PENGAMBILAN PERAJURIT MUDA (PtM) TLDM SIRI 229/25 BAGI LEPASAN SPM / SVM (LELAKI DAN WANITA) DAN LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN (LELAKI) – RUJUK CARA PERMOHONAN DAN SEMAKAN STATUS PERMOHONAN DI BAWAH
PENGAMBILAN SECARA ATAS TALIAN BERMULA PADA 29 OKTOBER SEHINGGA 22 NOVEMBER 2024.
Berikut dikongsikan info lanjut untuk makluman anda yang ingin memohon.
Pengambilan TLDM 2024 Secara Atas Talian
Berdasarkan kepada makluman oleh TLDM, berikut adalah tarikh rasmi pengambilan perajuri muda Tentera Laut DiRaja Malaysia (secara atas talian) bagi siri 229/25:
- Tarikh mula permohonan: 29 Oktober 2024
- Tarikh tamat permohonan: 22 November 2024
Syarat-syarat Permohonan
SYARAT UMUM
- Lelaki dan wanita berwarganegara Malaysia
- Umur – 18 hingga tidak melebihi 25 tahun pada tarikh 9 Jun 2025
- Lepasan SPM dan SVM – Lelaki dan Wanita
- Lepasan Diploma Kejuruteraan dari Politeknik / Universiti Awam / Swasta – Lelaki
- Taraf perkahwinan – Bujang (tidak pernah berkahwin)
- Pemohon mestilah bebas daripada sebarang kes jenayah / dadah juvana
KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN SPM/SVM
- SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah. Keutamaan kepada pemohon yang memiliki kepujian:
- Bahasa Inggeris
- Matematik
- Sains
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Kepujian dalam Bahasa Melayu.
KELAYAKAN AKADEMIK BAGI LEPASAN DIPLOMA KEJURUTERAAN
- Mempunyai SPM / setaraf dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu dan Lulus dalam Sejarah.
- Pemohon perlu mengemukakan sijil Diploma, transkrip dan sijil perakuan akreditasi
- Diploma yang diiktiraf oleh MQA dalam bidang berikut:
- Diploma in Engineering
- Diploma in Electrical Engineering
- Diploma in Electronics Engineering
- Diploma in Information Engineering
- Diploma in Marine Engineering
- Diploma in Software Engineering
- Diploma in Microelectronic Engineering
- Diploma in Electrical and Electronic Engineering
- Diploma in Telecommunication Engineering
- Diploma in Mechanical Engineering
- Diploma in Mechatronic Engineering
- Diploma in Manufacturing Engineering
- Diploma in Engineering in Aircraft Maintenance
- Advanced Diploma in Engineering
- Semua Diploma Kejuruteraan yang Diiktiraf oleh MQA
TARAF KESIHATAN
- Sihat tubuh badan, penglihatan dan pendengaran dalam keadaan baik tanpa sebarang alat bantuan
- Penglihatan – Jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap serta tidak rabun warna
- Syarat minimum ukuran fizikal
Ukuran | Lelaki | Wanita |
---|---|---|
Tinggi (min) | 1.62 m | 1.60 m |
Berat (min) | 47.5 kg | 46.5 kg |
BMI | 18.0 – 25.0 | 18.0 – 23.0 |
Beza Ukuran Dada Pernafasan | 5 cm | 4 cm |
TARAF KOKURIKULUM
Pemohon yang memiliki sijil kokurikulum, kecemerlangan dalam bidang sukan dan berkebolehan berenang akan diberi keutamaan. Keutamaan juga akan diberikan kepada atlet yang sedang aktif mewakili NEGERI atau NEGARA dalam kejohanan yang diiktiraf dalam sukan tertentu.
Gaji / Elaun / Keistimewaan TLDM
1. Gaji permulaan :
Gaji | Jumlah |
Latihan Perajurit Muda (6 bulan) | RM1,774.00 |
Diperjawatkan (kelulusan): SPM atau SVM SPM dan SKM Tahap 2 SPM dan SVM Tahap 3 Diploma Kejuruteraan (Tugas Khusus) | RM1,879.00 RM1,945.00 RM2,011.02 RM2,341.07 |
*Termasuk Elaun Khidmat (RM115) dan Bayaran Insentif Khas ATM RM200
2. Kenaikan Tahunan – Kenaikan gaji tahunan yang tetap mengikut pangkat
3. Bayaran Elaun dan Insentif (tertakluk kepada syarat dan kelayakan) – Bayaran Insentif Khas Pasukan Khas Laut, Bayaran Insentif Krew Kapal Selam, Bayaran Insentif Sabah / Sarawak / Semenanjung, Tuntutan Perjalanan dari rumah ke tempat bertugas dan Tuntutan Cuti Tahunan
4. Keistimewaan
- Rawatan perubatan dan pergigian
- Pakaian seragam
- Waren perjalanan tahunan
- Sajian dan tempat tinggal bagi yang bujang
- Caruman Lembaga Tabung Angkatan tentera
- Pengiktirafan sebagai Certified Technician (Tc)
Baca juga: e-Pengambilan TUDM 2024 (Tentera Udara Diraja Malaysia)
Cara Memohon Secara Atas Talian
- Pemohon perlu mengimbas kod QR untuk syarat kelayakan atau layari www.navy.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan untuk mendaftar borang permohonan.
- Pemohon perlu melengkapkan maklumat diri di dalam borang permohonanan dengan tepat.
- Butiran permohonan akan disemak dan diproses oleh Sel Pengambilan TLDM.
- Pemohon yang berjaya/gagal akan diberitahu melalui EMEL selepas tapisan pada bulan DIS 2024.
- Pemohon perlu mendaftar hanya sekali sahaja.
Semakan Keputusan Permohonan TLDM
1. Pemohon boleh melayari laman sesawang http://www.navy.mil.my dan masuk ke pautan Perkhidmatan / Semakan Pengambilan Perajurit Muda TLDM Siri 229/25 atau terus ke http://www.navy.mil.my/pengambilanllp/.
Pemohon yang layak dikehendaki membuat persediaan sewajarnya dan hadir ke lokasi pemilihan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
2. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung terus dengan Sel Pengambilan TLDM di talian 019-2104163 pada waktu bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 petang atau Emel ke [email protected].
3. Keputusan yang dibuat oleh pihak TLDM adalah muktamad.
Maklumat Lanjut Semakan & Permohonan Kemasukan TLDM 2024
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan atau terus ke Laman Facebook Rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia
ATAU
Terus ke laman web rasmi Tentera Laut Diraja Malaysia https://www.navy.mil.my/