PeKa B40: Semakan Kelayakan, Manfaat & Saringan Kesihatan

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Berita baik untuk golongan B40, anda boleh menerima pelbagai manfaat melalui Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Skim ini bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD).

[MAKLUMAN] Jemputan SMS untuk Saringan Kesihatan PeKa B40 

ProtectHealth kini menghantar jemputan SMS kepada penerima PeKa B40 untuk menyertai Program Saringan Kesihatan Percuma.

Contoh mesej SMS yang dihantar:
RM0 PeKaB40: Anda dijemput hadir menjalani Saringan Kesihatan PeKa B40 PERCUMA di [LOKASI], pada [TARIKH, HARI], dari [MASA].

SMS ini adalah BUKAN penipuan dan merupakan komunikasi rasmi daripada ProtectHealth.

Jika ragu-ragu, sila semak kesahihan mesej ini
1. Layari media sosial ProtectHealth : ProtectHealth Corporation
2. Hubungi talian khidmat pelanggan di 03 8686 2525.

Jom ketahui lebih lanjut tentang PeKa B40 dan semak kelayakan anda sekarang!

Apakah PeKa B40?

PeKa B40 ini merupakan:

  • Inisiatif Kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memfokuskan penyakit tidak berjangkit (NCD).
  • Layak kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan pasangan yang berumur 40 tahun dan keatas.
  • Hanya kad pengenalan diperlukan semasa berurusan

Makluman buat seluruh rakyat Malaysia!!

ProtectHealth Corporation Sdn Bhd sukacita ingin memaklumkan tentang pengemaskini data kelayakan penerima Skim Peduli Kesihatan untuk kumpulan B40 atau PeKa B40 bagi tahun 2023 berdasarkan data Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tahun 2022 daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Senarai yang berstatus aktif dan penerima BKM bagi tahun 2022 adalah layak secara automatik untuk menerima PeKa B40 untuk tahun 2023.

4 Manfaat Skim Peka B40

Melalui skim ini, anda boleh menerima pelbagai manfaat seperti berikut:

  1. Saringan Kesihatan PERCUMA
  2. Bantuan Alat Perubatan sehingga RM20,000 (tertakluk kepada julat harga bagi setiap kategori)
  3. Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser sebanyak RM1,000
  4. Insentif Tambang Pengangkutan sehingga RM1,000 (khusus untuk penerima Manfaat 2 dan/atau 3)

Rujuk perincian manfaat seperti di bawah:

Manfaat 1 : Saringan Kesihatan Percuma (Medical Check Up)

Penerima perlu menjalani Saringan Kesihatan (Manfaat 1) untuk layak mendapatkan manfaat Bantuan Alat Perubatan (Manfaat 2), Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Manfaat 3), dan Insentif Tambang Pengangkutan (Manfaat 4).

Saringan kesihatan boleh dilakukan oleh doktor di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan PeKa B40.

Saringan kesihatan merangkumi:

  • pengambilan sejarah kesihatan dan penyakit individu dan keluarga termasuk faktor risiko kesihatan
  • saringan kesihatan mental
  • pemeriksaan fizikal
  • pemeriksaan klinikal payudara untuk penerima wanita, dan pemeriksaan klinikal prostat untuk penerima lelaki yang berisiko
  • ujian darah dan ujian air kencing

Spesimen darah dan air kencing akan diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian sel darah, ujian kawalan gula darah, ujian paras kolesterol, ujian fungsi buah pinggang dan ujian air kencing.

Penerima manfaat tidak perlu berpuasa untuk menjalani ujian-ujian tersebut.

Penerima manfaat tidak dikenakan apa-apa bayaran untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian makmal dalam pakej PeKa B40 ini.

peka b40

Untuk membuat saringan kesihatan, semak kelayakan di: www.pekab40.com.my Jika layak cuma perlu bawa kad pengenalan sahaja ke klinik berdaftar dengan PeKa B40. Selain itu:

  • Tiada pendaftaran lebih awal diperlukan
  • Tiada bayaran dikenakan
  • Tidak perlu berpuasa

Mudah je kan? Boleh semak senarai klinik berdaftar di: https://bms.pekab40.com.my/provider

Manfaat 2: Bantuan Alatan Perubatan (Sehingga RM20,000)

Manfaat ini melibatkan bantuan peralatan perubatan yang diperlukan dalam prosedur/ rawatan dan tidak diberikan subsidi kos alat di hospital-hospital KKM.

Had maksimum sebanyak RM20,000 diberikan dalam bentuk alat perubatan.

Manfaat 2 ini merangkumi alat-alat perubatan di dalam kategori berikut:

  • Stent untuk jantung
  • Alat sendi tiruan
  • Alat bantuan pendengaran
  • Perentak jantung
  • Prostesis dan implan untuk tulang belakang
  • Prostesis dan ortosis tulang anggota
  • Kanta mata intraokular
  • Alat terapi pernafasan dan oxygen concentrator
  • Bantuan sokongan nutrisi
  • Kerusi roda

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Manfaat ini hanya terpakai apabila penerima PeKa B40 dirawat di hospital KKM sahaja, di mana permohonan perlu dilakukan oleh pakar-pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

peka b40

Manfaat 3: Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser (Bernilai RM1,000)

Manfaat 3 ini adalah bertujuan untuk mendorong pesakit kanser, lebih-lebih lagi mereka yang di peringkat awal rawatan dan tahap permulaan penyakit, untuk melengkapkan pelan rawatan mereka seperti mana yang telah dirancang oleh pakar kanser KKM.

RM1,000 dibayar kepada pesakit kanser yang melengkapkan rawatan di Hospital KKM.

Saringan Kesihatan (Manfaat 1) perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum penerima PeKa B40 boleh menikmati manfaat ini.

Insentif dipecahkan kepada dua (2) kali:

  • RM300 dibayar setelah penerima memulakan rawatan kanser
  • RM700 dibayar setelah melengkapkan rawatan kanser.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima PeKa B40 yang layak melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 3 perlu dilakukan oleh doktor atau pakar perubatan KKM bagi pihak pesakit yang penerima PeKa B40.

Baca juga: Permohonan Bantuan Kuarantin NADMA RM100/Hari, Maksimum 14 Hari

Manfaat 4 : Insentif Tambang Pengangkutan (Sehingga RM 1,000)

Manfaat ini bertujuan untuk meringankan beban membayar kos pengangkutan apabila penerima mendapatkan rawatan di hospital KKM. Ianya tidak bertujuan untuk merangkumi keseluruhan kos perjalanan.

Penerima Manfaat 2 (Bantuan Alat Perubatan) atau/ dan Manfaat 3 (Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser) sahaja akan mendapat manfaat tambang pengangkutan ini.

Had maksimum bantuan yang boleh diterima:

  • RM500 untuk Semenanjung Malaysia
  • RM1,000 untuk Sabah/ Sarawak/ Labuan

Jumlah insentif tambang yang akan diberikan adalah tertakluk kepada jarak antara hospital dan rumah penerima dan pada kadar yang telah ditetapkan.

Permohonan dan perakuan kelayakan Manfaat 4 perlu dibuat oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan atau pegawai perubatan yang merawat.

Pembayaran insentif adalah secara terus kepada penerima melalui akaun bank yang telah pun didaftarkan.

Baca juga: MySalam: Permohonan, Semakan Status & Proses Tuntutan

Semakan Kelayakan Peka B40

Prosedur Mendapatkan Manfaat PeKaB40 adalah seperti berikut:

Langkah 1 : Semak kelayakan.

Langkah 2 : Sekiranya layak, lawati Klinik PeKaB40 terdekat yang boleh dikenalpasti dengan pelekat logo PeKaB40. Pastikan anda membawa MyKad untuk pengesahan.

Langkah 3 : Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan semasa lawatan pertama di klinik.

Langkah 4 : Lawatan kali kedua untuk mengetahui keputusan makmal daripada doktor dan juga tindakan susulan sama ada rujukan ke Fasiliti KKM atau Program Sihat Cergas KKM.

Tiada pendaftaran diperlukan untuk menyertai skim ini.

Semak kelayakan anda melalui pautan berikut:

https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

Senarai Klinik PeKa B40

Sila rujuk senarai klinik di bawah skim ini melalui senarai di pautan ini https://bms.pekab40.com.my/provider

Cara Buat Temujanji Online Untuk Saringan Kesihatan PeKa B40

“Semak kelayakan dan buat temujanji PeKaB40 di MySejahtera?”

Kini anda boleh menyemak kelayakan dan membuat temujanji Program Skim Peduli Kesihatan untuk golongan B40 atau PeKa B40 melalui MySejahtera.

Ikuti langkah-langkah seperti gambar di atas untuk menyemak kelayakan dan membuat temujanji PeKaB40 anda.

peka b40
peka b40 semakan kelayakan

Maklumat Lanjut

Peka B40 dikendalikan oleh ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh ProtectHealth Malaysia, ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut layari website PeKa B40 di https://protecthealth.com.my/peka-b40/ atau hubungi +603-8687 2525.

Sila hubungi saluran berikut untuk maklumat lanjut tentang skim ini:

TALIAN UTAMA
+603-8687 2525
8:30pagi – 5:30petang (Isnin – Jumaat)
9:00pagi – 4:00petang (Sabtu & Ahad)

EMEL
[email protected]
[email protected] [email protected]
[email protected]

ALAMAT
F01 & F02, Tingkat 1, Blok 2300,
Century Square, Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan​

LAMAN WEB
https://protecthealth.com.my/peka-b40/

MEDIA SOSIAL
ProtectHealth Corporation

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut