PISMP 2024: Semakan Keputusan Penuh Tawaran Kemasukan

pismp 2024
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) : Semakan Keputusan Penuh Tawaran Kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG KPM) 2024

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan lepasan Program Matrikulasi yang berkelayakan, berpotensi dan berminat untuk mengikuti PISPM di Institut Pendidikan Guru, KPM bagi ambilan tahun 2024.

Ia adalah tawaran yang baik untuk calon yang ingin menjadi guru dalam bidang pengkhususan masing-masing.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang cara permohonan dan semakan kemasukan ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) termasuk syarat kelayakan, cara permohonan dan tarikh semakan keputusan.

Apakah Institut Pendidikan Guru (IPG) ?

Pada 13 Julai 2005, Jemaah Menteri telah meluluskan 27 buah Maktab Perguruan di Malaysia dinaik taraf kepada Institut Pendidikan Guru (IPG).

Daripada institusi yang hanya mengeluarkan graduan bertaraf diploma dan sijil, kini institusi ini telah mendapat mandat yang melayakkannya menganugerahkan ijazah Sarjana Muda Perguruan.

Implikasi naik taraf ini menjadikan IPG sebuah institusi pendidikan tinggi yang bertaraf universiti. Selaras dengan perubahan taraf tersebut, IPG telah melaksanakan program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

Graduan sulung IPG telah pun menamatkan pengajian mereka dan menerima ijazah Sarjana Muda Perguruan pada tahun 2011.

IPGM dan IPG telah diberi mandat untuk melaksanakan Program Pendidikan Keguruan Praperkhidmatan dan dalam Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta Pendidikan 1996.

Senat telah diwujudkan bagi membuat keputusan mengenai dasar-dasar akademik.

Selain itu IPGM juga bertanggungjawab merancang dan memantau Perkhidmatan Pendidikan Keguruan (PPK) yang dilaksanakan oleh IPG.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pengambilan 2024

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah KPM.
  • Pemohon yang berjaya ditawarkan pengajian dikehendaki mengikuti program persediaan PISMP selama satu tahun atau tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • Pelajar yang LULUS program persediaan PISMP akan diberikan Sijil Tamat program dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.
  • PISMP akan dilaksanakan secara mod sepenuh masa.

Baca juga : e-Pengambilan PDRM: Permohonan Jawatan Polis DiRaja Malaysia

Tarikh Semakan Penuh Keputusan PISMP 2024

Semakan penuh keputusan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan PISMP 2024 boleh dibuat bermula 9 Ogos 2024, Khamis pada jam 10:00 pagi.

Untuk sebarang maklumat terkini sila rujuk laman sesawang PISMP di pautan berikut : https://pismp.moe.gov.my

Syarat & Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2004.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. LULUS SPM dengan memperoleh gred CEMERLANG dalam mana-mana lima mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred KEPUJIAN dalam tiga mata pelajaran berikut di peringkat SPM:
    • Bahasa Melayu;
    • Bahasa Inggeris; dan
    • Sejarah.
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan yang ditetapkan (sila rujuk syarat bidang pengkhususan dalam permohonan secara dalam talian).

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
    • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Sains Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
    • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
    • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
    • Sejarah Pendidikan Rendah
    • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
    • Bahasa Iban Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
    • Bahasa Cina Elektif: Pendidikan Jasmani
    • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Sains Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
    • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
    • Sejarah Pendidikan Rendah

  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
    • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
    • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Kesihatan
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Sains Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
    • Sejarah Pendidikan Rendah
    • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Elektif : Pendidikan Jasmani
    • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah Elektif : Pendidikan Seni Visual

  • Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK)
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
    • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Elektif: Pemulihan
    • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
    • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah Elektif: Pendidikan Moral
    • Pendidikan Awal Kanak-Kanak
    • Sains Pendidikan Rendah
    • Matematik Pendidikan Rendah
    • Bimbingan dan Kaunseling
    • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah

Baca selanjutnya: PENGAMBILAN CALON GURU TAJAAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI LATIHAN PRAPERKHIDMATAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) BAGI KEMASUKAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM), SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM) DAN LEPASAN PROGRAM MATRIKULASI TAHUN 2024

Layari https://pismp.moe.gov.my untuk maklumat lanjut dan permohonan.

Prosedur Permohonan / Kemasukan IPG

Sila rujuk proses saringan pengambilan calon guru IPGM dalam penerangan dan infografik di bawah:

e-UKCG

  • e-UKCG terdiri daripada Bahagian A (120 soalan) dan Bahagian B (60 soalan). Calon MESTI menjawab dalam tempoh 45 minit secara dalam talian iaitu 30 minit untuk Bahagian A dan 15 minit untuk Bahagian B.
  • Calon hanya dibenarkan menjawab sekali sahaja dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • Sekiranya calon tidak menduduki e-UKCG secara dalam talian pada masa yang ditetapkan, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.

TEMU DUGA

  • Hanya calon yang lulus UKCG sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga.
  • Temu duga akan dilaksanakan secara bersemuka dalam talian menerusi pelantar google meet mengikut tarikh dan sesi temu duga yang ditetapkan.
  • Setiap calon yang layak akan ditemu duga secara individu dalam kumpulan yang tidak melebihi 7 orang.
  • Satu garis panduan lengkap temu duga akan disediakan kepada calon yang layak sebagai persediaan sebelum menghadiri sesi temu duga.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa temu duga ini dilaksanakan.

UKF

  • Calon perlu menyediakan rakaman VKF mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Sila baca dengan teliti arahan dan garis panduan yang diberi.
  • Rakaman VKF hendaklah dibuat dalam tetapan ‘Unlisted’ sahaja untuk dibuka dan dinilai oleh panel penilai. Adalah diingatkan bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
  • Hantar link/ URL VKF ke portal PISMP setelah butang setuju terima dilaksanakan.
  • Sekiranya calon tidak menghantar VKF, calon akan dikira gagal dalam peringkat saringan.
  • Penyediaan VKF hanya akan dilakukan pada calon yang lulus e-UKCG.

PEMILIHAN

  • Calon yang terpilih untuk mengikuti program yang ditawarkan adalah bergantung kepada keputusan e-UKCG, perakuan panel Temu Duga dan penilai VKF ,skor merit dan kelulusan oleh Ahli Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Penajaan KPM
  • Semua keputusan adalah muktamad.

PENAWARAN

Penawaran bidang pengkhususan dan tempat pengajian adalah muktamad sebarang rayuan tidak dipertimbangkan.

PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

  • Calon yang ditawarkan mengikuti program di institusi yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah di bawah seliaan KPM termasuk di kawasan pedalaman setelah tamat pengajian.

Cara Permohonan

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia di alamat : https://pismp.moe.gov.my.

Semua calon perlu sentiasa peka terhadap tarikh-tarikh penting yang ditetapkan oleh KPM.

Soalan Lazim

Siapakah yang layak memohon?

Bagi permohonan PISMP, hanya pelajar lulusan SPM tahun 2023, 2022 dan 2021 layak memohon.

Adakah syarat umur ditetapkan?

YA.
Bagi permohonan PISMP, syarat umur ditetapkan adalah tidak melebihi 20 tahun. Manakala bagi permohonan PISMP (laluan khas MBPK), syarat umur adalah tidak melebih 22 tahun.

Bagi permohonan PISMP laluan STPM/ STAM dan Matrikulasi, syarat umur ditetapkan adalah tidak melebihi 22 tahun.

Berapakah pilihan bidang yang boleh dibuat?

Pemohon hanya boleh membuat dua pilihan bidang sahaja.

Apakah keputusan yang saya akan gunakan semasa pemohonan?

Bagi calon lulusan SPM 2023, anda boleh membuat permohonan tanpa mengambil kira keputusan SPM.
Walau bagaimanapun, calon perlu mengemas kini permohonan selepas keputusan SPM diperolehi.
Manakala calon lulusan SPM 2022 dan 2021, permohonan anda mestilah berpandukan keputusan SPM sebenar.

Adakah saya boleh membuat rayuan?

BOLEH.
Rayuan boleh dibuat SECARA DALAM TALIAN SAHAJA menerusi butang e-Rayuan di laman sesawang PISMP https://pismp.moe.gov.my/ . Rayuan yang dibuat selain daripada kaedah di atas tidak akan dipertimbangkan.

Baca selanjutnya SOALAN LAZIM mengenai e-UJIAN KELAYAKAN CALON GURU (e-UKCG), TEMUDUGA dan TAWARAN Permohonan PISMP / IPG di SINI.

Tips & Panduan Permohonan PISMP

| – JOM JADI CIKGU SIRI 1- Permohonan PISMP & PPC |

| – JOM JADI CIKGU SIRI 2- TIP dan Panduan e-UKCG |

Baca juga: SPLKPM : Cara Login & Kemaskini Modul splkpm.moe.goy.my

Maklumat Lanjut

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai permohonan IPG dan semakan PISMP online ini, sila rujuk maklumat berikut:

Jangan ketinggalan membuat semakan PISMP dan mendapatkan info terkini tentang permohonan IPG online melalui Facebook Institut Pendidikan Guru KPM – Rasmi.

Layari https://pismp.moe.gov.my/ untuk maklumat lanjut

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut