Pakej Rahmah Allo Broadband: Harga Internet & Cara Langgan

Pakej Rahmah Allo
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Akses ke internet kini merupakan satu keperluan harian dan seiring dengan itu, Pakej Rahmah Allo telah diperkenalkan dengan harga lebih mampu milik.

Pelancaran Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo yang menawarkan perkhidmatan internet kediaman pada harga rendah berbanding pasaran ini telah dibuat oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang pakej ini untuk makluman semua rakyat Malaysia.

Pengenalan

Pakej Perpaduan Allo, yang kini dikenali sebagai Pakej Rahmah adalah tawaran jalur lebar tetap khas mampu milik yang direka untuk rakyat Malaysia dan mampu dimanfaatkan oleh golongan sasar yang memerlukan. Penawaran pakej ini amat bertepatan dengan konsep Malaysia Madani yang dipupuk Kerajaan bagi memastikan rakyat Malaysia mampu mendapat kesejahteraan dari aspek sosial dan ekonomi serta merapatkan jurang digital.

Inisiatif Pakej RAHMAH ini merupakan bukti bahawa keperluan dan kebajikan rakyat untuk menikmati perkhidmatan Internet dengan harga lebih murah dan mampu milik, diberi perhatian serius oleh Kerajaan Perpaduan dan syarikat penyedia perkhidmatan.

Untuk info, Allo Technology Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Sumber: City Broadband  

Golongan Sasaran

Pengenalan Pakej Rahmah Allo ini disassarkan untuk golongan B40, belia, Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

Selain itu, pakej internet ini juga boleh dilanggan golongan veteran tentera, pesara polis, pesara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR)/ Perumahan Awam (PA).

Artikel menarik: 5 Cara Berkesan Lajukan Internet Lembab Di Rumah & Handphone

Harga Pakej Rahmah Allo Broadband

Pakej Rahmah Allo ditawarkan pada harga RM69 sebulan untuk kelajuan internet 100Mbps tanpa had data.

Pakej internet yang ditawarkan ini RM30 lebih murah daripada pelan pelan Allo sedia ada dan merupakan pelan jalur lebar tetap 100Mbps dengan harga terendah di dalam negara.

Semua inisiatif pakej internet yang diumumkan Kementerian Komunikasi Digital sebelum ini yang dikenali sebagai Pakej Perpaduan dijenamakan semula sebagai Pakej Rahmah selaras keputusan jemaah menteri.

Antara pakej internet yang diumumkan dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi adalah Pakej Perpaduan Internet Mudah Alih (Prabayar) dan Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap (Internet Kediaman) serta Pakej Perpaduan PPR/PA@MyKabel.

Penjenamaan semula Pakej Perpaduan kepada Pakej Rahmah antara lain adalah bagi memperingati jasa bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub yang mempelopori konsep Rahmah.

Akses Rangkaian Liputan

Setakat ini, akses rangkaian liputan Pakej Rahmah Allo meliputi Kedah, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor serta Cyberjaya,

Walau bagaimanapun, akses ini mungkin akan diperluas pada masa hadapan agar lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat melanggan Pakej Rahmah Allo yang lebih mesra poket ini.

pakej broadband allo internet rahmah
Sumber: BERNAMA via Jabatan Penerangan WPKL

Artikel berkaitan: TM Speed Test: Cara Check Line Internet Di Kawasan Anda

Cara Melanggan Pakej Rahmah Allo Bradband

Pakej ini tertakluk kepada kontrak 24 bulan dan boleh dilanggan bermula 28 Julai 2023 dengan tawaran dibuka sepanjang masa.

Orang ramai yang berminat untuk melanggan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo boleh berbuat demikian secara dalam talian di www.citybroadband.my atau Kedai Tenaga berdekatan, atau menghubung talian perkhiddmatan Allo di 1300-38-8000.

Pelanggan disaran membuat semakan kawasan liputan Allo terlebih dahulu dengan melayari laman sesawang https://www.citybroadband.my/support/coverage-map/ dan membuat carian menggunakan alamat kediaman rumah atau bandar tempat tinggal.

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut