Pas MyTourist RapidKL : Harga, Diskaun Bas & Tren ‘Unlimited’

Pas MyTourist
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Sempena musim cuti sekolah ini, ibu bapa yang ingin membawa anak-anak berjalan sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya boleh dapatkan Pas MyTourist yang disediakan oleh Rapid KL bagi memudahkan anda untuk menggunakan kenderaan awam seperti bas, LRT, MRT dan lain-lain. 

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pas ini, pastikan anda terus bersama kami sehingga ke penghujung artikel ini. Hal ini demikian kerana, dalam artikel kali ini kami akan terangkan cara mendapatkan pas dan kelebihan yang akan anda peroleh apabila membeli pas ini. 

Apa itu Pas MyTourist Rapid KL?

Pas MyTourist merupakan satu pas perjalanan yang diwujudkan oleh Rapid KL. Pas ini menawarkan perjalanan tanpa had bagi semua jenis kenderaan awam di bawah kelolaan Rapid KL selama 1 hari, 2 hari atau 3 hari mengikut jenis pas anda.

Antara kenderaan awam yang boleh anda guna menggunakan pas ini ialah:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • BRT
  • Bas Rapid KL
  • Bas pengantara MRT Lembah Klang

Selain itu, dengan adanya pas ini pengguna juga dapat menikmati faedah dan diskaun eksklusif di lebih daripada 20 rakan kongsi Rapid KL, yang terdiri daripada pusat hiburan, pusat membeli belah dan restoran hebat. 

Jenis & Harga Pas MyTourist

Berikut kami kongsikan dengan anda jenis dan harga pas MyTourist yang boleh anda pilih bersesuaian dengan perjalanan anda dan keluarga:

Jenis Pas MyTouristHarga Rakyat Malaysia (RM)Harga Bagi Warga Asing (RM)
Pas 1 Hari20.0040.00
Pas 2 Hari30.0060.00
Pas 3 Hari40.0080.00
pas mytourist

Harga yang dinyatakan di atas, adalah tanpa kad Touch N Go (TnG). Bagi anda yang ingin membeli sekali kad TnG, berikut merupakan harga yang perlu dibayar:

Jenis Pas MyTouristHarga Rakyat Malaysia (RM)Harga Bagi Warga Asing (RM)
Pas 1 Hari35.0055.00
Pas 2 Hari45.0075.00
Pas 3 Hari55.0095.00

Cara Membeli Pas MyTourist

Untuk membeli pas ini, anda boleh melakukannya secara dalam talian atau secara bersemuka. Berikut adalah langkah-langkah membeli pas ini:

  1. Secara dalam talian (Online)
    • Bagi anda yang ingin membeli secara atas talian anda boleh melakukannya melalui aplikasi MyRapid PULSE App atau MyRapid Shop dengan cara berikut:
      1. Anda perlu membuat akaun MyRapid Shop sebelum membuat pembelian dalam talian.
      2. Setelah membuat akaun, pilih pas perjalanan yang diinginkan dan tekan ‘Add to Cart’
      3. Tekan ‘View Cart’. Semak maklumat pas dan tekan ‘Proceed to Checkout’
      4. Lengkapkan maklumat pembelian dan Tick pada bahagian ‘Term and Condition’
      5. Setelah selesai tekan butang ‘Proceed to EGHL’ untuk lakukan pembayaran.
      6. Setelah selesai, maklumat pembayaran akan dikongsikan ke alamat e-mel berdaftar. 
      7. Penebusan dan pengaktifan MyTourist Pass hendaklah dibuat melalui Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL (LRT, MRT atau Monorel sahaja) selepas pembelian dibuat secara dalam talian.
      8. Anda mesti memilih tarikh untuk mengaktifkan pas anda. Anda boleh memilih untuk memulakan Pas MyTourist anda dengan segera atau menangguhkannya sehingga tujuh (7) hari dari tarikh pembelian.
      9. Kuantiti maksimum yang dibenarkan adalah sehingga sepuluh (10) pembelian setiap transaksi (setiap jenis pas)
  2. Secara bersemuka
    • Bagi anda yang ingin membeli secara bersemuka, anda boleh melakukan pembelian di:
      1. Mana-mana stesen LRT, MRT, Monorail dan BRT
      2. Stesen bas terpilih seperti yang disenaraikan di bawah:
        • Chow Kit 
        • Pasar Seni 
        • Seksyen 2, Shah Alam 
        • Greenwood 
        • Sri Nilam 
        • Pearl Point 
        • Puchong Utama 

Anda juga boleh dapatkan maklumat tambahan dengan membaca FAQ yang disediakan Rapid KL.

Kelebihan & Manfaat Pas MyTourist RapidKL

Bagi anda yang membeli pas MyTourist ini banyak manfaat yang akan anda peroleh selain boleh menggunakan kenderaan awam di bawah Rapid KL tanpa had. Manfaat lain yang boleh diperoleh ialah anda akan dapat menikmati diskaun eksklusif bernilai RM500.00.

Diskaun eksklusif ini akan ditawarkan oleh rakan kerjasama Rapid KL selama 7 hari bermula dari tarikh anda membeli pas tersebut. Berikut merupakan antara rakan kerjasama yang menawarkan diskaun ini:

pas mytourist
pas mytourist
pas mytourist

Baca juga: My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut