MDA Batal Kelulusan 2 Jenama Kit Ujian Kendiri Covid-19 Di Pasaran

pembatalan kit ujian mda
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PEMBATALAN KELULUSAN BERSYARAT (CONDITIONAL APPROVAL) KIT UJIAN KENDIRI COVID-19 OLEH MDA

Dua jenama kit ujian kendiri COVID-19 dibatalkan kelulusan bersyarat kerana gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

Notis itu memaklumkan, pembatalan kedua-dua jenama berkuatkuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 berkenaan.

Perkara ini dimaklumkan oleh pihak MDA melalui laman Facebook rasmi mereka, Medical Device Auhtority – MDA.

kit ujian mda

Hantaran itu turut dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Public Health Malaysia supaya orang awam lebih peka terhadap pembatalan ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut mengingatkan orang awam tentang penggantungan jenama 2 kit ujian berkenaan melalui sebuah hantaran Twitter terkini:

Sumber: Twitter Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

“Pembatalan ini dibuat kerana establismen berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.

“Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan,” menurut makluman tersebut.

Sumber: Medical Device Auhtority – MDA.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut