Untuk keselamatan urusan perbankan internet, Public Bank menggunakan kod verifikasi yang dikenali sebagai PAC.
Kod PAC akan dihantar ke nombor telefon pelanggan yang didaftarkan dalam sistem Public Bank setiap kali membuat transaksi perbankan internet.
Bagi yang mungkin keliru, PAC sama sahaja dengan TAC yang digunakan oleh bank lain seperti Maybank dan CIMB.
Apa itu PAC?
PAC ialah kod pengesahan enam digit yang dihasilkan oleh sistem.
Setiap PAC adalah unik dan bertindak sebagai lapisan keselamatan tambahan untuk melindungi akaun perbankan anda.
Anda akan menerima PAC melalui SMS apabila anda melakukan transaksi dalam talian Public Bank dan ini hanya berlaku selepas anda berjaya log masuk ke PBe atau PB engage.
Sebaik sahaja anda berjaya mendaftarkan nombor telefon mudah alih anda, butang “Request PAC Now” akan tersedia kepada anda apabila anda membuat transaksi perbankan intrnet.
Keperluan PAC
PAC diperlukan untuk transaksi berikut:
- Pemindahan dana ke akaun PBB yang lain
- Interbank GIRO (IBG) / DuitNow Transfer / RENTAS
- Pembayaran bil
- Pelaburan
- Transaksi eFD / eTD-i
- Tambah nilai prabayar
- Ejen debit/pembayaran terus
- FPX
- Kiriman wang asing
- Pemindahan dana ke akaun sendiri dengan agregat harian melebihi RM5,000.00
- Pemindahan wang melalui Western Union
- JomPAY
- DuitNow
- Bayaran Pinjaman / Pembiayaan PB
- Pembayaran Kad PB
- PB Visa Direct
- Bayaran Lain (termasuk Bayaran KWSP / Bayaran Cukai Pendapatan / Lembaga Tabung Haji / Zakat / Wakaf)
- Beli / jual Akaun Pelaburan Emas
Cara tukar melalui mesin ATM
Antara cara termudah adalah melalui mesin ATM PUblic Bank di mana-manna sahaja.
- Masukkan kad ATM anda
- Masukkan Pin
- Pilih “Register / Change PAC Mobile” pada menu
- Masukkan nombor telefon baru anda
- Lakukan pengesahan penukaran
- Ambil resit sebagai bukti
Cara tukar di cawangan bank
Anda juga boleh ke mana-mana cawangan Public Bank berdekatan anda untuk menukar nombor telefon bagi PAC anda.
Kunjungi mana-mana cawangan bank, ambil nombor giliran dan datang ke kaunter apabila dipanggil.
Jangan lupa bawa bersama dokumen penting seperti kad pengenalan, kad debit dan sebagainya.
Maklumamkan kepada pegawai di kaunter anda ingin menukar dan mengemaskini nombor telefon anda untu penerimaan PAC dari Pubc Bank.
Cara tukar melalui Khidmat Pelanggan
Anda boleh melakukan penukaran nombor telefon untuk penerimaan kod PAC dari Public Bank dengan menghubungi talian khidmat pelanggan.
Hubungi talian Khidmat Pelanggan Public Bank di 03-2179-9999.
Maklumkan kepada pegawai di talian anda ingin menukar nombor telefon bagi urusan perbankan internet.
Pegawai di talian akan bertanyakan beberapa maklumat dan butiran peribadi berkakitan akaun anda untuk tujuan pengesahan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kod PAC Public Bank, rujuk halaman FAQ Public Bank di https://www.pbebank.com/Personal-Banking/FAQs/PBe-Online-Banking/PAC-(1).aspx