Piala Dunia Sepak Takraw 2024, Final LIVE Perlawanan Malaysia

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Pasukan Terlibat, Senarai Pemain Malaysia

Malaysia bakal menjadi tuan rumah Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bermula pada 18  hingga 26 Mei 2024 ini. Sebanyak 21 negara telah mengesahkan penyertaan dan bakal bertanding di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur kelak. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 

BACA JUGA: Piala Sultan Azlan Shah 2024 [LIVE] Jadual Perlawanan & Keputusan

Piala Dunia Sepak Takraw – Pengenalan & Sejarah

Piala Dunia Sepak Takraw pertama kali dianjurkan oleh Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) pada tahun 1990-an. 

Tujuannya adalah untuk menyatukan pasukan-pasukan terbaik dari seluruh dunia dan mempromosikan sukan ini ke pentas antarabangsa. 

Kejohanan ini diadakan setiap dua tahun dan disertai oleh negara-negara seperti Thailand, Malaysia, Korea Selatan, dan Jepun.

>> Sepak Takraw adalah sukan yang menggabungkan elemen bola sepak dan bola tampar. Pemain menggunakan kaki, lutut, dada, dan kepala untuk memukul bola rotan ke atas jaring. 

Tarikh & Lokasi Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Tarikh berlangsungnya Piala Dunia Sepak Takraw 2024 adalah bermula pada 18 Mei 2024 sehingga 26 Mei 2024 (9 pagi – 11 malam). 

Lokasi pertandingan ialah Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. 

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia

Pasukan Terlibat

Perlawanan kali ini akan melibatkan 21 negara daripada seluruh dunia, iaitu: 

  1. Malaysia
  2. Jepun
  3. Brunei
  4. Thailand
  5. Indonesia
  6. Vietnam
  7. China
  8. Filipina
  9. India
  10. Singapura
  11. Korea
  12. Arab Saudi
  13. Perancis
  14. Jerman
  15. Iran
  16. Pakistan
  17. Bangladesh
  18. Nepal
  19. Sri Lanka
  20. China-Taipei
  21. Myanmar

Acara Dipertandingkan Dalam Piala Dunia Sepak Takraw 2024

12 pasukan akan berentap bagi kategori Premier manakala baki 9 pasukan bertanding dalam kategori Divisyen 1.

Kategori Premier mempertandingkan acara berpasukan yang mempunyai Piala Khas selain acara beregu dan regu turut dipertandingkan bagi kategori itu.

Negara yang beraksi dalam kategori Premier ialah Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura, India, Korea Selatan, Jepun, Filipina, China, Vietnam, Myanmar dan Brunei.

Manakala, Divisyen 1 hanya mempertandingkan dua acara iaitu beregu dan regu, tiada berpasukan. Negara yang terlibat ialah dua negara eropah iaitu Perancis dan Jerman serta 7 negara Asia, Bangladesh, Taiwan, Iran, Nepal, Pakistan, Arab Saudi dan Sri Lanka.

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia

Senarai Pemain Malaysia

Senarai Pemain yang akan membawa cabaran Negara pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Kuala Lumpur 2024.

Skuad Kebangsaan akan diketuai pemain Senior Saudara Farhan Adam selaku Ketua Pasukan.

  1. Farhan Adam
  2. Syahir Rosdi
  3. Syahmi Hussin
  4. Redwan Hakim
  5. Azmirul Zazwan
  6. Shahalril Aiman
  7. Haziq Hairul Nizam
  8. Norfaizzul Abd Razak
  9. Fetri Mohd Azwadi
  10. Aidl Aiman
  11. Noraizat Nordin
  12. Baihakki A’rippin
  13. Zarif Ibrahim
  14. Zaim Razali
  15. Zuhri Muhammad Zain
  16. Azlan Alias
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia

Jadual Perlawanan – Melibatkan Malaysia

Jadual Perlawanan ISTAF Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang melibatkan Skuad Sepak Takraw Kebangsaan.

Tarikh/WaktuKumpulanAcaraNegara
18 Mei 2024 (9.30 Malam)BRegu Malaysia VS China
19 Mei 2024 (4.30 Petang)ADoubleMalaysia VS Japan
19 Mei 2024 (8.00 Malam)BReguMalaysia VS Brunei
20 Mei 2024 (9.30 Malam)ADoubleMalaysia VS Brunei
23 Mei 2024 (3.00 Petang)CBerpasukanMalaysia VS Brunei
24 Mei 2024 (8.00 Malam)CBerpasukanMalaysia VS Japan
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia

Jadual Perlawanan Penuh – Melibatkan kategori Premier & Divisyen 1

Berikut ialah jadual penuh perlawanan bermula dari Hari 1 sehingga Hari ke-9 perlawanan. Rujuk gambar di bawah.

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia
Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Jadual Perlawanan, Negara Terlibat, Senarai Pemain Malaysia

Final Piala Dunia Sepak Takraw (Regu / Double / Berpasukan)

Perlawanan akhir (Grand Final) akan berlangsung pada 26 Mei 2024, Ahad pukul 3 petang.

Ia akan melibatkan pasukan yang berjaya mara ke peringkat akhir, pada 25 Mei 2024.

Panggilan Negara, Selamat Berjaya Malaysia! 🔥⚡️
Seluruh negara mendoakan kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia yang akan beraksi di perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw ISTAF 2024 menentang Thailand bagi acara berpasukan.

Jom semua, negara memerlukan anda memberikan sokongan tidak berbelah bahagi seperti berikut:
🗓️ : 26 Mei 2024 (Ahad)
⏰ : 3.00 Petang
📍 : Rujuk Poster
Selamat berjaya Malaysia, JBSN bersama

PAUTAN SIARAN LANGSUNG LIVE STREAMING : https://www.youtube.com/@PersatuanSepaktakrawMalaysia

Sistem Ranking & Servis

Buat pertama kali dalam sejarah, sistem mata ranking turut diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024.

Ia bermakna setiap pasukan yang bertanding berpeluang meraih mata ranking dunia berdasarkan keputusan perlawanan dalam kejohanan tersebut.

Setiap pasukan hanya dibenar mendapat giliran sekali servis bergilir-gilir, menjadikan perlawanan lebih menarik apabila sistem itu dapat mengurangkan purata mata tinggi menerusi servis ace.

Keputusan Terkini Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Malaysia Lawan China (Kumpulan B) – Regu 

Malaysia memulakan aksi pertama Kumpulan B acara regu dengan langkah kanan apabila berjaya menewaskan skuad China dengan kemenangan mudah 15-6 (set pertama) dan 15-7 (set kedua) di Stadium Titiwangsa pada 18 Mei 2024 lalu.

Gandingan negara ini dibarisi oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam).

  • Status: Menang
Kredit FB Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Malaysia Lawan Jepun (Kumpulan A) – Double

Malaysia meraih kemenangan mudah juga pada aksi menentang Kumpulan A skuad Jepun (acara double divisyen).

Gandingan negara ini dibarisi oleh Aidil Aiman Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’ripin.

Skuad negara berjaya menumbangkan Jepun dengan 15-9 (set pertama) dan 15-3 (set kedua) di Stadium Titiwangsa pada 19 Mei 2024 lalu.

  • Status: Menang
Kredit FB Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Malaysia Lawan Brunei (Kumpulan B) – Regu 

Malaysia berjaya menewaskan skuad Brunei dalam set pertama (15-7) dan set kedua (15-7) pada 19 Mei 2024 lalu.

Ini sekaligus meletakkan skuad negara sebagai juara Kumpulan B dengan empat mata. Malaysia juga mendapat tempat dalam suku akhir acara regu.

Gandingan negara ini dibarisi oleh Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong), Farhan Adam (pengumpan) dan Mohamad Azlan Alias (perejam).

  • Status: Menang, layak masuk suku akhir
Kredit FB Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Malaysia Lawan Brunei (Kumpulan A) – Double

Malaysia berjaya menewaskan skuad Brunei dalam set pertama (15-9) dan set kedua (15-11) pada 20 Mei 2024 lalu.

Gandingan negara yang terlibat dalam perlawanan terakhir beregu Kumpulan A ini terdiri daripada Aidil Aiman ​​Azwawi, Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Baihakki A’ripin.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia di bawah bimbingan Ahmad Jais Baharun muncul juara Kumpulan A.

  • Status: Menang, layak masuk suku akhir

Suku Akhir: Malaysia Lawan Korea Selatan (Kumpulan A) – Double

Skuad sepak takraw Malaysia berjaya menewaskan pasukan sepak takraw Korea Selatan dengan keputusan 11-5 (set pertama), 17-15 (set kedua), dan 15-8 (set ketiga).

Hasil keputusan tersebut, Malaysia akan berdepan Myanmar malam ini selepas pasukan kendalian Aung Cho Myint tersebut berjaya menumbangkan India dengan kemenangan straight set 15-8, 15-13.

  • Status: Menang, layak masuk separuh akhir
Kredit FB Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Suku Akhir: Malaysia Lawan Singapura (Kumpulan B) – Regu

Skuad regu negara juga mengikuti langkah yang sama seperti double apabila menang ke atas Singapura 15-8 (set pertama) dan 15-9 (set kedua).

Trio utama, Syahir Rosdi selaku tekong, Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) memperagakan aksi bertenaga pada aksi suku akhir tersebut.

Status: Menang, layak masuk separuh akhir

Separuh Akhir: Malaysia Lawan Myanmar (Kumpulan A) – Double

Pasukan Malaysia dalam acara double berjaya menewaskan pasukan Myanmar dengan jurang mata 15-10 (set pertama) dan 17-16 (set kedua).

Regu negara bakal menanti pemenang satu lagi aksi separuh akhir antara Indonesia dan Thailand sebagai lawan di pentas final acara double.

  • Status: Menang, layak ke final

Separuh Akhir: Malaysia Lawan Myanmar (Kumpulan B) – Regu

Skuad regu negara berjaya menumpaskan pasukan Myanmar untuk acara regu sebentar tadi.

Skor yang melayakkan Malaysia ke final adalah 15-11 (set pertama) dan 15-3 (set kedua).

Trio utama, Syahir Rosdi selaku tekong, Farhan Adam (apit kiri) dan Azlan Alias (apit kanan) memperagakan aksi bertenaga pada aksi separuh akhir tersebut.

  • Status: Menang, layak ke final

Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Kredit IG Persatuan Sepak Takraw Malaysia
Kredit IG Persatuan Sepak Takraw Malaysia

Keputusan Final Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Gandingan Aidil Aiman Azwawi-Noraizat Mohd Nordin menjuarai acara double dengan menewaskan Thailand.

Aidil-Noraizat mencatat kemenangan 17-16 (set pertama) dan 15-13 (set kedua) ke atas gandingan Thailand Seksan Tubtong-Kittiphum Sareebut dalam final double malam tadi.

Kemenangan tersebut sememangnya detik bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara double.

Skuad negara dalam acara regu berjaya melengkapkan malam penuh gemilang ini bila mana berjaya menumbangkan skuad Gajah Putih (Thailand) pada aksi final malam tadi.

Trio negara yang dibarisi Farhan Adam, Syahir Rosdi, Azlan Alias (Haziq Hairul Nizam) mempamerkan prestasi menakjubkan untuk menumbangkan regu Thailand, Poramet Siriswat, Sittipong Khamchan, Varayut Jantarasena (Siriwat Sakha) 15-8 (set pertama) dan 15-12 (set kedua).

Sebagai rekod, kali terakhir regu Malaysia berjaya menumbangkan Thailand adalah pada saingan Siri Super ISTAF 2015 di Melaka.

Pingat emas dalam acara double dan regu itu adalah yang pertama buat Malaysia dalam saingan Piala Dunia sejak diperkenalkan pada 2011.

Maklumat Lanjut & Pautan Live Streaming

Bagi yang ingin menonton Piala Dunia Sepak Takraw 2024 secara langsung, anda boleh menontonnya melalui Astro Arena dan RTM.

Berikut adalah pautan secara LIVE Piala Dunia Sepak Takraw 2024 melalui saluran berikut:

Segala maklumat terkini juga akan dikemaskini di artikel ini dari masa ke semasa.

Bantu kami share artikel ini: