Cara Dapatkan Nombor VA (Virtual Account) LHDN

Nombor VA (Virtual Account) LHDN merupakan satu nombor unik 14 digit yang merupakan identiti setiap bayaran cukai kepada pihak LHDN.

e-TT merupakan sistem yang menjana Nombor Virtual Account (VA) bagi tujuan bayaran cukai menggunakan Mod Telegraphic Transfer.

Setiap no. VA adalah terhad kepada satu transaksi sahaja.

Penggunaan nombor Virtual Account ini merupakan satu penambahbaikan daripada pihak LHDN bagi memudahkan rujukan pembayaran cukai dan mempertinngkatkan keselamat para pembayar cukai.

Jenis-jenis cukai

Janaan nombor VA di e-TT hanya dibenarkan bagi tujuan bayaran cukai daripada dalam dan luar negara yang terdiri daripada jenis cukai berikut:

  • Cukai Pendapatan
  • Cukai Pegangan (WHT)
  • Cukai Pendapatan Petroleum (PITA)
  • Kompaun
  • Penghibur Awam
  • Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) – Tertakluk di bawah Seksyen 21B Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 (Borang CKHT502)

Artikel berkaitan: e-TT Hasil : Cara Buat Bayaran Cukai LHDN MyTax

Cara dapatkan Nombor VA Virtual Account LHDN

Anda boleh mengikuti langkah-langkah mudah berikut untuk mengetahui cara mendapatkan Nombor VA untuk setiap transaksi yang dilakukan:

  1. Layari portal e-TT di alamat https://ett.hasil.gov.my/
  2. Klik pada butang “Teruskan”
  3. Isi segala butiran pada Langkah 1: Maklumat Pengenalan
  4. Kemudian, lengkapkan maklumat pada Langkah 2: Maklumat Bayaran
  5. Pada Langkah 3: Cetakan Nombor VA anda akan mendapat nombor unik anda. Pastikan anda mencetak nombor tersebut sebelum keluar.

Nombor yang diberikan perlu digunakan sebagai nombor akaun bayaran semasa melakukan bayaran menerusi kaedah pindahan telegrafik (TT) di kaunter bank atau menerusi portal perbankan elektronik.

Kaedah bayaran menggunakan Nombor VA

Bayaran cukai menggunakan VA dari Sistem e-TT boleh dilakukan melalui:

  1. Portal perbankan internet menerusi IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang;
  2. Kaunter Bank : IBG / RENTAS / Pindahan Telegrafik / Pindahan Wang sahaja (Bayaran secara tunai dan cek tidak dibenarkan)
  3. Mesin Wang Automatik (Automated Teller Machine (ATM)).

Pertanyaan dan maklumat lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengguna No. VA ini, anda boleh menghubungi pegawai yang bertugas melalui salah sat kaedah d bawah:

  • Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)
  • HASiL Live Chat
  • Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM
Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!