Wisma Central, Jln Ampang, Kuala Lumpur
Bagi pencinta pizza sejati, Luciano’s di KL memang tempat yang patut anda cuba! Pizza di sini dibuat dengan doh segar buatan sendiri, bahan premium, dan rasa autentik Itali. Pemiliknya orang Itali tak silap, jadi memang tak hairanlah rasa pizzanya memang sedap sangat!
Pizza di sini bukan saja terkenal dengan rasa autentik Itali, tetapi juga bentuknya yang unik – segi empat. Ada banyak pilihan topping yang anda boleh pilih seperti Margherita hingga gabungan unik seperti Truffle Mushroom. Pizza dengan citarasa tempatan (Dendeng Delight) pun ada!
Suasana restoran pun cozy dan santai, sesuai untuk makan malam romantik, lepak dengan kawan, atau makan bersama sesi keluarga. Servis mereka pula mesra dan pantas, jadi pengalaman makan memang puas hati.
Pendek kata, highly recommended!
10. Mokky’s Pizza & Coffee Bukit Tunku
Alamat: The Stories, H1, Jln Langgak Tunku, Taman Tunku, 50480 Kuala Lumpur
Mokky’s Pizza & Coffee bukan saja menawarkan pizza yang lazat, tetapi juga secawan kopi premium yang menyempurnakan setiap hidangan. Jadi, kalau anda peminat kopi dan pizza, tempat ni memang untuk anda.
Pizza mereka terkenal dengan doh nipis dan rangup, dilengkapkan dengan sos buatan sendiri serta topping yang pelbagai, daripada pilihan klasik hingga kombinasi moden yang kreatif.
Apa yang buat Mokky’s Pizza istimewa ialah setiap resipi mereka diinspirasikan daripada citarasa tempatan dan antarabangsa, jadi ada pelbagai pilihan untuk semua selera.
Kopi di sini pula menggunakan biji premium yang dipanggang sempurna, memberikan setiap cawan aroma dan rasa yang memuaskan.
Selain pizza, ada pelbagai laigi menu lain yang anda boleh cuba di sini termasuklah pencuci mulut seperti cookies, waffle dan sebagainya.
Dengan dekorasi cozy dan vibe tenang, Mokky’s Pizza & Coffee adalah lokasi yang sesuai untuk menikmati masa santai bersama kawan, keluarga mahupun sendirian.
11. Chum Chum Pizzeria & MAKAMAKAN By Serai Group
Alamat: 171, Jalan Tun H S Lee, City Centre, Kuala Lumpur
Terletak di Chinatown, restoran ini menawarkan pengalaman makan yang unik dengan pizza gaya Itali yang autentik walaupun dibuat oleh “bukan orang Itali”. Ya, itulah slogan mereka.
Chum Chum Pizzeria menawarkan pelbagai jenis pizza, termasuk pilihan klasik seperti Margherita dan Pepperoni yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Bukan itu sahaja, mereka juga ada menu burger yang tidak kurang menariknya, seperti Chum Chum Smashed Double Cheeseburger.
Selain doh buatan sendiri, sos yang digunakan juga dibuat sendiri. Jadi, rasanya memang tidak akan sama dengan tempat lain. Setiap gigitan rasa lebih autentik dan semestinya sedap!
Apa yang menarik tentang Chum Chum Pizzeria adalah suasananya yang santai dan mesra. Ia bukan sekadar tempat makan, tetapi juga menjadi lokasi untuk acara menarik seperti malam puisi.
Haa, bayangkan menikmati sepotong pizza yang lazat sambil mendengar puisi – sungguh pengalaman yang unik!
12. Pizza Roma
Alamat: 363-1A, Jln Ampang, Batu 4, 50450 Kuala Lumpur
Pizza Roma The Original ni terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Tempat ni memang best untuk kaki makan dan penggemar pizza!
Restoran ini membawa konsep pizza ala Roma yang terkenal dengan kerak nipis dan rangup, memang perfectlah untuk anda yang suka pizza ringan tapi penuh rasa. Bukan setakat pizza je, ada juga hidangan Itali lain yang boleh anda cuba di sini.
Apa yang menarik, Pizza Roma ni ada promosi makan sepuas-puasnya (buffet) dengan harga yang berpatutan. Bayangkan la, korang boleh makan pizza sepuas hati dengan harga serendah RM38 untuk makan tengahari dan RM45 untuk makan malam. Memang berbaloi kan?
Suasana kat sini pun best, family-friendly. Lokasinya macam tersembunyi sikit, tapi mudah je nak cari. Dari segi layanan, memang terbaik. Servis pun cepat.
Penutup
Sama ada anda mencari rasa tradisional Itali atau gabungan unik gaya tempatan, pilihan restoran pizza di Kuala Lumpur pasti tidak akan mengecewakan.
Jadi, tunggu apa lagi? Pilih restoran kegemaran anda daripada senarai di atas dan nikmati setiap gigitan dengan penuh kepuasan.
Selamat menjamu selera, pizza lovers!
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Selangor, Sesuai Untuk Trip Hujung Minggu!