Permohonan SKAS bagi tahun 2025 kini kembali, menawarkan bantuan untuk rakyat Sarawak. Inisiatif ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan memastikan kebajikan golongan berpendapatan rendah terus terjaga.
SKAS menjadi salah satu program utama kerajaan negeri dalam usaha membangunkan masyarakat yang lebih inklusif dan sejahtera.
Melalui penambahbaikan yang diperkenalkan tahun ini, SKAS 2025 dijangka mampu memberikan impak lebih besar kepada penerima manfaat, terutama dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Artikel ini akan menerangkan kepada anda tentang syarat permohonan, proses pendaftaran, dan faedah yang ditawarkan oleh sumbangan ini.
Baca juga:
- Sarawak ID : Login, Daftar, Kemaskini ID SKAS
- Tarikh Bayaran SKAS 2025 (Sumbangan Keperluan Asas Sarawak)
- Reset Sarawak ID – Akaun, Password & Username Baru
Kenyataan Media SKAS – Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
Cara Semak Kelayakan SKAS
Semakan Permohonan SKAS boleh dibuat di pautan ini: http://sarawak.gov.my/skas
Cara Permohonan SKAS
HEBAHAN AWAM
PENDAFTARAN SARAWAK ID & E-DOMPET S PAY GLOBAL/ PERMOHONAN BAHARU SKAS 2025
PERMOHONAN SKAS SECARA MANUAL
Orang ramai yang layak memohon Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh mendaftarnya secara dalam talian atau secara manual dengan hadir di beberapa lokasi berikut:
- Pejabat Daerah / Daerah Kecil
- Pusat Servis Sarawak (Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu & Miri)
- Pusat Khidmat ADUN & Parlimen
- Pustaka Negeri Sarawak Kuching / Pustaka Sibu / Pustaka Miri
Pemohon diingatkan membawa bersama telefon pintar dan kad pengenalan.
PERMOHONAN SKAS SECARA ONLINE
Berikut adalah langkah untuk membuat permohonan SKAS secara online:
- Layari laman web ini: https://www.sarawak.gov.my/web/home/p_service_catalogue/757
- Klik pada butang “Memohon”.
- Anda akan dibawa ke halaman seterusnya. Kemudian klik butang “Sarawak ID Login” untuk Log masuk ke dalam akaun anda. (Jika belum ada akaun perlu daftar dulu.)
- Masukkan Username dan Password akaun Sarawak ID anda.
- Masukkan No. Kad Pengenalan anda dalam ruangan yang disediakan. Kemudian, klik butang “Search”
- Skrin akan memaparkan nama penuh anda. Sekiranya betul nama anda yang terpapar, klik pada butang “Proceed Update”.
- Isikan No. Tel dan username S Pay Global anda. Seterusnya, klik butang “Submit” untuk hantar permohonan.
Jika belum daftar Sarawak ID, perlu cipta akaun terlebih dahulu.
Klik ‘Register Now’ untuk mendaftar.
Klik ‘Warganegara’.
Isikan maklumat diri anda.
Setelah selesai, login semula.
Anda boleh juga rujuk tutorial video berikut:
Laporkan Masalah Online
Laporkan masalah mengenai S PAY GLOBAL anda dengan imbas kod QR dan isi borang berikut.
https://snt.d-crown.com.my/dcrown/cats/home/change_request/
Maklumat Lanjut & Muat Turun Panduan Permohonan SKAS
Sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai proses rayuan SKAS, sila rujuk pautan rasmi https://sarawak.gov.my atau rujuk panduan berikut:
Panduan untuk S PAY GLOBAL
- Bagaimana mendaftar S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Lupa kata laluan dan tukar nombor telefon untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
- Tukar telefon mudah alih yang digunakan untuk S PAY GLOBAL ( Lihat panduan )
Panduan untuk SarawakID
- Lupa kata laluan SarawakID [ Lihat panduan ]
Panduan untuk SKAS
- Panduan membuat pengesah akaun untuk SKAS dalam aplikasi mudah alih S PAY GLOBAL [ Infografik ].
- Panduan untuk menyemak status penerimaan bantuan SKAS [Video | Infografik].
- Panduan untuk mengemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL dengan SKAS [ Video | Infografik ].
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan S PAY GLOBAL, anda boleh merujuk kepada soalan-soalan lazim bagi S PAY GLOBAL atau hubungi kami melalui telefon +6082-224599 atau emel ke [email protected].
Bagi pertanyaan yang lain, anda boleh hubungi pusat Talikhidmat dengan mengisi borang atas talian atau telefon +6082-555999 atau emel to [email protected]