Pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022 SRA JAWI Bermula 9 Mac 2021

pendaftaran sra jawi
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PERMOHONAN PENDAFTARAN SRA JAWI: KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022 SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA) JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

Dimaklumkan bahawa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membuka permohonan tahun 1 sesi 2022.

Apakah SRA JAWI?

Sekolah Rendah Agama (SRA) di Kuala Lumpur ialah merupakan sekolah di bawah penyeliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI).

Sekolah ini dibuka adalah dengan permintaan dari masyarakat setempat yang menginginkan anak-anak di bawah jagaan mereka mendapat didikan agama khususnya dalam menghadapi berbagai cabaran yang mendatang.

Dengan segala kemudahan insfrastuktur dan prasarana yang lengkap membuatkan sekolah ini sentiasa menjadi pilihan ibubapa.

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka bermula 09 – 31 Mac 2021 secara atas talian (online).

Borang permohonan manual juga boleh didapati pada ketetapan berikut :

  • Tarikh: 09 hingga 31 Mac 2021
  • Tempat : Pejabat sekolah
  • Masa. : 8.30 pg – 12.00 tghri, 2.30 – 4.00 ptg

Cara Permohonan / Pendaftaran SRA Jawi Online

PERMOHONAN PENDAFTARAN KEMASUKAN MURID TAHUN SATU 2022

SEKOLAH RENDAH AGAMA (SRA).

Ibu bapa/penjaga yang mempunyai anak berumur 7 tahun pada tahun 2022 perlu mendapatkan QR KOD dan mengisi borang online.

QR KOD dapat diperolehi melalui:

Ibubapa/Penjaga mengimbas QR KOD dan isikan data yang diminta dan hantar.

Tarikh akhir pengisian sebelum atau pada 31 Mac.

Baca juga: Biasiswa Yayasan Pahang 2021: Syarat, Permohonan & Semakan

Senarai SRA JAWI

Senarai Sekolah Rendah Agama JAWI boleh dilihat di pautan ini:

https://www.jawi.gov.my/

Tarikh Semakan Keputusan Permohonan

Ibu bapa boleh membuat semakan keputusan permohonan pendaftaran SRA JAWI bermula 21 Mei 2021.

Jika berjaya, ibu bapa perlu membuat pengesahan pendaftaran di sekolah yang dipohon.

Dokumen yang perlu disertakan semasa pengesahan pendaftaran adalah seperti berikut:

  • Salinan Sijil Lahir anak
  • Salinan Sijil Lahir anak (1 keping)
  • Salinan Kad Pengenalan Ibubapa / Penjaga (1 keping)
  • Salinan surat nikah/surat cerai ibubapa
  • Salinan bil utiliti (letrik, air untuk bukti tempat tinggal).
  • Laporan kesihatan doktor (jika berkaitan)
  • 3 keping anak gambar berukuran passport.

Berikut disertakan Carta Alir Proses Permohonan Pendaftaran Kemasukkan Murid Tahun Satu (2022).

https://drive.google.com/…/14KjxRorcaflRM7wg…/view…

Maklumat Lanjut

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,
Kompleks Pusat Islam,
Jalan Perdana,
50676 Kuala Lumpur
Tel: 03-22749333
Faks: 03-22731575
Emel: aduan [at] jawi [dot] gov [dot] my

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut