PSSTLDM : Pengambilan Pegawai Kadet & Perajurit Muda 2022

psstldm
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Pengambilan Bakal Pegawai & Perajurit Muda PSSTLDM 2022 (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia

Pasukan Simpanan TLDM KD SRI MEDINI berbesar hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai Pasukan PSSTLDM.

Bagi yang berminat, anda boleh mengisi borang permohonan online.

Berikut dikongsikan maklumat sepenuhnya untuk makluman bersama.

Pengambilan Pegawai Kadet & Perajurit Muda PSSTLDM 2022

Pasukan Simpanan TLDM KD SRI MEDINI berbesar hati menjemput tuan-tuan dan puan-puan untuk menyertai Pasukan PSSTLDM.

Berikut adalah syarat dan kelayakan:

Syarat & Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia lelaki atau perempuan
  2. Berumur 18-45 tahun (Pegawai) dan 18-35 tahun (Anggota lain-lain pangkat)
  3. Mendapat Kepujian dalam Bahasa Melayu SPM / SPMV / SKM
  4. Syarat Minimum Ukuran Fizikal
    • Ketinggian: Lelaki 1.62m / Perempuan 1.57m
    • Berat badan : Lelaki 47.5kg / Perempuan 45kg
    • Body Mass Index : 18-26.9 (lelaki / Perempuan)
    • Ukuran Dadad: 76.2cm – biasa / 81.2cm – tarik nafas

Tambahan kepada Kelayakan Pegawai

  • Kelulusan Ijazah Sarjana Muda CGPA 2.7 ke atas
  • Mendapat Kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik dalam SPM / SPMV / SKM
psstldm 2022

Baca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Yang Rosak / Expired Secara Online

Keistimewaan Menyertai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM

  1. Elaun latihan RM8.00/jam (LLP), RM9.80/jam (Pegawai)
  2. Saguhati tahunan RM520.00
  3. Pakaian seragam percuma
  4. Saguhati tahunan (mengikut terma dan syarat)
  5. Berpeluang mengikuti pelayaran bersama kapal-kapal TLDM
  6. Pelbagai aktiviti dan latihan ketenteraan yang menarik seperti latihan menembak, renang dan kem tahunan.

Pelbagai Latihan Ketenteraan Yang Menarik

  1. Kem tahunan
  2. Latihan renang
  3. Latihan menembak
  4. Pelayaran bersama kapal-kapal TLDM

Cara Permohonan

Bagi sesiapa yang berminat dan berkelayakan, sila hadirkan diri temuduga kecergasan fizikal pada tarikh dan masa yang ditetapkan:

Jawatan

  1. Pegawai Kadet
  2. Perajurit Muda

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Gambar berukuran pasport (4 keping)
  2. Salinan kad pengenalan calon dan ibu bapa (4 salinan)
  3. Salinan sijil lahir calon & ibu bapa (4 salinan)
  4. Sijil Kahwin dan MyKad pasangan (4 salinan)
  5. Salinan Sijil Ijazah / Diploma dan transkrip beserta sijil SPM / SPMV / SKM (4 salinan)
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Pencapaian Akademik (4 salinan)

Pastikan bawa dokumen yang lengkap dan berpakaian sukan.

JOIN NAVY SEE THE WORLD

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan sila hubungi pegawai TLDM di talian berikut:

  • 013-3574432 – Lt M Najib
  • 017-7104599 – Lt M Syahidah
  • 016-7578356 – Lt M Hazirah

ATAU

Scan QR code dalam poster di atas.

Pengembaraan baru tuan tuan dan puan puan baru sahaja bermula hari ini!

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut