Permohonan Kolej Vokasional & Sekolah Teknik 2024 / 2025

Permohonan Kolej Vokasional / Sekolah Menengah Teknik 2024 / 2025

Permohonan Sekolah Khusus kini sedang dibuka. Adakah anda sudah memilih laluan yang menjadi minat anda?

Salah satu daripada pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah kemasukan ke Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional, iaitu aliran (TVET).

Tahukah anda apakah itu aliran TVET dan bagaimana haluan kerjaya yang boleh dipilih dalam bidang ini?

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang aliran TVET, syarat kemasukan ke Sekolah Teknik @ Kolej Vokasional di Malaysia.

permohonan kolej vokasional sekolah teknik

Jom mohon masuk Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan Sesi 2024/2025.

Permohonan untuk menghadiri Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) bermula 1 Ogos hingga 17 September 2023.

Klik di sini http://spskt4.moe.gov.my.

Jangan lupa ikuti https://www.facebook.com/KVdMedia untuk pelbagai info menarik tentang Kolej Vokasional & SM Teknik, BPLTV KPM.

Apakah TVET?

Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.

Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu.

Skop TVET perlu berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri.

Lulusan program TVET mampu menguasai pengetahuan dan kemahiran praktikal dengan lebih baik berbanding lulusan program akademik.

Kelebihan ini berpotensi untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan menarik minat majikan untuk menawarkan pekerjaan kepada lulusan TVET.

Berikut merupakan program yang ditawarkan bagi aliran kemahiran (TVET) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia:

  • Program KV (menjurus kepada Diploma) di Kolej Vokasional (KV)
  • Aliran Teknikal – Sekolah Menengah Teknik
  • Program Kemahiran / Apprenticeship di KV / Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)
kolej vokasional sekolah menengah teknik malaysia

Apakah perbezaan antara aliran di Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik?

Jom ketahui selanjutnya.

KOLEJ VOKASIONAL

Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) merupakan satu pelan induk TVET negara bagi memantapkan lagi sistem pendidikan vokasional yang dimulakan sejak 2013 sehingga 2020, di mana berlakunya penstrukturan semula sekolah menengah vokasional dan sekolah menengah teknik kepada Kolej Vokasional (KV).

Langkah ini di ambil bagi menyokong agenda transformasi ekonomi negara dalam menghasilkan tenaga kerja mahir yang kompetenTPV telah mengubah persepsi masyarakat yang beranggapan pendidikan vokasional sebagai pendidikan kelas kedua dan menjadikannya setaraf dengan aliran perdana.

KV menawarkan dua (2) peringkat pengajian iaitu Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Murid lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3) daripada sekolah menengah harian yang berminat dan cenderung mengikuti aliran vokasional berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sijil Vokasional Malaysia (SVM) sebelum melanjutkan pengajian di peringkat DVM.

KV menggunakan Kurikulum Standard Kolej Vokasional (KSKV) di mana ia mengutamakan pembelajaran secara praktikal (hands-on) berbanding teori. Kini, terdapat 87 buah KV menawarkan pengajian dalam pelbagai program vokasional di peringkat SVM dan DVM.

Pengiktirafan SVM oleh Lembaga Peperiksaan (LP) adalah setara dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Lulusan SVM juga akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 3. Bagi mereka yang memenuhi syarat, pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat DVM. Proses akreditasi program DVM dilaksanakan oleh Malaysia Qualifications Agency (MQA) dan Malaysia Board of Technologists (MBOT).

Graduan DVM akan berpeluang menjadi tenaga kerja mahir yang kompeten, menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi dan menjadi usahawan dalam bidang.

Bidang Pengajian Kolej Vokasional

  1. Teknologi Elektrik dan Elektronik
  2. Hospitaliti
  3. Teknologi Awam
  4. Teknologi Mekanikal dan Pembuatan
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat
  7. Seni Reka
  8. Perkhidmatan Masyarakat
  9. Pertanian
  10. Pembuatan dan Pemprosesan
  11. Pertanian
kolej vokasional

Secara ringkasnya, Kolej Vokasional menawarkan

  1. Pengajian selama 4 tahun (8 semester)
  2. Guna sistem semester
  3. Menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  4. Tiada SPM tetapi peluang untuk terus bekerja

SEKOLAH MENENGAH TEKNIK

Penawaran aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik (SMT) adalah untuk pelajar yang cemerlang dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan pelajar yang berminat terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan (Engineering) dan Matematik (STEM).

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5 yang menawarkan bidang seperti berikut:

  1. Kejuruteraan Awam
  2. Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  3. Kejuruteraan Mekanikal
  4. Perdagangan
  5. Pertanian

Setelah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pelajar berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari sama ada di institut pendidikan tinggi awam (IPTA) atau institut pendidikan tinggi swasta (IPTS) dalam pelbagai bidang khususnya kejuruteraan dan seterusnya menjadi tenaga profesional.

sekolah teknik
  1. Menawarkan kursus bidang Teknikal sahaja
  2. Sistem pembelajaran yang sama seperti sekolah biasa
  3. Tempoh pengajian adalah 2 tahun (Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5)
  4. Pelajar menduduki SPM dan akan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya

Perbezaan Antara Kolej Vokasional & Sekolah Menengah Teknik

Untuk perbezaan yang lebih jelas sila rujuk jadual di bawah:

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
kolej vokasional
kolej vokasional

Sila rujuk program yang ditawarkan di KVSMT https://bpltv.moe.gov.my/assets/TVET-KPM-COFFETABLE-BOOK.pdf

Syarat Kelayakan Umum

  • Pemilihan kemasukan murid ke KV/SMT bergantung kepada syarat-syarat umum dan khusus yang telah ditetapkan dan keputusan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid (AJKPM)
  • Berikut merupakan syarat umumkemasukan murid iaitu :
  • Calon adalah Warganegara Malaysia;
  • Calon mestilah murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan / Sekolah Bantuan Kerajaan di bawah kelolaan KPM;
  • Calon telah menduduki Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Tahun Semasayang merangkumi Pentaksiran Sekolah (PS), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3);
  • Calon sihat tubuh badan;
  • Calon mestilah tiada sebarang kecacatan atau kecederaan atau sejarah penyakit atau penyakit-penyakit yang mengehadkan, membataskan dan menyukarkan pelaksanaan kerja praktikal dan amali;
  • Calon mestilah TIDAK RABUN WARNA/BUTA WARNA;
  • Calon bebas daripada masalah mental;  dan
  • Calon berminat dengan program dipohon

        *syarat khusus bergantung kepada program yang ditawarkan dan perubahan syarat bergantung pada tahun semasa

Cara Permohonan Sekolah Menengah Teknik & Kolej Vokasional

Permohonan Kemasukan ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Tahun 2023 telah dibuka mulai 1 Ogos hingga 17 September 2023.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan *https://spskt4.moe.gov.my/*

permohonan kolej vokasional sekolah teknik

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, sila rujuk laman web https://bpltv.moe.gov.my ATAU rujuk https://bpltv.moe.gov.my/assets/TVET-KPM-COFFETABLE-BOOK.pdf?fbclid=IwAR0p8eHvw-WA8C0qhsFe7J6lUIH5Q86eKFhHcSjcOuosSaKMLTfuYi8R2WM

Maklumat Lanjut

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL

Aras 5 & 6, Blok E14, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya

+603 – 8884 5154
+603 – 8889 5047
[email protected]

Laman web: https://bpltv.moe.gov.my/kv-smt/

Permohonan : https://spskt4.moe.gov.my/

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!