Pelaporan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah), Format & Templat Terkini

pelaporan pbd kpm pentaksiran bilik darjah
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) : TAHAP PENGUASAAN MURID, FORMAT & TEMPLAT PELAPORAN PBD

PBD dahulunya dikenali sebagai Pentaksiran Sekolah (PS) bermula pada tahun 2011. Pada tahun 2016, PS mula dikenali sebagai PBD.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang apakah itu Pelaporan Bilik Darjah, cara membuat pelaporan PBD, serta pautan muat turun format dan templat berkenaan.

TERKINI : SISTEM TP DI SEKOLAH DIMANSUHKAN (2024)

Untuk makluman semua guru, KPM telah mengumumkan bahawa perekodan dan pelaporan PBD boleh dilakukan sama ada secara luar talian atau menggunakan Sistem Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (SPPB) secara hidbrid.

Ini adalah bagi mengurangkan beban tugas guru dan memastikan guru terpelihara.

Bermula tahun 2024 juga, pelaporan tahap penguasaan Ujian Akhir Sesi Akademik UASA bagi semua mata pelajaran murid di sekolah ditukar dalam bentuk peratus dan gred.

Penggunaan skor setiap mata pelajaran bagi UASA dalam bentuk tahap penguasaan (TP) 1 hingga 6 dimansuhkan.

Langkah itu dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang keliru dengan pelaporan TP sebelum ini.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang PBD dan cara membuat pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah.

Apakah Pelaporan Bilik Darjah (PBD)?

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid.

PBD berlaku secara formatif dan sumatif; sebagai pembelajaran, untuk pembelajaran dan tentang pembelajaran.

PBD bukanlah untuk membandingkan tahap penguasaan antara seorang murid dengan murid yang lain, tetapi ia bertujuan untuk melihat perkembangan kemajuan murid dalam pembelajaran di samping membantu guru menambah baik pengajaran mereka.

pelaporan bilik darjah pbd format templat

Mata Pelajaran Yang Terlibat

Semua mata pelajaran KSSR dan KSSM.

Pelaksanaan konsep PBD berlaku secara berterusan dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah dan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah.

Mengapakah PBD Penting?

PBD dapat membantu guru dalam:

  • Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh
  • Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran
  • Mengetahui keberkesanan pengajaran
  • Merancang dan mengubah suai kaedah pengajaran
  • Mengambil tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta

Cara Pelaksanaan

PBD dilaksanakan secara berterusan sepanjang proses PdP sepanjang tahun.

PBD dilaksanakan melalui pelbagai kaedah pentaksiran seperti:

  • Pemerhatian
  • Penulisan
  • Lisan
  • Melalui kerja projek, kuiz, pembentangan dan-lain- lain aktiviti pembelajaran, berdasarkan Standard Prestasi dan pertimbangan profesional guru.

Pelaporan ini dibuat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

pelaporan bilik darjah pbd format templat

Tahap Penguasaan Murid (TP 1-6)

Murid akan dinilai mengikut tahap penguasaan berikut iaitu TP 1 sehingga TP 6.

TP1 – Tahu : Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara asas.

TP2 – Tahu dan Faham : Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam pelbagai bentuk komunikasi.

TP3 – Tahu, Faham dan Boleh Buat : Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi

TP4 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik.

TP5 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji : Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif.

TP6 – Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali : Murid berupaya menggunakan pengathuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.

Apa perbezaan Tahap Penguasaan Umum dengan Tahap Penguasaan Keseluruhan?

Tahap Penguasaan Umum ialah tahap penguasaan yang digunakan oleh semua mata pelajaran bagi menjadi asas kepada pembangunan Standard Prestasi mata pelajaran tersebut.

Tahap Penguasaan Keseluruhan ialah penentuan satu Tahap Penguasaan dalam mata pelajaran tersebut pada penghujung sesi persekolahan iaitu pada akhir tahun persekolahan.

Muat Turun Templat PBD UASA Secara Manual (Offline)

Untuk tujuan pelaporan, templat pelaporan PBD dalam fail Excel yang disediakan dan dimuat naik ke portal BPK.

Bagi sekolah yang memilih mengisi PBD secara offline, KPM telah menyediakan template perekodan dan pelaporan bilik darjah bagi Ujian Akhir Sesi Akademik 2022/2023 secara luar talian:

Download melalui portal KPM di sini https://www.moe.gov.my/…/templat-perekodan-dan…

TUTORIAL VIDEO PELAPORAN PBD OFFLINE

Panduan, Templat & Format Pelaporan Penguasaan Murid Dalam PBD Online

Templat pelaporan PBD yang baharu akan disediakan mengikut Tahun/ Tingkatan kurikulum KSSR (Semakan 2017) dan KSSM yang dilaksanakan.

Ini bermakna pada tahun 2018, templat pelaporan yang baharu ialah untuk Tahun 1, Tahun 2, Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.

Manakala templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 3 KSSR (Semakan 2017) dan Tingkatan 3 KSSM akan dimula digunakan pada tahun 2019.

Templat pelaporan PBD yang baharu untuk Tahun 4 akan digunakan pada tahun 2020, Tahun 5 pada tahun 2021 dan Tahun 6 pada tahun 2022.

Pelaporan PBD Tahap 1

Borang Data Bagi Mata Pelajaran Untuk Kegunaan di Google Drive


Panduan Menggunakan Google Drive (Pengisian Templat PBD Tahap 1)

Panduan-Menggunakan-Google-Drive-Pengisian-Templat-PBD-Tahap-1


SURAT MAKLUMAN MUAT NAIK TEMPLATE PELAPORAN PBD TAHAP 1 VERSI TERJEMAHAN


Surat Pemakluman Perubahan Template Pelaporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Tahap Satu


TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 (TERJEMAHAN)

TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 1 Translation V3.1APR2020.xls


TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 (TERJEMAHAN)

TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 2 Translation V3.1APR2020.xls

TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 (TERJEMAHAN)

TEMPLAT PELAPORAN PBD TAHUN 3 Translation V3.1APR2020.xls

Soalan Lazim (FAQ)

1) Bagaimanakah PBD dilaporkan?

Tahap penguasaan murid dalam PBD dilaporkan menggunakan templat pelaporan dalam fail Excel yang digunakan secara luar talian.

Laporan ini digunakan pada peringkat sekolah, serta dilaporkan kepada murid dan ibu bapa.

2) Apakah Pertimbangan Profesional?

Pertimbangan profesional merupakan satu bentuk keputusan berkaitan pembelajaran murid yang dibuat oleh guru secara beretika menggunakan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman berdasarkan Standard Prestasi dan data perkembangan penguasaan murid dalam pembelajarannya.

3) Bagaimanakah memastikan kualiti pentaksiran bilik darjah yang dilaksanakan?

Pihak pentadbir sekolah melakukan pemantauan, manakala guru-guru dalam panitia semua mata pelajaran melakukan perbincangan dan penyelarasan berkaitan kaedah dan instrumen pentaksiran yang digunakan.

Guru dalam panitia yang sama juga melakukan moderasi (perbincangan) sesama mereka dalam melakukan pertimbangan profesional terhadap murid.

4) Apakah saluran yang disediakan bagi mendapatkan maklumat berkaitan KSSM?


Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut