PCOS Maksud, Punca, Gejala dan Komplikasi

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Adakah anda sedang mencari maksud PCOS serta gejalanya?

Penyakit ini adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya.

Oleh itu, adalah penting buat para wanita untuk fahami maksud PCOS demi menjamin kesihatan dalam jangka masa panjang.

Maksud PCOS

Maksud PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome/ Sindrom Ovari Polisistik) adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada wanita dari segi kesuburan, rupa fizikal serta kitaran haid disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.

Melibatkan 5 hingga 10% wanita dalam usia reproduktif mereka, penghidap PCOS juga mempunyai paras hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi, mengalami hirsutism (bulu yang berlebihan di badan), rambut kepala nipis di bahagian ubun-ubun serta jerawat.

Selain menjejaskan kesuburan, pesakit juga boleh alami beberapa komplikasi seperti diabetes, obesiti dan sebagainya.

Apa Itu Ovari Polisistik (Polycystic Ovary)?

Ovari polisistik adalah satu keadaan di mana terdapat banyak sista kecil (follicles) yang tersusun di dalam ovari seseorang.

Wanita yang didiagnos dengan PCOS juga biasanya mempunyai satu ovari yang lebih besar daripada normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel.

Hanya boleh dikenalpasti melalui imbasan ultrasound, fenomena ini berlaku pada 20% wanita normal.

Namun, hanya 6 hingga 7% wanita yang mempunyai ovari polisistik menghidap PCOS.

pcos maksud
Sumber : myhealth.gov.my
pcos maksud
Sumber : myhealth.gov.my

Punca

Sebenarnya, punca PCOS masih belum diketahui sehingga ke hari ini. Meskipun begitu, gejala bagi penyakit ini timbul disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan.

1. Hormon Lelaki Yang Berlebihan

Bagi wanita yang mengalami masalah PCOS, mereka mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi daripada biasa. Keadaan ini menyebabkan

2. Insulin

Wanita yang menghidap PCOS juga mempunyai kerintanga insulin dalam badan. Ini membuatkan paras gula dalam darah meningkat.

Ini seterusnya mendorong badan untuk menghasilkan lebih banyak insulin secara semulajadi.

Paras insulin yang tinggi ini seterusnya akan menimbulkan masalah kesihatan lain seperti haid tidak teratur, kegemukan, haid tidak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki (androgen) yang lebih tinggi.

Gejala / Sindrom PCOS

Bergantung kepada pesakit, gejala PCOS mungkin berbeza-beza. Antara simptom bagi penyakit ini adalah :

  • Kitaran haid yang tidak teratur atau tidak datang sama sekali.
  • Mempunyai banyak bulu di badan serta muka daripada normal (hirsutism)
  • Rambut menipis di kepala
  • Obesiti
  • Kulit muka berminyak atau berjerawat
  • Cenderung untuk berubah mood atau alami kemurungan.
Sumber : Facebook Klinik Sabah

Komplikasi

Penghidap PCOS boleh terdedah kepada komplikasi-komplikasi jangka panjang seperti :

  • Kencing manis
  • Tekanan darah tinggi
  • Penyakit jantung koronari
  • Kanser
  • Kemurungan
  • Berdengkur (obstructive sleep apnea)

Kaedah Rawatan

Masalah PCOS ini tiada penawar, namun simptomnya serta komplikasi masih boleh dicegah bergantung kepada simptom yang dialami pesakit :

1.  Penggunaan Pil Perancang (OCP)

Pil perancang ini digunakan bagi membetulkan kitaran haid serta menghidarkan kanser rahim atau hyperplasia selaput endometrium.

Di samping itu, pil OCP juga mempunyai anti-androgen bagi mengurangkan hirsutism dan jerawat.

2. Progestin

Pil hormon ini pula diberi selama 21 hari untuk 1 hingga 3 bulan. Ia berfungsi dengan mengatur kitaran haid.

Walau bagaimanapun, ia tidak membantu dalam masalah hirsutism dan jerawat. Pad masa yang sama, ia juga tidak mencegah keupayaan mengandung.

Namun, ia masih boleh mencegah risiko kanser rahim serta hyperplasia selaput endometrium.

3. Hirsutism

Masalah bulu berlebihan boleh dicegah dengan bercukur, rawatan laser dan sebagainya.

Di samping itu, hirsutism juga boleh dicegah menggunakan ubatan anti-androgen seperti cyproterene acetat atau alderone.

4. Masalah Obesiti

Dengan menurunkan kira-kira 5 hingga 10% dari berat badan, ia sudah memadai untuk mengembalikan kesuburan dan kitaran haid secara normal.

Di samping itu, berat badan yang ideal juga dapat membantu mengawal simptom-simptom PCOS yang lain.

5. Metformin

Ubat ini digunakan bagi meningkatkan keberkesanan insulin dalam badan. Ia juga boleh membantu ovulasi bagi sesetengah pesakit PCOS khususnya yang mengalami kencing manis serta obesiti.

6. Masalah Ketidaksuburan

Selain pengurangan berat badan, pengunaan ubat anti-estrogen seperti Clomiphene dapat meningkatkan ovulasi dapat membantu masalah ketidaksuburan.

Tips Mencegah Komplikasi

  • Kurangkan berat badan dengan amalkan pemakanan yang sihat dan senaman 3 kali seminggu.
  • Rajinkan berpuasa untuk menguruskan tabiat pemakanan.
  • Lakukan saringan kesihatan yang lebih kerap atau sekurang-kurangnya setahun sekali. Sarigan kesihatan adalah penting terutamanya bagi wanita yang sudah mencecah usia 40 tahun dan ke atas.

Bagi para wanita, adalah penting untuk anda fahami maksud PCOS serta gejala dan komplikasinya.

Meskipun PCOS tiada penawar, namun ia masih boleh dicegah menerusi kaedah rawatan serta gaya hidup yang sihat.

Sumber : myhealth.gov.my, Klinik Sabah

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut