Pesta Pulau Pinang 2024 – Waktu Operasi, Tiket & Jadual Acara

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pesta Pulau Pinang, sebuah acara tahunan yang dinanti-nantikan, kini kembali lagi pada tahun 2024 dengan lebih meriah dan menarik. 

Pesta ini bukan sahaja meraikan warisan budaya Pulau Pinang, tetapi juga menjadi platform untuk mempamerkan keunikan dan kepelbagaian negeri ini.

Mari kita terokai apa yang ditawarkan oleh Pesta Pulau Pinang 2024!

BACA JUGA: Cuti Umum 2025 & Cuti Sekolah Malaysia KPM

Pesta Pulau Pinang 2024 / 2025

Pesta Pulau Pinang 2024 merupakan festival tahunan yang diadakan di Sungai Nibong, Pulau Pinang. Berlangsung setiap penghujung tahun sejak 1970, pesta ini pada asalnya diperkenalkan untuk meningkatkan ekonomi negeri ketika kadar pengangguran tinggi. 

Kini, ia telah menjadi simbol dan tradisi Pulau Pinang yang menyatukan rakyat tempatan serta menarik pelancong dari seluruh negara dan luar negara. 

Pesta Pulau Pinang 2024 - Tarikh & Acara Menarik

Pesta ini biasanya akan berlangsung selama lebih dari sebulan dan menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua golongan umur. Terdapat pameran, permainan karnival, sukan, dan persembahan muzik yang menampilkan artis tempatan terkenal. 

Selain itu, pesta ini juga dikenali sebagai tempat untuk menikmati makanan tempatan dan antarabangsa yang pelbagai, serta menyambut Tahun Baru dengan acara istimewa seperti pertunjukan bunga api dan konsert malam​. 

Sebagai acara ikonik di Malaysia, Pesta Pulau Pinang bukan sahaja tempat hiburan, tetapi juga ruang perniagaan untuk peniaga kecil dan sederhana yang ingin memasarkan produk mereka.

Pesta Pulau Pinang 2024 /2025

Lokasi & Tarikh Pesta Pulau Pinang 2024

Pada tahun 2024, Pesta Pulau Pinang diadakan dari 21 Disember 2024 hingga 2 Februari 2025 di Tapak Pesta Sungai Nibong. 

Pesta ini akan berlangsung setiap hari mulai jam 6:00 petang hingga 11:00 malam pada hari bekerja, manakala pada cuti sekolah, hujung minggu, dan hari cuti umum, ia bermula dari jam 5:30 petang hingga 12:00 malam.

Waktu operasi berbeza mengikut hari bekerja dan hujung minggu, dengan pengunjung disarankan untuk merancang kunjungan mereka bagi mengelakkan kesesakan​. 

BACA JUGA: Pesta Buku Melaka – Tarikh, Lokasi, Aktiviti Menarik

Pesta Pulau Pinang 2024 / 2025

Jadual Acara 2024 / 2025

Rujuk jadual acara dalam lampiran di bawah :

Pesta Pulau Pinang 2024 / 2025
Pesta Pulau Pinang 2024 / 2025

1. Pertunjukan Muzik dan Konsert Harian

Pengunjung boleh menikmati pelbagai persembahan muzik di pentas utama semasa pesta ini berlangsung. Persembahan tersebut akan menampilkan artis tempatan Malaysia. 

Pertunjukan muzik adalah merupakan salah satu tarikan utama pesta ini, dan ia menawarkan peluang kepada pengunjung untuk menikmati muzik secara langsung di suasana karnival yang meriah​. 

Pesta Pulau Pinang 2024

2. Acara Sukan

Bagi peminat sukan, Pesta Pulau Pinang 2024 ini juga bakal menyajikan pelbagai pertandingan. Acara-acara ini menarik minat ramai kerana menyajikan aksi dan semangat kompetitif di antara para peserta. 

Tahun-tahun lalu, antara sukan yang dipertandingkan antaranya termasuklah:

  • Muay Thai
  • Badminton
  • Bina badan
  • Bowling
Pesta Pulau Pinang 2024

3. Permainan Karnival

Permainan karnival juga adalah antara salah satu tarikan popular di pesta ini. Kali ini, pesta ini menawarkan lebih dari 17 permainan menarik termasuk roda ferris Euro Wheel, Sky Rider, dan Daytona.

Semua permainan direka untuk keseronokan semua peringkat umur, menjadikannya sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan rakan-rakan yang ingin mencipta kenangan bersama​. 

@lovefoodfestmy

Dah lamaa minmin nak naik semua ni tau korang!!! jom kita tengok berapa rate yang minmin kasi untuk game yang ada dekat pesta penang! 😍😍 LFF X PESTA PENANG 🎪 Tapak Pesta Pulau Pinang, Sg Nibong 🗓️ 28 Nov – 31 Dec 2023 ⏰ 5 Petang – 11 Malam #LoveFoodFestivalMY #PestaPenang2023 #PestaPenang #PulauPinang #penangfood #penangtrip #fyp #fypシ

♬ Indian Summer – HOAX

4. Persembahan Tahun Baru dan Pertunjukan Bunga Api

Pesta Pulau Pinang turut menjadi tuan rumah kepada sambutan malam Tahun Baru. Memang meriahlah, lengkap dengan persembahan artis, pertunjukan pentas, dan pertunjukan bunga api yang menakjubkan. Ini adalah acara yang ditunggu-tunggu ramai dan menjadi titik kemuncak dalam pesta tersebut.

5. Pameran & Pertandingan Kebudayaan

Selain hiburan dan permainan, pesta ini turut mempamerkan aspek kebudayaan dan juga pertandingan untuk menonjolkan bakat tempatan serta memperkayakan pengalaman budaya pengunjung. Pameran yang mempamerkan sejarah dan kebudayaan Pulau Pinang sangat bermanfaat untuk mereka yang ingin mempelajari lebih lanjut tentang negeri ini​. 

Pesta Pulau Pinang 2024

6. Jualan Makanan Tempatan dan Antarabangsa

Sepanjang festival, pengunjung pastinya akan dapat menikmati pelbagai jenis makanan, daripada hidangan tempatan seperti char koay teow dan laksa, hingga kepada hidangan antarabangsa seperti burger dan pasta. 

@deechannel85

LOVE FOOD FEST X PESTA PENANG 2023.28/11-31/12/2023. 5:00ptg-11:00malam.Tapak Pesta Penang Sg Nibong.#lovefoodfestivalmy #lovefoodfest #akevents #pestapenang2023 #pestapenang #pulaupinang #penangfood #penangtrip #deechannel @Love Food Festival Malaysia

♬ Dj Maduu Dan Racuuun Hatii Hatiii – DJ NABRAHA

Bagi peniaga yang ingin menyewa tapak, sila mohon dengan menghubungi Jawatankuasa Perniagaan dan Ruang Pameran Pesta Pulau Pinang 24/25 di talian 04-2623505 (Ext: 156).

Tawaran Sewaan Lot Perniagaan dan Ruang Pameran Lot C dan Lot Z Pesta Pulau Pinang 24/25 juga masih dibuka.

Tarikh Permohonan: 4 November 2024 (Isnin) hingga 19 November 2024 (Selasa)

Muat Turun Borang Permohonan Secara Percuma: https://drive.google.com/…/1bB…/view…

Harga Tiket

Kadar tiket yang dikenakan bagi tahun 2024 / 2025 adalah seperti berikut :

  • RM5.00 seorang untuk Dewasa & 12 tahun ke atas
  • PERCUMA untuk kanak-kanak bawah 12 tahun
    • Sila pamerkan kad pengenalan diri di kaunter tiket
    • Sediakan wang kecil dan semak baki wang sertatiket sebelum meninggalkan kaunter tiket
Pesta Pulau Pinang 2024

Waktu Operasi Kaunter Tiket

  • Isnin hingga Jumaat : 6.00 petang – 11.00 malam
  • Sabtu, Ahad & Cuti Umum : 5.30 petang – 12.00 malam
@pesta.pulaupinang

Nah… Kita intro lg skit.. Mn bley nk bg full list artis mcm tu ja… Sabaq sat.. Dok edit senarai artis x abis lg… Ramai sgt hat best2… Jgn lupa maklumat rasmi hanya disini!!!! #pestapulaupinang #tapakpestasungainibong #diamaidah #nostalgiapestapulaupinang #pestapulaupinang2024 #penangkini #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – PestaPulauPinang – PestaPulauPinang

Highlights Pesta Pulau Pinang 2024 / 2025

Meriah!

Itulah yang boleh dirumuskan bagi menggambarkan suasana Pesta Pulau Pinang yang diadakan setiap tahun.

Di sini kami kongsikan sedikit video artis-artis yang akan membuat kemunculan di Tapak Pesta Sg Nibong bagi edisi 2024/2025 ini.

*tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa

@pesta.pulaupinang

Meh nak blanja lg skit video artis2 hat nk mai Pesta Pulau Pinang nnt… Kaih.. Set date kaih hari pa hmpa nk mai… Tak lama dahhhh… Ujung minggu ni jaaaaa… *tertakluk kpd perubahan dr semasa ke semasa #pestapulaupinang #tapakpestasungainibong #diamaidah #nostalgiapestapulaupinang #pestapulaupinang2024 #fyppppppppppppppppppppppp #arena1

♬ original sound – PestaPulauPinang – PestaPulauPinang
@pesta.pulaupinang

Hari tu hmpa kata video laju sgt la… Pas tu list artis x full…. Nah… Sbb hampa sabaq dok tggu kmi update… Kita up full list truih kt hmpa… Jgn kata kami x payung naaa… Apa lg… Lekaih la p apply cuti time artis2 ksygn hmpa mai… Tp kalo nk mai tiap2 hari pun kami x marah aihhhh… #pestapulaupinang #tapakpestasungainibong #diamaidah #nostalgiapestapulaupinang #pestapulaupinang2024 #fyppppppppppppppppppppppp#penangkini

♬ original sound – PestaPulauPinang – PestaPulauPinang

Suasana Pesta Pulau Pinang Tahun 2023

Jom tengok video perkongsian orang ramai yang berkesempatan untuk berkunjung ke Pesta Pulau Pinang sebelum ini.

@pahitmanis_92

Update: Pesta Pulau Pinang 2023 Tarikh: 28 November 2023 – 31 Disember 2023 Tempat: Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang Waktu operasi: Hari biasa: 6.00pm – 11.00pm Hari minggu & cuti umum: 5.30pm – 12.00mlm Harga tiket masuk: RM5.00 (12 tahun & ke atas) (Kanak2 percuma. Sila pamerkan kad pengenalan diri di kaunter #pestapenang2023

♬ คนจนมิสิทธิ์มั๊ยคะ – Hight Crown
@syaliza_along

Hanya Tinggal Sejarah – Tomok Newboyz 16 Dec 2023 Pesta Pulau Pinang Apa syaliza adakah apa ??? Hahaha Ni malas nk record .. dengar suara sendiri je lebih.. suara dah la ermmm hahaha #pestapenang #pestapulaupinang #Tomok #Tomokianz #Newboyz #nbianz #zyxcba #HanyaTinggalSejarah

♬ original sound – Along_syaliza – Along_syaliza

Kemudahan Untuk Pengunjung

Bagi kemudahan pengunjung, pengangkutan awam disediakan dengan bas percuma yang beroperasi setiap 30 minit dari Queensbay Mall ke tapak pesta bermula 22 Disember. 

Kemudahan ini bertujuan untuk mengurangkan kesesakan trafik dan memberikan keselesaan kepada pengunjung. Terdapat juga tempat parkir dengan bayaran RM5 bagi yang membawa kenderaan sendiri, di mana keselamatan kenderaan turut dijaga.

Kemudahan lain seperti tandas awam, dan sebagainya akan dikemaskini daripada masa ke semasa. 

Maklumat Lanjut

Pesta Pulau Pinang 2024 menawarkan pengalaman yang menyeluruh dengan pelbagai aktiviti dan acara untuk memenuhi keperluan setiap pengunjung. Pastikan untuk memeriksa jadual terkini dan membuat perancangan awal agar anda dapat menikmati pengalaman terbaik di festival ikonik ini. 

Dengan pelbagai tarikan menarik yang disediakan, Pesta Pulau Pinang 2024 pasti akan memberikan pengalaman yang istimewa dan penuh kegembiraan bagi semua pengunjung.

Untuk sebarang maklumat lanjut dan info terkini, sila layari Facebook Pesta Pulau Pinang

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut