PAT-G : Cara Daftar Akaun, Semak & Download Apps Digital
Setiap pekebun kecil yang memiliki atau mengendalikan satu ladang getah atau lebih tidak melebihi 40.6 hektar, wajib memerlukan PAT-G yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan cara untuk mendaftar akaun PAT-G dan membuat semakan lanjut berkenaan permohonan anda.
Baca juga:
Apa itu PAT-G?
PAT-G atau juga dikenali sebagai Permit Autoriti Transaksi Getah adalah suatu permit untuk menjual getah yang dikeluarkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) secara percuma kepada mana-mana pekebun kecil yang memiliki atau mengusahakan kebun getah kurang daripada 40.46 hektar atau 100 ekar.
Menjadi satu kesalahan apabila pekebun kecil menjual getah tanpa memiliki PAT-G.
Untuk maklumat semua, bermula 10 Mei 2021 cetakan PAT-G dalam bentuk digital telah dikuatkuasakan bagi menggantikan cetakan di dalam bentuk kad.
Ini merupakan persediaan awal selaras dengan proses pelaksanaan peningkatan sistem tersebut secara dalam talian sepenuhnya.
Objektif PAT-G
- Mewujudkan satu pengenalan kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang memiliki atau mengusahakan kebun getah.
- Merupakan satu kebenaran untuk menjual getah.
- Mengekang kes kecurian getah di peringkat kebun.
- Membangunkan satu pangkalan data profil pekebun kecil getah.
Syarat-syarat
- Wargangera Malaysia (MyKad warna biru sahaja).
- Seseorang yang memiliki atau mengusahakan kebun getah dalam suatu Negeri yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.6 hektar.
- Berumur 18 tahun dan ke atas.
- Kebun getah telah matang.
Siapa Yang Perlu Memiliki PAT-G?
Individu yang memiliki atau mengendalikan satu ladang getah atau lebih dalam suatu Negeri yang jumlah keseluruhannya tidak melebihi 40.6 hektar.
Kategori Pengguna
1. Pemilik – memiliki kebun getah tetapi diusahakan oleh orang lain.
2. Pemilik dan Pengusaha – memiliki dan mengusahakan kebun getah sendiri.
3. Pengusaha – mengusahakan kebun getah milik orang lain.
4. Pentadbir – pentadbir atau pemehang amanah dalam sesuatu kebun getah atau dilantik sebagai pentadir oleh Pejabat Tanah.
5. Peneroka – mengusahakan kebun getah dalam permintaan (TOL) atau mengusahakan kebun getah tanpa geran.
6. Pribumi – orang asli yang mengusahakan kebun getah dibawah seliaan JAKOA.
Cara Muat Turun Aplikasi PAT-G
Bagi pengguna Android, ini adalah pautan untuk memuat turun aplikasi tersebut di Google Play Store: PAT-G LGM
Bagi pengguna iOS, ini adalah pautan untuk memuat turun aplikasi tersebut di laman web Safari: https://patg.lgm.gov.my/patg-public/
Cara Pendaftaran Akaun PAT-G Digital
Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun aplikasi digital tersebut:
- Pilih daftar dan isi maklumat dengan lengkap bagi pendaftaran akaun PAT-G Digital.
- SMS pautan pengesahan akan dihantar ke nombor telefon yang anda telah masukkan.
- Klik pautan SMS yang diterima untuk mengesahkan pendaftaran akaun.
Cara Permohonan Baru PAT-G
- Pilih daftar PAT-G.
- Isi semua “Maklumat Pekebun” dengan lengkap dan pilih “Seterusnya”.
- Pilih “Tambah” untuk mengisi “Maklumat Pekebun”.
- Pilih “Kategori”, “Agensi” dan “Syarat Tanah” di ruangan “Maklumat Tanah Pekebun”.
- Pilih “Teruskan”.
- Sistem akan memaparkan hasil carian dokumen untuk dimuat turun.
- Pilih “Simpan dan Teruskan”.
- Isi semua “Maklumat Kebun” dengan lengkap dan pilih “Simpan”.
- Muat naik gambar atau fail dokumen yang telah lengkap diisi dan pilih “Simpan”.
- Pilih “Setuju dan Hantar” sekiranya status dipaparkan siap untuk dihantar.
- Notifikasi akan diterima bagi setiap permohonan yang berjaya dihantar.
- Notifikasi akan diterima selepas permohonan anda diluluskan.
Cara Permohonan Pembaharuan PAT-G
- Pilih “Profil” di Laman Utama.
- Pilih ikon PAT-G.
- Sistem akan memaparkan maklumat yang sedia ada.
- Pilih PAT-G yang ingin diperbaharui.
- Pilih “Perbaharui”.
- Pilih “Klik untuk Tangkap Gambar”. Sekiranya ingin mengambil gambar setiap muka surat geran tanah yang terkini atau dokumen yang berkaitan dengan lengkap untuk dimuat naik.
- Pilih “Klik untuk Pilih Gambar”. Sekiranya ingin memilih gambar setiap muka surat geran tanah terkini atau dokumen yang berkaitan dengan lengkap untuk dimuat naik.
- Pilih “Hantar”.
- Notifikasi akan diterima bagi setiap permohonan yang berjaya dihantar. Notifikasi juga akan diterima selepas permoonan diluluskan.
*Tempoh pembaharuan boleh dibuat dalam tempoh SATU (1) tahun sebelum tamat tempoh.
*Permohonan baharu perlu dibuat sekiranya PAT-G telah dibatalkan.
Anda boleh rujuk pada pautan berikut untuk memuat turun Kaedah Penggunaan Aplikasi Mudah Alih PAT-G Digital.
Borang Permohonan Kad PAT-G
Anda boleh memuat turun Borang Permohonan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) di sini:
Maklumat Lanjut
Malaysian Rubber Board
18th Floor Bangunan Getah Asli (Menara)
148 Jalan Ampang
50450 Kuala Lumpur
Tel: 603-9206 2000
Fax: 603-2163 4492
Email: [email protected]