Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 KPM (idme.moe.gov.my)

Permohonan Tahun 1
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

TERKINI: PENDAFTARAN TAHUN 1 KALENDAR AKADEMIK SESI 2026. PENDAFTARAN MULAI 1 MAC HINGGA 30 APRIL 2025 MENERUSI SISTEM BERSEPADU KPM (MOEIS) DI PAUTAN https://idme.moe.gov.my

@ecentral.my

Nak daftar anak tahun 1 untuk sesi 2025/2026? Buat cepat sebelum 30 Jun 2024 ni. Risau cicir pulak nanti kalau terlambat. #tahun1 #pendaftarantahun1 #pendaftarantahun12025 #idme #darjah1 #darjah12025

♬ original sound – eCentral – eCentral

Kepada ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak akan bersekolah Tahun 1 pada sesi 2026, anda boleh membuat pendaftaran dan semakan penempatan bagi sekolah yang dipilih sesi tahun hadapan secara online.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara pendaftaran dan semakan Tahun 1 Sesi 2026 / 2027 melalui permohonan online.

TERKINI – Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2026 KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa pendaftaran murid Tahun 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2026 akan dibuka tidak lama lagi. Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak layak memasuki Tahun 1 perlu mengambil perhatian tentang tarikh penting pendaftaran, iaitu mulai 1 Mac hingga 30 April 2025.

Proses pendaftaran ini akan dilakukan secara atas talian melalui Sistem Bersepadu KPM (MOEIS), yang boleh diakses menerusi pautan berikut: https://idme.moe.gov.my. Sistem ini direka untuk memudahkan proses pendaftaran tanpa perlu hadir secara fizikal ke sekolah, membolehkan ibu bapa mengisi maklumat yang diperlukan dengan mudah dari rumah atau mana-mana lokasi yang mempunyai akses internet.

Penting untuk diingat:

  1. Semak laman web KPM untuk maklumat lanjut atau panduan penggunaan sistem MOEIS sekiranya memerlukan bantuan.
  2. Pastikan maklumat anak lengkap dan tepat, termasuk dokumen sokongan seperti sijil kelahiran.
  3. Daftar dalam tempoh yang ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah kelewatan atau kesukaran mendapatkan tempat di sekolah pilihan.
Permohonan Tahun 1

Tarikh Semakan Penempatan Tahun 1 Sesi 2026 / 2027 & Rayuan

Bagi ibu bapa yang telah mendaftarkan anak-anak untuk kemasukan sesi tahun 2026/2027, semakan penempatan akan diumumkan pada tarikh yang dikeluarkan oleh KPM nanti.

PENGESAHAN PENEMPATAN boleh dibuat oleh ibu bapa dengan hadir ke sekolah atau dalam talian di pautan  https://idme.moe.gov.my/login

CARA SEMAKAN PENEMPATAN TAHUN 1 SESI 2026/2027

LANGKAH 1 – Login ke portal idMe https://idme.moe.gov.my/login

semakan penempatan tahun 1

LANGKAH 2 – Pergi bahagian Menu (rujuk gambar)

LANGKAH 3 – Klik Aplikasi

LANGKAH 4 – Klik Pengurusan Awam

Klik bahagian menu di bawah

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Anda akan dibawa ke bahagian Permohonan.

LANGKAH 5 – Klik Pendaftaran Tahun 1 2026

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Status permohonan berjaya akan dipaparkan seperti berikut:

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

LANGKAH 6 – Cetak surat tawaran dan hantar ke sekolah.

Ibu bapa perlu membuat pengesahan dan mencetak surat tawaran penempatan Tahun 1 seperti di bawah:

semakan tahun 1 2024 penempatan pendaftaran

Permohonan Rayuan

Jika ada ibu bapa / penjaga yang ingin menukar sekolah, sila buat Rayuan online dalam sistem Idme.

Mohon ibu bapa yang belum daftarkan anak, sila daftar segera dalam sistem Idme.

LANGKAH RAYUAN TAHUN 1 JIKA TIDAK SETUJU SEKOLAH YANG DITEMPATKAN:

  1. Login https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik pengesahan penempatan
  3. Cetak surat tawaran
  4. Mohon RAYUAN (dlm sistem idMe).
  5. Keputusan rayuan akan keluar pada bulan Disember.

Baca juga: APDM Ibu Bapa: Cara Kemaskini Profil Murid Di SPATKPM

Syarat Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2026 / 2027

  • Kanak-kanak warganegara Malaysia
  • Kanak-kanak yang lahir dari 2 Januari 2019 – 1 Januari 2020

Cara Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2026 / 2027

Pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke Tahun 1 Kalendar Akademik Sesi 2026/2027 adalah seperti berikut:

  1. Pergi ke portal idMe : https://idme.moe.gov.my/login
  2. Klik Pengguna Baru
  3. Tekan Daftar Pengguna 
  4. Klik Daftar
  5. Isikan maklumat yang diperlukan untuk mendaftar
  6. Setelah berjaya daftar masuk, teruskan permohonan dan klik pada menu Tahun 1
  7. Klik Permohonan Baharu
  8. Masukkan nombor MyKid sebagai ID pengenalan murid untuk mendaftar
  9. Lengkapkan maklumat berikut:
    • Maklumat murid
    • Maklumat kesihatan
    • Maklumat penjaga
  10. Setelah selesai, tekan butang Simpan dan Seterusnya
  11. Untuk membuat pengemaskinian sebelum membuat perakuan, pergi ke Semak Permohonan.
  12. Setelah selesai membuat kemaskini maklumat-maklumat berkaitan, pergi ke menu Perakuan
  13. Semak setiap maklumat sehingga diyakini tepat pada menu Perakuan dan klik Peraku Benar Dan Hantar di bahagian paling bawah menu.
  14. Status permohonan murid akan dipaparkan.
  15. Pengguna boleh mencetak surat permohonan sekolah dan surat persetujuan kesihatan untuk tujuan rujukan.

Rujuk manual bergambar di bawah:

PANDUAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MELALUI IDME MOIES KPM ONLINE

pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM
pendaftaran tahun 1 ONLINE IDME KPM

Sumber: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

MUAT TURUN PANDUAN PERMOHONAN PENDAFTARAN TAHUN 1 MOEIS IDME KPM: Manual Pengguna boleh dimuat turun dari tinyurl.com/manualdaftartahunsatu

Baca juga: ePrasekolah: Pendaftaran & Semakan Prasekolah Online Sesi 2023

Sila muat turun panduan penuh Manual Pengguna idMe di sini : Manual Pengguna

Maklumat Lanjut

Jika terdapat sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan penempatan Tahun 1 di sekolah yang diinginkan, anda boleh menghubungi nombor telefon dan e-mel mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan masing-masing.

Sila rujuk MAKLUMAT PEGAWAI E-DAFTAR RENDAH seperti yang tertera di pautan berikut:

https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi&negeri=0

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut