Notis Penangguhan ASB 2023 & Tarikh Pengumuman Dividen

Penangguhan Urus Niaga ASB bermula 21 Disember 2023 & Tarikh Pengumuman Dividen

Makluman tarikh penangguhan urus niaga bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB) bermula pada 21 Disember 2023.

Urus niaga ASB akan dibuka semula pada 1 Januari 2024 secara online, manakala kaunter akan dibuka bermula 2 Januari 2024.

Penangguhan urus niaga ini melibatkan semua unit amanah ASNB di semua saluran ASNB iaitu kaunter cawangan ASNB dan ejen-ejen seluruh negara serta saluran elektronik dan dalam talian termasuk portal dan aplikasi myASNB, perbankan internet ejen-ejen iaitu Maybank2u, CIMB Clicks, RHBNow, Affinonline, AmOnline dan HLB Connect, mesin kiosk di cawangan ASNB serta Mesin Juruwang Automatik (Automated Teller Machine) di Maybank
dan CIMB Bank.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Notis Penangguhan ASNB khas untuk makluman semua pemegang amanah ASB.

Tempoh Penangguhan Sementara Urus Niaga ASB 2023/2024

Pelabur yang ingin membuat pengeluaran secara dalam talian, buatlah transaksi lebih awal agar pembayaran dapat diterima sebelum tarikh penangguhan, iaitu dari 21 Disember 2023.

Jadi, anda perlu melaksanakan transaksi ASNB anda sebelum 21 Disember 2023.

Urus niaga di semua kaunter akan dibuka semula pada 2 Januari 2024 manakala platform dalam talian akan beroperasi mulai 1 Januari 2024.

Pengeluaran secara dalam talian hanya boleh dilakukan menerusi portal www.myasnb.com.my dan aplikasi myASNB dengan had maksimum sebanyak RM2,000 atau pengeluaran tiga (3) kali dalam sebulan. Urus niaga pengeluaran dalam talian yang berjaya dilaksanakan akan dikreditkan ke dalam akaun bank pelabur yang didaftarkan dengan ASNB pada hari bekerja berikutnya.

Sebarang pertanyaan, pemegang unit boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03-7730 8899 atau e-mel kepada [email protected]y.

Kenyataan akhbar: https://asnb.my/

notis penangguhan asb dividen 2023 2024

Baca juga: Cara Keluarkan ASB Online, Had Pengeluaran & Tempoh Urusniaga

Tarikh Pengumuman Dividen ASB 2023 / 2024

Tarikh pengumuman dividen ASB bagi tahun 2023 ialah pada 21 Disember 2023 oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

Sila rujuk kenyataan media berikut:

myASNB

myASNB adalah portal pelaburan yang disediakan oleh ASNB untuk kemudahan pemegang unit ASNB membuat transaksi secara atas talian yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan terkini.

Portal myASNB juga disediakan dalam bentuk aplikasi mudah alih.

Perkhidmatan yang disediakan di portal myASNB:

  • Tambah pelaburan terus daripada akaun bank anda
  • Semak rekod urus niaga dan baki pelaburan terkini
  • Kemas kini maklumat peribadi
  • Mengurus akaun pelaburan Akaun Bijak/Remaja anak anda
  • Perkhidmatan pelaburan bulanan automatik melalui Auto Labur

Layari: www.myasnb.com.my

Sejarah Pengagihan Dividen ASB

Sepanjang 30 tahun ASB ditubuhkan, unit amanah itu tidak pernah gagal menawarkan pulangan dividen yang kompetitif kepada pelaburnya, malah ada yang pernah mencecah sehingga dua angka terutama pada 1990-an.

Namun, ASB kini tidak lagi menawarkan pulangan setinggi pada awal penubuhannya disebabkan banyak faktor, termasuklah prestasi pasaran saham dan ekonomi negara yang banyak berubah berbanding ketika ASB mula dilancarkan.

Di bawah merupakan sejarah pengagihan pendapatan ASB tahun-tahun sebelum ini :

Dividen ASB Tahun 2022

  • Dividen – 4.60%
  • Bonus – 0.50%
  • Kadar Agihan – 5.10%

Dividen ASB Tahun 2021

  • Dividen – 4.25%
  • Bonus – 0.75%
  • Kadar Agihan – 5.00%

Sejarah Dividen ASB 1990-2020

dividen asb 2020

Yang menjadi persoalan ramai, adakah masih berbaloi melabur di ASB?

Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini ditubuhkan pada 22 Mei 1979 untuk menguruskan semua tabung yang dilancarkan oleh PNB. Setelah lebih 40 tahun berada dalam industri, ASNB kini menguruskan 16 tabung unit amanah dengan 273.3 bilion unit dalam edaran (UIC) dan 14.7 juta akaun setakat 30 September 2021.

ASNB menawarkan tabung unit amanah harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), Amanah Saham Bumiputera 3 – Didik (ASB 3 Didik), Amanah Saham Malaysia (ASM), Amanah Saham Malaysia 2 – Wawasan (ASM 2 Wawasan) dan Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) serta unit amanah harga berubah iaitu ASN, ASN Equity 2, ASN Equity 3, ASN Equity 5, ASN Equity Global, ASN Imbang 1, ASN Imbang 2, ASN Imbang 3 Global, ASN Sara 1 dan ASN Sara 2.

Tabung-tabung ini berfungsi sebagai instrumen pelaburan untuk membantu rakyat Malaysia merancang keperluan kewangan masa hadapan mereka.

ASNB juga menyediakan rangkaian saluran yang meluas bagi memudahkan pelabur membuat transaksi pelaburan mereka.

Kemudahan tersebut boleh didapati di 32 cawangan ASNB dan di lebih 2,700 cawangan ejen ASNB seluruh negara. Di samping itu, ASNB menyediakan kemudahan transaksi terpilih dalam talian melalui portal dan aplikasi mudah alih myASNB www.myasnb.com.my.

Ejen-ejen ASNB juga turut menyediakan kemudahan pelaburan dalam talian melalui portal perbankan internet seperti Maybank2u, CIMB Clicks, RHB Now, Affinonline dan HLB Connect.

Pelaburan tambahan juga boleh dibuat di semua mesin ATM Maybank dan CIMB Bank.

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!