GEG: Kempen Generasi Penamat / ‘Generational End Game’

GENERATIONAL END GAME (GEG) : PENGHARAMAN VAPE & ROKOK BAGI INDIVIDU LAHIR SELEPAS 2007

Penggunaan tembakau terutamanya rokok, kekal sebagai punca utama kematian pra-matang di seluruh dunia. Dianggarkan sebanyak 6 juta kematian setahun dilaporkan berpunca daripada penggunaan tembakau. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 mendapati 21.8% orang dewasa di Malaysia ialah perokok. Masalah merokok dalam kalangan remaja juga di tahap yang membimbangkan. Keadaan menjadi lebih teruk apabila wujudnya rokok elektronik seperti vape, mod, pod dan sebagainya.

Mengikut Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Kawalan Tembakau dan Produk Tembakau (2021-2030), polisi kebangsaan bagi kawalan tembakau adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas tanpa amalan merokok termasuk produk merokok alaf baru. 

Visi kita adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bebas tanpa amalan merokok menjelang tahun 2040.

Kesan buruk pada kesihatan akibat merokok atau vape bukanlah perkara baru.

Walaupun banyak pendedahan telah diberikan kepada masyarakat mengenai keburukan vape serta rokok, namun tak semua perokok dapat mengambil iktibar daripada kesannya.

Trend merokok terutamanya vape juga dilihat semakin berleluasa sejak kebelakangan ini di kalangan pelajar sekolah.

Lebih menyedihkan, golongan muda didapati makin ramai terpaksa mendapatkan rawatan intensif akibat tabiat buruk ini.

Bahaya Rokok & Vape

BAHAN MEROKOK DAN KESANNYA

Terdapat 2 jenis produk bahan merokok iaitu:

  1. Jenis terbakar (combustible tobacco):

Contoh: Rokok, rokok gulung, cerut, rokok paip dan shisha

  1. Jenis tidak terbakar (smokeless tobacco):

Contoh: E-cigarette dan tembakau kunyah / hisap

Kandungan utama rokok elektronik:

  1. Nikotin
  2. Propalina Glikol (PG)
  3. Glikol sayuran (VG)
  4. Bahan perisa dan pewarna

Kandungan utama Vape:

  1. PropalinaGlikol (PG)
  2. Glikol sayuran (VG)
  3. Bahan perisa dan pewarna

Sejak tiga tahun, banyak kes EVALI (e-cigarette or vaping use-associated lung injury) dilaporkan akibat penggunaan rokok elektronik.

Menerusi perkongsian daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), vape bukanlah penyelamat atau alternatif yang baik bagi perokok malah ia boleh mengundang pelbagai komplikasi kesihatan seperti :

  • Gangguan pada perut dan usus
  • Iritasi mata, tekak, dan saluran pernafasan
  • Kerosakan organ dalaman
generational end game geg

Kebanyakan ahli masyarakat kecewa dengan keputusan kerajaan yang tidak melarang sepenuhnya penggunaan serta penjualan rokok elektronik (vape) seperti Thailand, Singapura dan Brunei.

Melihatkan trend yang semakin membimbangkan ini, cadangan melarang generasi lahir selepas 2005 membeli atau memiliki produk rokok termasuk vape perlulah disokong Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

generation end game

KESAN BURUK ROKOK & VAPE

Merokok mendatangkan pelbagai masalah kesihatan dari kepala hingga ke hujung jari seperti berikut:

  • Penyakit kanser

Perokok berhadapan risiko mendapat lebih 20 jenis kanser. Contohnya kanser paru-paru, kanser mulut, kanser usus, kanser payudara , kanser hidung, kanser lidah, dan lain-lain.

  • Masalah jantung

Asap tembakau merosakkan arteri (saluran darah) jantung, menyebabkan pembentukan plak dan pembekuan darah, lalu menyekat aliran darah dan akhirnya menyebabkan serangan jantung dan strok.

  • Masalah saluran darah

Asap rokok bukan sahaja merosakkan saluran darah di bahagian jantung, malah merosakkan semua saluran darah di dalam badan. Keadan ini mengganggu peredaran darah di dalam badan dan mengakibatkan gangren di bahagian kaki atau tangan, dan amputasi terpaksa dilakukan di bahagian tersebut.

  • Penyakit kronik paru paru

Tabiat merokok boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pelbagai masalah paru-paru, terutamanya penyakit paru-paru obstruktif kronik (chronic obstructive pulmonary disease atau COPD). COPD ialah sejenis penyakit paru-paru yang teruk dan tidak dapat dipulihkan atau diubati. Antara gejala COPD ialah sesak nafas apabila melakukan aktiviti harian seperti menaiki tangga atau bersukan, batuk berpanjangan dan nafas berbunyi.

  • Merokok mengurangkan tahap kesuburan

Merokok boleh menjejaskan tahap kesuburan (menyebabkan kemandulan) sama ada kepada perokok lelaki mahupun perokok perempuan. Perokok lelaki berhadapan dengan risiko kecacatan pada sperma dan bilangannya. Yang tragisnya, mereka berisiko untuk mengalami mati pucuk (erectile dysfunction). Hal ini disebabkan oleh aliran darah yang tersumbat. Namun, masalah ini boleh dipulihkan jika perokok berhenti merokok pada usia muda. Bagi perokok perempuan pula, merokok meningkatkan risiko keguguran, bayi kurang berat badan (low birth weight), dan kelahiran pra-matang.

