Peti Ais Tak Sejuk? Fahami Penyebab dan Cara Baikinya

peti ais tak sejuk
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Dah nak raya, tapi bila peti ais tak sejuk boleh jadi masalah besar sebenarnya. Mana tidaknya semua bahan basah macam ayam, daging dan sayur-sayuran mesti disimpan agar tahan lama sebelum dimasak pagi raya nanti.

Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan cara untuk menangani masalah peti ais tak sejuk dengan kaedah paling mudah.

Baca juga:

Apa itu peti ais?

peti ais tak sejuk

Peti sejuk atau peti ais adalah peralatan elektrik yang kebanyak setiap rumah memilikinya.

Nama peti sejuk itu sendiri diambil daripada perkataan “sejuk” yang bermaksud memberi kesejukan atau menyegarkan makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya.

Cara kerjanya adalah dengan menyedut haba panas dari dalam kabinet, ke luar dan memberi kedinginan kepada makanan dan minuman yang disimpan di dalamnya.

Jenis peti ais

Peti ais datang dalam pelbagai bentuk dan saiz mengikut kepada gaya hidup atau keperluan pada masa kini.

Ia boleh dikategorikan mengikut kepada jumlah isipadu muatan yang mampu untuk dimuatkan di dalam unit liter.

Biasanya terdapat dua jenis peti sejuk utama yang biasa didapatkan iaitu jenis pembeku (Freezer) dan jenis bukan pembeku (non Freezer).

Peti sejuk jenis pembeku (freezer) akan membekukan barangan yang disimpan di dalam kabinetnya, sebagai contoh peti pembeku ais krim atau ais batu yang biasa terdapat di kedai-kedai.

Manakala peti sejuk bukan pembeku pula adalah seperti peti sejuk biasa yang terdapat di rumah.

Ada juga peti sejuk bukan pembeku tetapi berkaca yang digunakan untuk menyimpan bermacam-macam jenis minuman dalam tin, kotak, dan botol.

Suhu peti ais yang disyorkan

Menurut U.S. Food and Drug Administration (FDA), suu peti ais yang disyorkan adalah di bawah 40°F, dan suhu penyejuk beku pula adalah pada atau di bawah 0°F. 

Walaupun begitu, suhu yang ideal sebenarnya adalah lebih rendah dari yang dinyatakan tadi. Seboleh-bolehnya, anda perlu kekalkan suhu antara 35° dan 38°F (atau 1.7 hingga 3.3°C). 

Suhu yang terlalu rendah atau terlalu tinggi pastinya akan memberi kesan kepada makanan yang anda simpan untuk mudah rosak dengan cepat disebabkan bakteria seperti Salmonella dan E. coli.

Punca peti ais tak sejuk

Peti sejuk tak sejuk boleh berpunca dari beberapa faktor. Antara penyebabnya adalah seperti berikut:

  • Lokasi pemasangan: Peti sejuk yang direka untuk kegunaan dalaman hanya boleh dipasang di dalam rumah di mana suhu kurang berkemungkinan naik atau turun secara mendadak.
  • Cara menyusun makanan: Susunan makanan yang tidak teratus boleh menghalang aliran udara yang betul di dalam bekas.
  • Gegelung kondenser yang kotor: Gegelung pemeluwap tidak boleh berfungsi jika ia dilitupi habuk, bulu haiwan peliharaan, gris, atau sarang labah-labah.
  • Salur udara tersumbat: Salur udara yang tersumbat boleh menghalang udara sejuk daripada menapis.
  • Pemasangan yang salah: Peti sejuk yang dipasang bukan pada permukaan rata boleh mengurangkan fungsinya.
  • Kawalan suhu yang salah: Peti sejuk tidak boleh sejuk jika kawalan suhu berada pada tetapan yang salah.
  • Pengedap getah yang kotor atau pecah: Pengedap gestah kotor, haus, rosak, dan bocor boleh menyebabkan peti sejuk kurang sejuk.

Cara DIY peti ais tak sejuk

Terdapat tiga kategori masalah peti ais tak sejuk yang biasa berlaku. Berdasarkan kepada pengalaman mereka yang mahir, masalah tersebut adalah seperti berikut:

1. Peti ais sejuk tapi tidak membeku

Untuk masalah pertama, penyebabnya adalah kerana masalah teknikal. Masalah ini boleh jadi banyak puncanya tetapi ia jarang terkena pada 2 tempat dalam 1 masa.

Antara puncanya mungkin kerana sistem auto defrost tidak berfungsi, kebocoran kecil gas penyejuk, dan gas line tersumbat.

2. Peti ais tak sejuk 100%

Masalah kedua, penyebabnya adalah human error. Untuk solusi pertama, anda perlu periksa kompressor peti ais tersebut sama ada masih berfungsi atau tidak.

Untuk pengetahuan anda, semua standard kompressor ada “vibration”. Untuk periksa mudah sahaja. Anda hanya perlu sentuh dengan hujung jari untuk tahu sama ada ia vibrate atau tidak.

Kerosakan mungkin disebabkan kompressor terlalu panas. Sekiranya anda rasa kompressor hanya panas dengan bunyi “tik-tik” tetapi tidak ada vibration sama sekali, ada kemungkinan kompressor tersebut sudah rosak.

3. Bahagian atas / bawah peti ais tak sejuk

Manakala untuk masalah ketiga adalah kerana keadaan semulajadi dari segi kualiti bahan yang digunakan dalam pembuatan peti sejuk atau masalah lain yang berkaitan melibatkan komponen dalaman.

Kalau anda rasa ada “gap” pada pintu peti ais tersebut sehingga udara sejuk boleh keluar, anda perlu ganti getah pintu dengan yang baru sahaja.

Namun sekiranya masalah kerosakan disebabkan defrost thermostat / defrost sensor yang rosak berikut adalah cara untuk membaikinya:

Alat yang diperlukan:

  • Screwdriver Philip
  • Cable tie
  • Defrost thermostat
  • Shirnk tube/ selotape hitam
  • Hair dryer (pilihan)

Cara untuk membaiki:

1. Matikan suis peti sejuk.

2. Buka penutup bahagian atas peti sejuk atau cover cooling coil seperti gambar.

peti ais tak sejuk

3. Bila buka penutup, anda akan lihat banyak ketulan ais di belakang sehingga menutup laluan udara sejuk ke atas dan ke bawah. Inilah punca yang menyebabkan peti ais anda tidak sejuk.

peti ais tak sejuk

4. Ada dua cara untuk anda mencairka ketulan ais tersebut sama ada dengan menggunakan hair dryer atau membiarkan sahaja peti ais mati dalam masa 3 – 4 hari.

peti ais tak sejuk

5. Setelah ketulan ais mencair, anda akan perasan tiub warna pink seperti ini. Itu adalah sensor. Potong kabel tie dan tarik keluar sensor tersebut.

peti ais tak sejuk

6. Ini adalah keadan sensor yang lama dan rosak.

peti ais tak sejuk

7. Ini adalah keadan sensor yang baru ditukar.

8. Potong wayar asal. Kemudian sambungkan pada yang baru. Jangan risau tentang polarity, ikut sahaja seperti yang anda suka. Kemaskan menggunakan shrink tube (warna hijau). Boleh juga gunakan salotape hitam.

9. Letakkan pada posisi asal, bahagian metal sensor perlu menghala ke bahagian bawah. Guna cable tie dan ikat semula dengan kemas supaya tidak bergerak. Pasang semula penutup kembali dengan ketat.

10. Peti ais boleh digunakan seperti biasa semula.

Sekiranya kerosakan tersebut teruk dan memerlukan pemeriksaan lebih mendalam, segera dapatkan bantuan dari mereka yang lebih pakar.

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan cara menangani masalah peti ais tak sejuk dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan panduan bersama.

Sumber:

  1. Here’s the Right Temperature for Your Refrigerator and Freezer. Real Simple
  2. DIY Solutions When Your Fridge is Cold, But Not Cold Enough. Appliance Express
  3. Kenalpasti Masalah Peti Sejuk Dan 3 Cara Simple Selesaikan. Ahmad Khairol
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut