Pelarasan Kadar Tarif Elektrik TNB 2025

tarif elektrik 2025
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Subsidi Elektrik 2025 – 85% Pengguna Domestik Di Semenanjung Tidak Terjejas Dengan Pelarasan Tarif Elektrik Sehingga Jun 2025!

Sebanyak 85 peratus atau tujuh juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia tidak akan terjejas dengan pelarasan tarif elektrik bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2025. Hal ini demikian kerana, pelarasan tarif tersebut tidak berubah daripada yang telah ditetapkan pada tahun lepas sehingga Julai 2025.

Pada 20 Disember 2024 yang lepas TNB telah mengeluarkan kenyataan di semua laman media mereka bahawa, kadar rebat dan surcaj mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kekal tidak berubah untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik.

Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan isu kadar tarif elektrik ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel.

Kadar Tarif Elektrik 2025

Kadar tarif elektrik bagi tahun 2025 daripada bulan Januari sehingga Jun, telah diumumkan tidak berubah. Perkara ini telah dimaklumkan oleh TNB di laman Facebook mereka yang menyatakan kadar rebat dan surcaj mekanisme Pelepasan Kos Tidak Berimbang (ICPT) kekal tidak berubah untuk pengguna domestik dan pengguna bukan domestik.

tarif elektrik 2025

Bagi pengguna yang ingin menganggarkan kos bil elektrik bulanan pada masa akan datang, anda boleh menggunakan kalkulator tarif elektrik yang boleh didapati di laman sesawang MyElectricityBills.

Cadangan Penyelaran Bagi Julai 2025 – 2027

Seperti yang dinyatakan di bahagian sebelum ini, pengekalan tarif elektrik hanya berlaku dari bulan Januari 2025 sehingga Jun 2025. Bagi bulan Julai sehingga hujung tahun 2025, kadar tarif mungkin mengalami peningkatan.

Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang telah mencadangkan pelaksanaan jadual tarif elektrik baharu dengan kadar asas 45.62 sen sekilowatt-jam (kWj) untuk Semenanjung Malaysia bermula 1 Julai 2025 hingga tahun 2027.

Kenaikan kadar tarif baharu ini nenpunyai peningkatan dari kadar yang telah ditetapkan semasa Tempoh Kawal Selia 3 (RP3) antara 2022 dan 2024 yang hanya bernila39.95 sen/kWj sahaja. Namun begitu, menurut pihak TNB, sebarang perbezaan kos dari Januari hingga Jun 2025 akan dibiayai melalui Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE), dengan struktur tarif semasa kekal hingga 30 Jun 2025.

Pelaksanaan RP4 di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari Januari 2025 hingga Disember 2027 dijangka memberi manfaat ekonomi dan menyokong peralihan tenaga negara. Perbelanjaan modal yang dibenarkan bagi RP4 adalah RM42.821 bilion, sementara perbelanjaan operasi dibenarkan adalah RM20.782 bilion. TNB berkomitmen untuk memastikan bekalan elektrik yang boleh dipercayai dan meningkatkan tahap perkhidmatan pelanggan.

Subsidi Elektrik 2025

Subsidi elektrik bagi tahun 2025 telah diumumkan kekal oleh Perdana Menteri Malaysia, dalam belanjawan 2025 yang lepas. Kerajaan mengumumkan peruntukan RM2.38 bilion untuk subsidi elektrik kepada pengguna di Semenanjung bagi tempoh Januari hingga Jun 2025. Ini termasuk pengekalan kadar rebat dan surcaj tarif elektrik tanpa kenaikan, sebagai usaha untuk melindungi kesejahteraan rakyat.

Kementerian Peralihan Tenaga (PETRA) percaya pendekatan subsidi bersasar ini akan membolehkan peruntukan disalurkan kepada bantuan lain seperti infrastruktur dan pendidikan. Kadar purata tarif asas elektrik untuk Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan ditetapkan di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) dari 2025 hingga 2027.

Kerajaan juga akan menyediakan Program Rebat Elektrik RM40 untuk pengguna miskin tegar dengan peruntukan RM55 juta. Langkah-langkah ini diharapkan dapat memastikan kestabilan harga barangan, menyokong pelaburan, dan merancakkan ekonomi negara.

Baca juga:

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut