Perbankan SMS BSN: Pendaftaran, Kod & Perkhidmatan Yang Ditawarkan

sms bsn
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Line internet tak kuat dekat rumah? Mungkin ramai tak tahu bahawa BSN juga menyediakan perkhidmatan SMS untuk pelbagai kemudahan perbankan.

Melalui BSN: SMS, anda boleh menggunakannya untuk memindahkan wang, tambah nilai kad telefon prabayar anda dan membayar bil pada masa yang sesuai untuk anda.

Jom ketahui lebih lanjut tentang perkhidmatan ini.

Apakah Perbankan SMS BSN?

Bank Simpanan Nasional menyediakan kemudahan perbankan terus dari telefon anda melalui BSN: SMS.

Antara kelebihan perbankan SMS BSN adalah seperti di bawah:

  • Mudah. Tiada perlu lagi beratur di bank!
  • Menyenangkan. Anda boleh membayar bil dengan selesa di rumah sendiri, di tempat kerja, di kafe, di taman, di mana-mana sahaja!
  • Transaksi yang selamat dan terjamin.

Perkhidmatan Yang Ditawarkan Melalui BSN SMS

  1. Pertanyaan Baki (GIRO / GIRO-i / Kad Kredit)
    • Semak baki semua akaun anda dengan mudah 
  2. Pemindahan Dana (Akaun Sendiri / Pihak Ketiga)
    • Pemindahan wang dengan mudah dan selamat sama ada ke akaun sendiri atau pihak ketiga
  3. Pembayaran Bil
    • Bayar bil dengan serta-merta ketika dalam perjalanan dengan Perbankan SMS BSN 
  4. Tambah Nilai Prabayar
    • Tambah nilai prabayar melalui BSN
  5. Pembayaran Kad Kredit (Sendiri / Pihak Ketiga)
    • Bayar kredit kad BSN anda atau kad kredit pihak ketiga dengan mudah dan selamat
  6. Pembelian SSP
    • Jadi salah seorang Jutawan BSN SSP! Masuk mana-mana skim BSN SSP melalui telefon bimbit anda dengan mudah
  7. Pembelian PIN
    • Anda telah tamat persekolahan! Sekarang ambillah langkah pertama untuk melalui pengalaman ‘kehidupan di kampus’ dengan Perbankan SMS BSN.

Baca juga: Pendaftaran MUET Online 2021 & Tarikh Peperiksaan Terkini

Cara Pendaftaran

Pemegang akaun BSN GIRO / GIRO-i dengan mana-mana daripada yang berikut:

  • Kad ATM BSN (Matrix / Matrix-i, GIRO / GIRO-i)
  • Memiliki telefon bimbit
perbankan sms bsn

Langkah Pendaftaran

Cara-cara mendaftar adalah seperti berikut:

  1. Daftar untuk perkhidmatan:
    Pergi ke mana-mana Cawangan BSN dan daftarkan nombor telefon bimbit anda.
  2. UAC (4 digit) akan diberikan kepada anda melalui cetakan pada Borang SMP-1.
  3. Apabila pendaftaran berjaya dilakukan, anda akan menerima SMS yang mengandungi M-PIN (6 digit) dan UAC (2 digit).
  4. Aktifkan perkhidmatan: Masukkan ACTM-PIN6 digit UAC (4 digit + 2 digit)
  5. Hantarkan ke BSN: SMS kod pendek (36898), atau 019-2866180 (Celcom), 017-3776180 (Maxis) dan 014-3386180 (DiGi)
  6. Mulakan aktiviti perbankan

Caj Yang Dikenakan Bagi Perkhidmatan SMS BSN

BilPERKHIDMATANCAJ PERKHIDMATANBUTIR-BUTIR
1PendaftaranPercuma
2PengaktifanPercuma
3PenyelenggaraanPercuma untuk sekali setahun

RM0.50
Tukar bahasaTukar M-PINTukar nombor telefon bimbitTukar HadBagi setiap transaksi seterusnya.
4Pertanyaan BakiPercuma

RM0.50
Percuma untuk satu pertanyaan baki sebulan.  Bagi setiap  pertanyaan baki seterusnya dalam bulan yang sama.
5Tambah Nilai PrabayarRM0.25Bagi setiap transaksi.
6Pindahan DanaRM0.50Bagi setiap transaksi.
7Pembayaran BilRM0.50Bagi setiap transaksi.
8Pembelian PINRM0.50Bagi setiap transaksi.
9Pembelian SSPRM0.25Bagi setiap transaksi.
10Pembayaran Kad  Kredit BSNRM0.50Bagi setiap transaksi.
11Akaun Tak CukupRM0.50Bagi setiap transaksi yang berjaya.
12Jawapan Silap MesejRM0.25Bagi setiap transaksi.
13Pertanyaan BSN : SMSRM0.25Pertanyaan tentang:Pembelian Pin UPU, Tambah Nilai Prabayar dan format Pembelian SSP.Senarai Pembayaran Bil, Pembelian Pin UPU, Pembelian SSP dan Tambah Nilai Prabayar.

Kod Transaksi Perbankan SMS BSN

TransaksiKod Transaksi
Pembelian Top-UpTOPUP <> mpin <> kod.topup <> (no. penerima)
Senarai Kod Top-UpLIST<>TOPUP<>NILAI
Pertanyaan Baki BAL <> mpin 
Pembayaran BilBILL <> mpin <> kod.bil <> no.akaun.bil <> amaun 
Bayaran Kad Kredit BSNCARD <>mpin <> no.kad kredit <> amaun
Kod Top-Up BilLIST<> BIL
Pemindahan Dana TRF <> mpin <> akaun penerima <> amaun 
Pembelian Pin PIN <> mpin <> kod.kursus <> no.KP calon 
Kod Senarai KursusLIST<> PIN 
Pembelian SSP SSP <> mpin <> amaun
Tukar BahasaCHG <> LANG <> mpin <> bahasa.pilihan

Nota:  
Kod Arahan tidak sensitif huruf. 

Baca juga: PTPTN Semak No Pinjaman & Kemaskini Permohonan Secara Online

Lokasi Transaksi

TransaksiKaunterATM & CDMPusat Khidmat Pelanggan
Pendaftaran Akaun – Untuk pendaftaran Perbankan SMS.
Pembatalan – Untuk perkhidmatan pembatalan atau HP.
Tukar M-Pin – Menukar M-Pin anda.
Tukar Had Pemindahan – Menukar had debit untuk Perbankan SMS anda.
Tukar HP – Menukar no. pendaftaran HP.
Tukar Bahasa – Penukaran Bahasa untuk Perbankan SMS.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi HOTLINE BSN di talian 1300 88 1900 atau e-mel ke  [email protected] atau layari https://www.bsn.com.my/

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut