Kebergantungan golongan siswa terhadap capaian internet dan telekomunikasi sememangnya tidak dinafikan lagi, dan oleh itu pengumuman daripada Kementerian Komunikasi mengenai pengenalan Pakej Rahmah Prabayar Siswa sememangnya disambut baik ramai pihak.
Tentunya ini merupakan berita baik untuk golongan mahasiswa dan mahasiswi!
Jom kami kongsikan lebih lanjut tentang pakej ini.
Pengenalan Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Pakej istimewa ini diperkenalkan adalah khusus untuk golongan pelajar lepasan menengah yang melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi latihan kemahiran awam (ILKA) terpilih.
Kerjasama strategik dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi terlibat ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Madani menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar mendapatkan liputan komunikasi dan internet lebih baik semasa sesi pengajian dan pembelajaran.
Inisiatif ini dimulakan untuk semua pelajar IPTA dan ILKA dahulu, kemudian akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebar luaskan pakej.
Pengenalan pakej pascabayar istimewa ini sejajar hasrat kerajaan menangani peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi membantu golongan pelajar ketika sesi pengajian dan pembelajaran.
Tarikh Pendaftaran
Para pelajar yang layak boleh mula melanggan pakej ini mulai 16 Ogos 2024.
Tawaran pakej ini merupakan hasil peluasan Pakej Internet Mudah Alih (Prabayar) Rahmah yang diperkenalkan pada tahun lalu.
Baca juga:
Jenis Pakej
Pakej Rahmah Prabayar Siswa akan dijual pada ada harga tidak lebih RM30, dengan minimum permulaan data 30 gigabait (GB) untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
Pakej menarik untuk golongan siswa ini boleh direalisasikan hasil kerjasama kerajaan dengan lima syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi, iaitu CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL Communications (YES).
*Perincian pakej daripada setiap syarikat telekomunikasi yang terlibat akan dikemaskini di mana web rasmi syarikat yang mengambil bahagian.
Cara Langganan
Pakej ini boleh dibeli dengan hadir seara bersemuka di pusat / kios penyedia perkhidmatan (telco) yang terlibat ataupun secara dalam talian.
Cara melanggan pakej ini akan diperincikan oleh setiap syarikat penyedia perkhidmatan yang mengambil bahagian di laman web rasmi masing-masing:
- CelcomDigi : https://www.celcomdigi.com/
- Maxis : https://www.maxis.com.my/
- Umobile : https://www.u.com.my/
- TM Tech : https://www.tm.com.my/
- YES : https://www.yes.my/
Senarai IPT Yang Layak
Memandangkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini diperkenalkan khusus untuk golongan siswa, maka para pelajar daripada IPT tertentu layak untuk melanggan apabila pendaftaran dibuka kelak.
Senarai lengkap IPTA dan ILKA yang terpilih boleh dilihat dalam senarai Soalan Lazim dalam artikel ini (skrol ke bawah). Anda juga boleh membuat semakan melalui laman sesawang Kementerian Komunikasi di alamat www.komunikasi.gov.my.
Pakej ini bakal boleh dilanggan oleh semua pelajar di IPTA dan ILKA.
Walau bagaimanapun, kerajaan akan mulakan inisiatif ini untuk semua pelajar IPTA serta ILKA dahulu, dan kemudian kerajaan akan berbincang dengan syarikat telekomunikasi untuk menyebarluaskan pakej ini.
Soalan Lazim (FAQ) Pakej Rahmah Prabayar Siswa – Kementerian Komunikasi
Berikut dilampirkan senarai Soalan Lazim yang dimuatnaik oleh Kementerian Komunikasi di laman web rasmi mereka:
MUAT TURUN SOALAN LAZIM (PDF) :
Maklumat Lanjut Pakej Rahmah Prabayar Siswa
Maklumat lanjut mengenai Pakej Rahmah Prabayar Siswa ini, sila layari laman web Kementerian Komunikasi di pautan https://www.komunikasi.gov.my/awam/faq
Untuk cara langganan bagi pakej tersebut, sila rujuk syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.
Para pelajar yang berminat boleh melayari laman web rasmi kelima-lima syarikat penyedia telekomunikasi yang dinyatakan untuk mengetahui perincian pakej yang ditawarkan oleh setiap syarikat telekomunikasi tersebut:
- CelcomDigi : https://www.celcomdigi.com/
- Maxis : https://www.maxis.com.my/
- Umobile : https://www.u.com.my/
- TM Tech : https://www.tm.com.my/
- YES : https://www.yes.my/