Permohonan Maktab Tentera Diraja (MTD) 2023

PERMOHONAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KHUSUS MAKTAB TENTERA DIRAJA (MTD) Tingkatan 4 bagi Tahun 2023

Adalah dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke Maktab Tentera Diraja Malaysia (MTD) bagi tahun 2023 kini dibuka mulai 30 September hingga 30 November 2022.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian.

Pelbagai keistimewaan dibakal ditawarkan kepada putera-putera MTD yang berjaya!

Sila baca syarat-syarat permohonan dan mohon sebelum tarikh tutup.

Apakah Maktab Tentera Diraja?

Maktab Tentera Diraja (MTD) mempunyai keunikan tersendiri kerana MTD merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia.

MTD komited dalam mematuhi reka bentuk dan susunan pembelajarannya berasaskan displin serta pembudayaan cara hidup ala ketenteraan.

Pengutamaan aspek kecemerlangan dalam setiap program dan pemerkasaan semangat kerjasama serta ketinggian nilai setia kawan menjadikan MTD sebagai HOME OF FUTURE LEADERS yang melahirkan bakal-bakal pemimpin masa hadapan negara.

Syarat Kemasukan

SYARAT AKADEMIK

  1. Lulus Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus secara dalam talian melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  2. Tarikh permohonan kemasukan mengikut ketetapan dari Kementerian Pendidikan Malaysia
  3. Lulus ujian Pemilihan Putera Maktab Tentera Diraja

SYARAT KHUSUS

  1. Pemohon (lelaki sahaja) mestilah warganegara Malaysia
  2. Berat minimum – 40.5kg
  3. Tinggi minimum – 152cm
  4. Ukuran dada – 74cm (biasa) 79 cm (tarik nafas)
  5. Kesihatan – Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan berikut:
    • Flat foot
    • BMI > 27 (obesiti)
    • Impacted earwax
    • ASthma
    • Scoliosis (tulang belakang bengkok)
    • Varicose vain (urat tersimpul)
    • Colour blindness (rabun warna)
    • Myopia (rabun jauh)
    • G6PD deficiency
    • Haemorrhoids (buasir)
    • Inguinal hernia (angin pasang)
    • Tinea (jangkitan kulat pada kulit)
    • Uneven shoulder (bahu tidak seimbang)
    • Braces (tidak dibenarkan memakai pendakap gigi)
    • Temujanji rawatan susulan yang berpanjangan
    • Kecederaan baru atau lama yang dirasakan akan menyebabkan gangguan serta menjejaskan kelancaran sepanjang menjalani latihan di MTD
maktab tentera diraja

Keistimewaan Maktab Tentera Diraja

Putera-putera MTD akan menikmati pelbagai kemudahan secara PERCUMA meliputi:

  1. Penginapan dan sajian (6 kali sehari).
  2. Elaun Putera sebanyak RM 100.00 sebulan.
  3. Rawatan kesihatan.
  4. Pakaian seragam tentera dan keperluan pemakaian di MTD.
  5. Kelas akademik, makmal, perpustakaan dan dewan makan (Wisma Putera) yang berhawa dingin.
  6. Buku teks dan keperluan pembelajaran.
  7. Kemudahan komputer dan internet di setiap kelas akademik.
  8. Program eksplorasi akademik, ekspedisi mencabar, kepimpinan dan jati diri.
  9. Perkhemahan dan eksesais tahunan ala ketenteraan.
  10. Latihan ketenteraan seperti menembak, kawad kaki, membaca peta dan ilmu medan perang.
  11. Waran perjalanan udara tahunan (pergi dan balik) bagi putera-putera dari Sabah, Sarawak dan WP Labuan.

Lokasi

MAKTAB TENTERA DIRAJA
KEM PERDANA SUNGAI BESI
57000 KUALA LUMPUR.
TEL: 03-8946 5562 / 5563 / 5564 / 5565

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian mulai 30 September – 30 November 2022 melalui URL berikut:

https://spskt4.moe.gov.my/

Sila rujuk proses permohonan di bawah:

  1. Pemohon wajib mengisi borang permohonan atas talian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)
  2. Pemohon perlu memilih MTD sebagai pilihan PERTAMA
  3. KPM akan menentukan pusat peperiksaan PKSK di seluruh Malaysia
  4. Pemohon yang lulus PKSK akan dipanggil ke sesi Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD
  5. Pemohon yang lulus Ujian Pemilihan Putera Tingkatan 4 MTD akan ditawarkan ke sesi pengajian Tahun 2023 / 2024

Maklumat Lanjut

Info berkaitan MTD di URL berikut:

Baca juga:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!