Permohonan MRSM Sesi 2025 Bagi Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Permohonan kemasukan ke MRSM bagi tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 kini dibuka mulai 06 ogos hingga 06 September 2024!

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Pengenalan Tentang MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Kerajaan bersetuju mengekalkan dasar pengambilan pelajar ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebelum ini tanpa mengira aliran sekolah, selaras dengan konsep ‘Keluarga Malaysia’.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata cadangan perubahan diumumkan sebelum ini, tidak diguna pakai selepas perbincangan bersama wakil Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Saya hendak tegaskan dasar dan syarat kemasukan ke MRSM dikembalikan kepada syarat asal seperti sebelum ini, bagi memberi peluang semua pelajar memohon.

“Ini bermaksud semua pelajar dari Sekolah Agama (Bantuan Kerajaan), SJKC (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina), SJKT (Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil) juga boleh memohon ke MRSM.

semakan mrsm 2021

Baca juga : Senarai SBP: Ranking Sekolah Berasrama Penuh Terbaik Malaysia

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  • Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.

Baca juga : MySalam B40 & M40: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Tarikh Permohonan Kemasukan MRSM 2024 Bagi Tingkatan 1 & 4

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pelajar, ibu bapa, dan penjaga kini boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 6 Ogos hingga 6 September 2024.

Pautan permohonan dan hebahan rasmi akan diumumkan melalui portal MARA di : https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Syarat Kemasukan Umum

1. Calon warganegara Malaysia.

2. Ibu dan/ atau bapa kandung ialah warganegara Malaysia.

3. Calon memohon secara dalam talian (online).

4. Calon yang tidak menduduki UKKM tidak akan dipertimbangkan untuk pemilihan kemasukan MRSM tahun 2025.

5. Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.

6. Calon lahir pada 2 Jan 2012 hingga 1 Jan 2013 bagi calon Tingkatan 1 2025 atau calon lahir pada 2 Jan 2009 hingga 1 Jan 2010 bagi calon Tingkatan 4 2025.

7. Ibu bapa/ penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.

8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

9. Untuk maklumat tambahan, sila rujuk Syarat dan Pilihan Program MRSM serta FAQ yang disediakan di pautan ini.

PANDUAN PERMOHONAN

1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.

2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.

3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.

4. Pemohon perlu mengisi keputusan Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terkini dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

5. Pemohon perlu membawa keputusan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan Dan Kokurikulum (PAJSK) ketika menghadiri UKKM.

Lokasi MRSM

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan dalam rajah di bawah.

Berikut adalah senarai MRSM mengikut program yang ditawarkan.

permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024 2023
permohonan mrsm 2024

Tarikh Permohonan MRSM 2023

Mulai 15 September 2023 hingga 20 Oktober 2023.

Cara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.

  1. Pergi ke laman web rasmi MARA di https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
    Baca Maklumat Program MRSM selengkapnya di SINI.
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

MUAT TURUN BUKU PANDUAN PERMOHONAN MRSM

  1. Calon perlu merujuk kepada Buku Panduan Permohonan MRSM sebelum membuat permohonan secara dalam talian.
  2. Calon telah memahami maklumat yang disediakan dan membuat perakuan apabila selesai merujuk buku panduan permohonan MRSM.
  3. Sebarang kesilapan pengisian maklumat dalam borang permohonan adalah dibawah tanggungjawab masing-masing.
  4. Pemohon perlu mengisi keputusan PBD dan membawa salinan keputusan PBD ketika menghadiri UKKM.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.

UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Subjek UKKM Yang Terlibat Dalam Ujian Tahun 2024

UKKM merangkumi subjek berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Matematik
  • Sains
  • Keperibadian (format soalan objektif)

Dapatkan 34 CONTOH KARANGAN TERBAIK SIRI 1 & 2 Mirip Soalan PKSK & UKKM

Soalan Lazim Kemasukan MRSM 2025

Berikut dikongsikan info lanjut mengenai kemasukan MRSM 2025:

permohonan mrsm 2025
permohonan mrsm 2025
permohonan mrsm 2025
permohonan mrsm 2025
permohonan mrsm 2025
permohonan mrsm 2025

Maklumat Lanjut Permohonan MRSM 2024

Sila klik pautan permohonan >>

Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : [email protected]

Bantu kami share artikel ini: