Advertisements

Piala FA 2023: Jadual Perlawanan & Keputusan Terkini

Advertisements

Piala FA 2023 pastinya antara kejohanan bola sepak yang paling dinanti-nantikan peminat bola sepak Malaysia.

Pada Piala FA 2022, pasukan Johor Darul Takzim (JDT) telah memenanginya setelah menewaskan pasukan Terenganu dalam perlawan akhir.

Kejohanan Piala FA 2023 menjadi tumpuan buat pasukan yang bertanding memandangkan pemenang piala ini secara automatiknya layak untuk bertanding dalam kejohanan AFC peringkat kumpulan musim 2024 – 2025 kelak.

Sejarah Piala FA

Penganjuran Piala FA Malaysia bermula pada tauhun 1990.

Pertandingan ini sebelum ini diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sebelum dipindahkan ke Bola Sepak Malaysia LLP (MFL) (kini dikenali sebagai Liga Bola Sepak Malaysia) pada musim 2016.

Pasukan Selangor dan Kedah merupakan 2 kelab paling berjaya dalam kejohanan ini apabila masing-masing pernah memenangi kejohanan ini sebanyak 5 kali.

Advertisements

Bagi tahun 2023, ia merupakan edisi yang ke 33 penganjuran kejohanan ini.

Tentang Piala FA 2023

Secara tradisi, kejohanan ini lazimnya disertai kelab dari Liga Super Malaysia, Liga Premier Malaysia, Liga M3 Malaysia dan Liga M4 Malaysia.

Piala FA 2023 menyaksikan penyertaan daripada 14 pasukan dari Liga Super dan 6 pasukan daripada Liga M3.

Senarai pasukan yang bertanding pada edisi kali ini adalah seperti berikut:

Liga Super

  • Johor Darul Ta’zim
  • Kedah Darul Aman
  • Kelantan
  • Kelantan United
  • Kuching City
  • Kuala Lumpur City
  • Negeri Sembilan
  • Penang
  • Perak
  • PDRM
  • Sabah
  • Selangor
  • Sri Pahang
  • Terengganu

Liga M3

  • Imegresen
  • BRM Kuala Kangsar
  • Manjung City
  • Melaka
  • PIB Shah Alam
  • SAINS

Format Pertandingan

Piala FA 2023 ialah saingan kalah mati dengan 20 pasukan mengambil bahagian semuanya cuba mara ke Final di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Julai 2023.

Pertandingan ini terdiri daripada 14 pasukan dari Liga Super dan 6 pasukan dari Liga M3.

Untuk musim ini, tiada undian untuk perlawanan pusingan kedua untuk 6 kelab teratas Liga Super 2022 dan 2 kelab teratas Liga Perdana yang layak secara automatik ke pusingan seterusnya berdasarkan kedudukan pilihan berdasarkan kedudukan liga musim 2022.

Jadual Perlawanan Piala FA 2023

Undian bagi perlawanan Piala FA telah diadakan pada 10 Februari 2023.

Berikut merupakan tentatif tarikh untuk setiap pusingan untuk kejohanan ini:

PusinganTarikh perlawanan
Pusingan pertama8 Mac dan 25 Mac 2023
Pusingan kedua14 April dan 15 April 2023
Suku akhir*Bakal ditentukan kemudian
Separuh akhir*Bakal ditentukan kemudian
Final22 Julai 2023

Undian penuh bagi kejohanan Piala FA 2023 boleh dilihat daripada infografik di bawah:

Piala FA 2023

Kemaskini setiap perlawanan terkini boleh dilihat melalui laman web Malaysian Football League (MFL): https://www.malaysianfootballleague.com/Home/Sport?&WHurl=%2Fcompetition%2F1211%2F

Baki dua perlawanan FA1 akan berlangsung pada 25 Mac 2023.

Rujuk jadual penuh perlawanan :

Bantu kami bagi rating artikel ini:

Average rating 2.6 / 5. Vote count: 5

No votes so far! Be the first to rate this post.

Leave a Comment