Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mula menguatkuasakan pindaan had maksimum gaji siling baharu bulanan bagi caruman PERKESO yang akan berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2024.
Pindaan ini melibatkan semua pekerja yang diambil bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan hendaklah didaftar dan dicarumkan kepada PERKESO .
Ikuti penerangan lebih lanjut tentang pelaksanaan ini.
Pindaan Had Maksimum Siling Gaji Bulanan PERKESO
Mulai 1 Oktober 2024, pindaan had maksimum siling gaji dilaksanakan bagi maksud caruman adalah daripada RM5,000.00 kepada RM6,000.00 sebulan.
Ini dilaksanakan susulan pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Pindaan ini akan melibatkan peningkatan kadar bayaran faedah sedia ada sehingga 20.2 peratus.
Kenaikan Faedah Tunai
Selain itu, pindaan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) akan menyaksikan kenaikan faedah tunai seperti:
- Hilang Upaya Sementara (Kadar Harian)
- Hilang Upaya Kekal (Kadar Bulanan)
- Faedah Orang Tanggungan (Kadar Bulanan)
- Pencen Ilat dan Pencen Penakat (Kadar Bulanan)
Pindaan Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800) pula akan melibatkan kenaikan faedah seperti:
- Elaun Mencari Pekerjaan (EMP)
- Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB)
- Elaun Bekerja Semua Awal (EBSA)
Implikasi Pindaan Kenaikan Faedah Tunai Akta 800
Implikasi pindaan kenaikan faedah tunai Akta 800 boleh dilihat seperti grafik di bawah:
Soalan Lazim Pindaan Had Maksimum Siling Gaji Bulanan PERKESO
Tarikh kuatkuasa had siling gaji baharu RM5,000 ke RM6,000 adalah pada 01 Oktober 2024.
Ya. Walau bagaimanapun, pekerja asing tidak diliputi di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).
Kadar faedah meningkat selaras peningkatan had siling gaji baharu ini.
Tempoh peralihan majikan untuk mematuhi kadar caruman yang baharu adalah selama enam (6) bulan mulai dari 01 Oktober 2024 hingga 31 Mac 2025.
Tidak.
Ya, kerana ianya merupakan keperluan mandatori dart segi undang-undang.
Ya, bagi kakitangan awam yang berstatus kontrak dan sementara di bawah Akta 4. Walau bagaimanapun, kakitangan awam tidak diliputi di bawah Akta 800.
Kadar caruman bagi gaji yang melebihi RM6,000 adalah sebanyak RM133.90 bagi Jenis Pertama dan RM74.40 bagi Jenis Kedua di bawah Akta 4. Manakala bagi Akta 800 adalah sebanyak RM23.80.
Majikan boleh membuat pembayaran caruman melalui kaedah berikut :
– Pembayaran melalui Online Portal (FPX)
– Perbankan internet
– Direct Debit Authorisation (DDA)
– Kaunter Bank yang dilantik sebagai ejen pemungut seperti berikut
a) Maybank Berhad
b) Public Bank Berhad
c) RHB Bank Berhad
Kadar caruman yang perlu dibayar adalah sebagaimana ditetapkan pada Jadual Ketiga, Akta 4 dan Jadual Kedua, Akta 800.
Info Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau Iayari laman web rasmi PERKESO di www.perkeso.gov.my atau e-mel kepada [email protected].
SOALAN LAZIM : https://www.perkeso.gov.my/perkhidmatan-kami/majikan-pekerja/kadar-caruman.html
Baca juga: Borang 34 PERKESO – Muat Turun & Panduan Tuntutan Faedah