8 Jenama Pad Bersalin Terbaik Untuk Bakal Ibu

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Bakal ibu pasti teruja untuk menimang cahaya mata. Namun, bagaimana pula dengan persiapan setelah bersalin?

Sudahkah anda mendapatkan pad bersalin yang selesa untuk dipakai nanti?

Terdapat pelbagai jenama tuala wanita dengan rekaan yang berbeza di pasaran namun yang manakah sering menjadi pilihan para ibu?

Di sini kami ingin syorkan beberapa jenama tuala wanita yang dipercayai oleh ramai ibu bersalin. Ayuh kita semak bersama-sama.

8 Jenama Pad Bersalin Terbaik Untuk Bakal Ibu

1. Beeson Maxi Care Sanitary Maternity Loop Pad

Pad ini mempunyai rekaan yang cukup sinonim untuk kegunaan ibu bersalin iaitu bertali gelung pada bahagian depan dan belakang.

Pad bertali berjenama Beeson ini juga mempunyai permukaan yang selesa, daya penyerapan yang tinggi serta bersaiz panjang dan lebar, sesuai untuk kegunaan selepas bersalin.

Pad bergred hospital ini turut disertakan dengan tali gelung untuk mengikat pada bahagian pinggang.

Para ibu hanya perlu ikuti arahan penggunaan seperti yang telah disediakan di bungkusan.

pad bersalin

2. Pad Libresse Maximum Securities Maxi Panties

Bagi para ibu yang mahu cara lebih mudah, dapatkan sahaja pad bersalin dengan rekaan panties. Tak perlu bersusah payah gunakan seluar dalam. Terus sarung untuk pakai.

Ini juga adalah antara alternatif yang lebih ringkas berbanding pad yang bertali dan sebagainya.

Pad Libresse Maximum Securities Maxi Panties ini didatangkan dalam 3 saiz iaitu S, M dan L.

Ia juga mempunyai rekaan body fit bagi mengelakkan kebocoran dan menjamin keselesaan para ibu.

Diperbuat dariapda 100% material breathable, ia mampu memberikan perlindungan berganda, bersaiz lebar dan panjang bagi mengelakkan kebocoran dari tepi dan belakang.

pad bersalin

3. Kotex Overnight Panties

Kotex Overnight Panties juga mempunyai 3 pilihan saiz. Rekaannya yang fleksibel dan perlindungan 360° membuatkan ibu senang bergerak setelah bersalin tanpa perlu risau akan kebocoran dari tepi atau belakang.

Setelah menggunakan, para ibu hanya perlu mengoyak pada bahagian tepi. Pad ini turut didatangkan dengan beg pakai buang bagi memudahkan para ibu membuangnya setelah menggunakan.

pad bersalin
Sumber ; Facebook Pemburu Tiket Murah

4. Autumnz Premium Plus Maternity

Pad bersalin berjenama Autumnz ini pula mirip dengan tuala wanita yang sering dipakai ketika haid.

Namun, apa yang membuatkannya lebih istimewa untuk bakal ibu adalah rekaan berkontur, rekaan yang lebar pada bahagian belakang dan pelindung sisi untuk perlindungan tambahan.

Para ibu juga bebas untuk pilih antara variasi 35cm atau 41cm mengikut aliran dan keselesaan masing-masing.

5. Lunavie Premium Maternity

Diperbuat daripada material breathable dan antibakteria, pad berjenama Lunavie ini turut menjadi pilihan para ibu bersalin yang selesa memakai tuala wanita jenis bersayap.

Dengan daya penyerapan yang tinggi, mesra pada kulit serta mudah kering, ia juga mampu memberikan keselesaan kepada para ibu tanpa perlu menukar pad berulang kali.

6. K-MOM MOTHER-K Miracle Maternity Pad

Pad yang diperbuat daripada material kapas lembut ini sesuai digunakan oleh para ibu tanpa perlu risau pada kawasan luka.

K-MOM MOTHER-K Miracle Maternity Pad ini juga dihasilkan dengan teknologi Premium Embo Air Hole bagi melancarkan penyerapan dan aliran udara.

Yang paling penting, ia juga mempunyai pelekat yang panjang dan kuat bagi mengekalkan kedudukan pad ketika digunakan.

pad bersalin

7. Pureen Madame Maternity Pads

Siapa sangka Pureen juga mengeluarkan pad bersalin untuk para ibu, bukan hanya barangan keperluan bayi?

Tuala wanita daripada Pureen dengan panjang 32 cm ini mempunyai rekaan yang hampir sama dengan pad bersalin Beeson, namun tanpa tali.

Sebaliknya, ia hadir bersama pelapik melekat bagi mengelakkan kedudukan pad bergerak. Jadi, para ibu boleh menggunakannya dengan lebih pantas dan mudah.

8. Shapee Overnight Sanitary Panties

Satu lagi jenama pad dengan rekaan seluar dalam, Shapee Overnight Sanitary Panties dihasilkan dengan teknologi Dri-Comfy bagi memberikan keselesaan maksima buat wanita serta para ibu bersalin.

Rekaan 360 fit juga membuatkan ia sesuai digunakan untuk aliran yang berat tanpa perlu risau tentang kebocoran.

Walaupun mempunyai rekaan berbeza, namun setiap satu daripada pad bersalin ini mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Yang jelas, kesemuanya diperbuat daripada bahan yang selesa, mempunyai daya penyerapan yang tinggi serta bersaiz lebih besar bagi menampung aliran berat.

Oleh itu, para ibu bolehlah memilih yang bersesuaian dengan keselesaan masing-masing.

Sumber : Facebook Hamil Dalam 3 Bulan

Baca Juga : 13 Senarai Barang Persediaan Berpantang Untuk Ibu Baru Bersalin

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut