Pameran Udara Selangor (SAS 2024) : Tarikh, Jadual & Aktiviti

Pameran Udara Selangor 2024 : Tarikh, Jadual, Peta Lokasi & Aktiviti Selangor Aviation Show

Pameran Udara Selangor kembali lagi! Kali ini pastinya lebih meriah dan menarik dengan pelbagai aktiviti dan penglibatan dari semua pihak untuk menjayakannya.

Artikel pada kali ini, kami akan berkongsi butiran penting mengenai Pameran Udara Selangor 2024 dan cara untuk anda membuat pendaftaran secara online dengan cepat dan mudah.

Baca juga:

Siaran Media Selangor Aviation Show (SAS 2024)

pameran udara selangor
pameran udara selangor
pameran udara selangor
pameran udara selangor

Apa itu Selangor Aviation Show (SAS)?

pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024

Selangor Aviation Show (SAS) atau Pameran Udara Selangor adalah program pamerah tahunan bagi mempromosikan Selangor sebagai hub industri aeroangkasa di Malaysia di samping membantu syarikat tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran global.

SAS 2024 edisi keempat pada tahun ini, menjanjikan tontonan yang menarik dengan menampilkan penyertaan dari lebih 35 negara selain mempamerkan 49 pesawat statik pelbagai jenis.

Antara syarikat yang terlibat adalah Airbus/Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd, Post Aviation Engineering Services Sdn Bhd, Batik Air dan AirAsia.

Turut mengambil bahagian, UMW Aerospace Sdn Bhd, Drone Academy Asia, Skyways Technics Asia Sdn Bhd, Galaxy Aerospace (M) Sdn Bhd dan Airod Aerospace Technology Sdn Bhd.

SAS 2024 yang juga melibatkan 110 pempamer ini turut menampilkan 15 syarikat dari tujuh negara iaitu Amerika Syarikat (AS) , United Kingdom, China, Singapura, Jerman, Perancis dan Republik Czech.

Sempena pameran itu juga, pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai jenis pesawat seperti pesawat Diamond, Falcon 8x, Caravan dan Piaggio Avanti.

Tarikh dan Lokasi

Pameran Udara Selangor 2024 akan berlangsung pada 12 hingga 14 September 2024 bertempat di SkyPark Regional Aviation Centre, Selangor.

pameran udara selangor
pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024

Jadual Aktiviti Pameran Udara Selangor

Berikut adalah jadual aktiviti di Pameran Udara Selangor 2024 akan datang:

AktivitiTarikhMasaNota
Trade Visitor12 September 202410 pagi – 6 petangTerbuka untuk 18 tahun
dan ke atas
Trade Visitor13 September 202410 pagi – 1 petangTerbuka untuk 18 tahun
dan ke atas
Public Visitor13 September 20241 petang – 6 petang
Public Visitor14 September 202410 pagi – 6 petang
Career Fair Visitor13 September 202410 pagi – 6 petang
Career Fair Visitor14 September 202410 pagi – 6 petang
pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024
pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024
pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024
pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024
pameran udara selangor Selangor Aviation Show 2024

Cara Mendaftar Online

Pendaftaran online Pameran Udara Selangor 2024 dibuka bagi pempamer dan pra-pendaftaran pengunjung. Layari laman rasmi Selangor Aviation Show untuk membuat pendaftaran online.

Perkhidmatan Bas (Stadium Shah Alam  ➡️ Skypark RAC)

Pameran Udara Selangor (SAS) 2024 menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik dan tempat letak kenderaan percuma kepada pengunjung sepanjang acara berlangsung bermula 12 September (Khamis) sehingga 14 September (Sabtu).

Bas ulang-alik ini akan beroperasi setiap 15 minit bermula 8 pagi dengan bas terakhir kembali ke Stadium Shah Alam jam 7.30 malam.

Berikut adalah jadual bas yang ditetapkan:

Selangor Aviation Show 2024 sas
Selangor Aviation Show 2024 sas
Selangor Aviation Show 2024

Anda yang datang dengan menaiki kenderaan persendirian juga dinasihatkan untuk parkir di kawasan Stadium Shah Alam berhadapan City Karting (Shah Alam International Go Kart Circuit) kerana tiada kemudahan parkir di lokasi acara iaitu Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Bukit Jelutong.

Cara Claim Diskaun RM2 MyCar

Selain perkhidmatan bas ulang-alik ini anda juga boleh menggunakan perkhidmatan e-hailing, MyCar yang menawarkan diskaun khas RM2 untuk perjalanan ke Skypark RAC dari Stadium Shah Alam.

Berikut adalah cara untuk anda claim promo code diskaun RM2 MyCar:

Panduan Ketibaan SAS 2024

Untuk memastikan pengalaman yang lancar, pengunjung dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka ke tempat itu lebih lancar, kerana tempat kereta tidak tersedia di lokasi. Berikut adalah panduan lengkapnya:

  1. Parkir kenderaan anda di Stadium Shah Alam yang terletak di hadapan City Karting (Litar Go Kart Antarabangsa Shah Alam).
  2. Ikut papan tanda ke Kawasan Zon Menunggu yang ditetapkan, di mana perkhidmatan bas ulang-alik khusus akan mengangkut pelawat dari Stadium Shah Alam ke balai pengawal SkyPark RAC.
  3. Apabila sampai di tempat acara, anda boleh terus ke Pendaftaran B untuk mengimbas kod QR daripada e-mel pengesahan, mengumpul gelang tangan.
  4. Kemudian masuk dan jalankan pemeriksaan keselamatan standard. 
  5. Anda boleh bersedia untuk masuk ke pameran SAS 2024.

*Sila ambil perhatian bahawa semua beg dan barang peribadi akan diperiksa dan barangan seperti senjata dan bahan berbahaya adalah dilarang sama sekali.

*Bagi keluarga dengan anak berumur 5 tahun ke bawah, ibu bapa atau penjaga yang sah perlu menandatangani borang penepian semasa pendaftaran dalam talian.

Peraturan Pemakaian & Keselamatan

Anda mesti mematuhi peraturan keselamatan dan tertakluk kepada pemeriksaan oleh Kakitangan Keselamatan Penerbangan apabila memasuki kawasan selamat acara.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Pameran Udara Selangor 2024, anda boleh layari laman web rasmi Selangor Aviation Show 2024 di pautan berikut: selangoraviationshow.com

Atau anda juga boleh ikuti informasi terkini di laman sosial berikut:

Bantu kami share artikel ini: