Nak beli tanah kena guna peguam? Tak semestinya.
Tahukah anda, instrumen pindahmilik tanah boleh dilakukan sendiri dengan menggunakan borang 14A.
Secara ringkas, jika anda nak beli tanah ni boleh buat sendiri sahaja kalau tak melibatkan pinjaman bank.
Bagi lot tanah kecil-kecil, tak perlu guna peguam pun.
Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang proses dan prosedur cara buat pindahmilik tanah.
Apakah Pindahmilik Tanah?
Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar di dalam suratan hakmilik.
Proses pindahmilik boleh terus dilakukan bagi hakmilik yang tiada sekatan kepentingan atau batasan (kaveat), tetapi bagi hakmilik yang mempunyai sekatan kepentingan atau batasan, kebenaran daripada pihak berkenaan perlu diperolehi terlebih dahulu.
Kepada Siapa Boleh Dipindahmilik?
- Warganegara yang berumur 18 tahun ke atas.
- Bukan warganegara dan syarikat-syarikat asing dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN).
- Perbadanan yang dibenarkan oleh perlembagaan nya untuk memegang tanah.
- Raja raja Pemerintah , Kerajaan , Organisasi dan lain – lain orang yang diberi kuasa untuk memegang tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
- Badan – Badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana – mana undang-undang bertulis lain.
Panduan Pindahmilik Tanah (Tanpa Peguam)
Langkahnya seperti di bawah:
- Setuju harga belian dengan penjual
- Isi borang 14A dengan penyaksian
- Bayar duti setem di LHDN
- Selesaikan cukai tanah/pintu dan bil tertunggak lain
- Siapkan salinan IC dan surat beranak (jika tanah rizab Melayu)
- ‘Present’ di pejabat tanah & bayar fi pindahmilik
- Collect geran baru selepas siap
*Rujuk Panduan Mengisi Borang Pindah Milik (14A) dalam lampiran yang disertakan di bawah:
Boleh download Borang 14A di pautan ini https://ptg.ptgps.gov.my/borang/14A.pdf
Percuma!
Baca juga:
Maklumat Lanjut
Untuk info dan pertanyaan lanjut berkenaan proses pemilikan tanah, sila rujuk:
Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan
Aras 4, Podium 1, Wisma Sumber Asli
No. 25, Persiaran Perdana, Presint 4,
62574 Putrajaya
No. Telefon : +603 8000 8000
Faks : +603 8889 3855
Emel : [email protected]