Ujian Psikometrik Sekolah Rendah & Semakan Keputusan

Pentaksiran / Ujian Psikometrik Sekolah Rendah merupakan salah satu elemen penting dalam Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan.

Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yangdiperkenalkan dalam transformasi pendidikan..

SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan (berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik.

Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.

Pentaksiran Pkisometrik pula dilaksanakan di peringkat sekolah dan/atau pusat untuk mengukurr kebolehan (innate ability and acquired ability) semulajadi murid, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum.

Apa itu Ujian Psikometrik?

Pentaksiran Psikometrik atau singkatannya PPsi ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat yang menggambarkan tret psikologi.

Tret psikologi yang diukur merangkumi aptitud dan personaliti murid dan hasil dapatan PPsi dapat digunakan untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran murid.

PPsi menggunakan instrumen pentaksiran yang tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran.

PPsi mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability) daripada pengalaman dan persekitaran.

Objektif Ujian Aptitud

Tujuan Ujian Aptitud adalah untuk:

  • Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat, kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan sesuai dengan keperluan murid.
  • Mengukur kebolehan semulajadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired abiliy) seperti personaliti, minat kerjaya, aptitud atau kebolehan, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir.

Format Ujian

Instrumen Ujian Aptitud Am (IUAA) – Tahun 3

Ujian Psikometrik Sekolah Rendah

Instrumen Ujian Aptitud Khusus (IKeP) – Tahun 6

Ujian Psikometrik Sekolah Rendah

Artikel berkaitan: Pentaksiran Psikometrik KPM & Contoh Soalan Ujian Aptitud

Penskoran Ujian Psikometrik

Ujian Psikometrik ialah kaedah sistematik yang digunakan untuk mengumpul maklumat yang dapat menggambarkan ciri, atribut atau tret personaliti seseorang, sama ada dalam domain kognitif atau afektif.

Ujian psikometrik adalah instrumen yang direka bentuk untuk menghasilkan penilaian kuantitatif tentang beberapa atribut psikologi.

Berikut merupakan elemen penskoran Ujian Psikometrik Seekolah Rendah:

penskoran ujian psikometrik

Proses Perlaksanaan Ujian Aptitud

Berikut merupakan proses perlaksanaan Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah.

Ujian Aptitud

Pentadbiran dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik

Berikut merupakan langkah Pentadbiran dan Pelaporan Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah.

1. Muat turun dodokumen, Instrumen, Panduan dan Tapak Pelaporan melalui halaman https://epkm.moe.gov.my/index.php

Pentaksiran Psikometrik Sekolah Rendah

2. Pentadbiran Ujian dan Kemasukan data (secara offline)

3. Analisis data dan penyediaan pelaporan – Profil Individu

4. Penghantaran laporan KPM – Secara online

Contoh soalan psikometrik

Berikut merupakan contoh soalan psikometrik.

contoh soalan psikometrik
soalan aptitud

Carta Aliran Pentadbiran Ujian Psikometrik (UAA IKeP)

carta aliran ujian psikometrik

Cadangan Intervensi

Berikut merupakan beberapa cadangan invervensi untuk Ujian Psikometrik Sekolah Rendah yang boleh digunakan oleh guru sekolah:

  • Laporan dialisa mengikut subjek
  • Diserahkan kepada Ketua panitia dan dibentangkan dalam mesyuarat PBD untuk perbincangan langkh intervensi
    • Contoh: Penggunaan KBAT, PETA I-Think dalam PDM, Program Linus
  • Kemahiran belajar

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perlaksanaan dan pentadbiran Ujian Psikometrik Sekolah Rendah, sila rujuk panduan rasmi yang telah dikeluarkan oleh KPM mlalui pautan di bawah:

https://www.moe.gov.my/storage/files/shares/pentaksiran-berasaskan-sekolah/Panduan%20Pentadbiran%20Pentaksiran%20Psikometrik.pdf

Bantu kami share artikel ini: