Baru-baru ini telah wujud cadangan untuk mempertimbangkan pengeluaran duit simpanan KWSP secara berkala bagi calon yang berumur 55 tahun ke atas.
Cadangan perlaksanaan pengeluaran tersebut kini diperingkat akhir dan ia bergantung kepada keupayaan KWSP selepas ini.
Smentara itu, kerajaan tidak menghalang usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melaksanakan pengeluaran secara berkala atau bulanan bagi pencarum yang mencecah usia persaraan 55 tahun sebagai mandatori.
Cadangan pengeluaran duit KWSP mandatori secara berkalan ini hanya akan dilaksanakan untuk ahli baharu sahaja yang lahir pada atau selepas tahu 2010.
Cadangan ini masih diteliti dan tarikh perlaksaan belum ditentukan.
Artikel berkaitan: Akaun 3 KWSP : Cadangan Pengeluaran Berkala Pasca Persaraan
Kelebihan pengeluaran secara berkala
Ketika ini, pengeluaran secara berkala atau bulanan dilakukan secara sukarela dan ia dilihat mampu memberikan peluang kepada ahlinya menguruskan wang persaraan dengan lebih baik.
Pengeluaran berkalan secara bulanan itu boleh dianggap sebagai wang pencen yang pencarum boleh gunakan untuk menampung kegunaan mereka apabila sudah bersara.
Pengeluaran berkala atau secara bulanan itu juga memberi peluang kepada ahlinya terus menikmati dividen tahunan dengan baki simpanan yang ada.
Namun begitu, ada juga beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum keputusan ini dibuat, seperti kedudukan kewangan individu berkenaan, tahap literasi kewangan individu terbabit dan juga jumlah simpanan yang ada.
Kepentingan pengeluaran secara sekaligus
Walau bagaimanapun, pengeluaran secara berkala ini mungkin tidak sesuai dijadikan sebagai mandatori kerana segelintir pencarum yang ingin membayar hutang ‘jahat’ mereka ataupun ingin memulakan perniagaan dengan duit berkenaan.
Ada sesetengah individu yang mempunyai IQ kewangan yang tinggi, mungkin sudah ada perancangan untuk melakukan perdagangan ataupun pelaburan.
Ada juga yang mungkin ingin meningkatkan pendapatan portfolio ataupun pendapatan pasif mereka.
Selain itu, faktor jumlah simpanan juga perlu diambilkira.
Ketika ini, pengeluaran secara bulanan itu adalah dibuat secara sukarela dan menuju ke depan pihaknya boleh melihat sama ada untuk menjadikannya secara mandatori bagi ahli baharu.