  • Merokok mempengaruhi penampilan

Merokok menjejaskan peredaran darah ke kulit dan menyebabkan kulit seseorang kedut dan kelihatan lebih tua. Merokok juga menyebabkan kesan kotor pada kuku dan jari kelihatan kuning.

  • Masalah gigi

Tabiat merokok menyebabkan gigi berwarna kuning dan bibir yang berwarna gelap kehitaman dan juga masalah gusi (periodontitis). Selain itu, kesan asap rokok juga menyumbang kepada masalah bau mulut yang busuk (halitosis). Antara kesan buruk yang paling digeruni ialah merokok juga menyebabkan kanser mulut.

  • Asap rokok mengancam kesihatan dan nyawa orang di sekeliling perokok

Lebih 1 juta orang mati setiap tahun kerana terdedah kepada asap rokok sekunder. Perokok pasif turut terdedah kepada risiko yang sama dengan perokok.

Anak-anak kecil yang terdedah kepada asap rokok ini mudah mendapat jangkitan kuman pada telinga tengah (komplikasinya boleh menyebabkan pekak), serangan asma dan fungsi paru-paru yang lemah sehingga mereka dewasa.

  • Kesan rokok kepada alam persekitaran

Setiap tahun, kira-kira 3.5 juta hektar tanah dimusnahkan untuk penanaman tembakau. Tembakau yang tumbuh menyumbang kepada penebangan hutan, terutamanya di negara membangun. Penebangan hutan untuk ladang tembakau menyebabkan kemerosotan tanah dan mengurangkan keupayaan tanah untuk menyokong pertumbuhan mana-mana tanaman atau tumbuh-tumbuhan lain.

Dengan sumbangan gas rumah hijau tahunan sebanyak 84 megaton setara karbon dioksida, industri tembakau menyumbang kepada perubahan iklim dan mengurangkan daya tahan iklim, membazirkan sumber dan merosakkan ekosistem.

  • Melibatkan kos yang tinggi

Penggunaan tembakau menyumbang kepada kemiskinan dengan mengalihkan perbelanjaan isi rumah dari keperluan asas seperti makanan dan tempat tinggal kepada tembakau.

Mengikut kajian, anggaran kos rawatan akibat komplikasi merokok yang ditanggung oleh kerajaan dan pesakit adalah lebih kurang RM 6.21 billion setahun. Sekiranya, prevalen perokok di negara kita dikurangkan kepada < 5%, semestinya juga banyak pengurangan penyakit berkaitan kesan merokok.

Peruntukan yang selama ini diperlukan untuk rawatan kepada perokok perokok, kini boleh digunakan untuk perbelanjaan yang lebih berfaedah atau digunakan untuk membantu memenuhi keperluan rakyat untuk mengatasi masalah inflasi yang dilanda di seluruh dunia.

Pelan Generasi Penamat Perlu Dilaksanakan

Demi menjamin generasi yang lebih sihat dan bebas rokok, Pelan Generasi Penamat seperti yang tular di media sosial perlulah disokong bagi menguatkuasakan pengharaman rokok dan vape kepada mereka yang lahir selepas 2007, sekaligus menurunkan peratusan merokok sehingga kurang 5.0 peratus seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Apa Itu Generational End Game @ GEG

Pada awal tahun 2022 ini, KKM telah memperkenalkan satu polisi baru, Generational End Game (GEG) iaitu perundangan baharu yang dikenali sebagai Akta Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.

Sekiranya diluluskan, akta baharu ini akan melarang golongan generasi penamat menghisap, membeli dan berada dalam milikan sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.

Generasi penamat merujuk kepada golongan yang lahir pada dan selepas 1 Januari 2007.

Larangan di bawah akta ini akan melibatkan perokok generasi end game dan penjual yang menjual rokok kepada mereka.

generational end game geg

DEFINISI

GEG merujuk kepada generasi yang dilahirkan pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Generasi ini TIDAK BOLEH menggunakan, menghisap, dan berada dalam milikan mereka sebarang produk merokok termasuk rokok elektronik.

TUJUAN / OBJEKTIF :

Malaysia melaksanakan peruntukan Generation End Game (GEG) ini melalui RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 bertujuan:

  1. Melindungi generasi muda di Malaysia daripada menjadi mangsa ketagihan produk merokok termasuk rokok elektronik / vape.
  2. Menurunkan peratus perokok di Malaysia kurang daripada 5% menjelang tahun 2040.

Pelaksanaan GEG hanya melibatkan mereka yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya.

Mereka yang lain boleh terus merokok namun tertakluk kepada undang-undang sedia ada.

generation end game
Info Generation End Game (GEG) melalui infografik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Jika diluluskan, RUU itu bukan saja menghalang penjualan rokok dan produk tembakau, malah produk vape kepada individu lahir selepas 2007.

Memetik laporan Berita%20Harian,%20sebanyak%2053%20organisasi%20bukan%20kerajaan%20(NGO)%20dan%20profesional%20turut%20menggesa%20beberapa%20Ahli%20Parlimen%20yang%20menentang%20RUU%20kawalan%20tembakau%20dan%20merokok%20agar%20terus%20berikan%20sokongan%20kepada%20akta%20itu.

VIDEO%20:%20Apa%20itu%20Generational%20End%20Game (GEG)?

Jom%20tonton%20video%20pendek%20ini%20untuk%20mengetahui%20cerita%20di%20sebalik%20perkataan%20GEG%20dan%20pendapat%20orang%20ramai%20mengenai%20GEG.

Baca juga: Syarat Haji Terkini, Kuota Haji 2022 & Tarikh Surat Tawaran TH

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!