Naproxen Sodium 550 mg : Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

naproxen sodium 550 mg
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Apakah kegunaan Naproxen Sodium 550 mg untuk melegakan masalah kesihatan dan cara pengambilannya yang betul?

Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan Naproxen Sodium 550 mg dan kegunaannya kepada kesihatan.

Baca juga: Pantoprazole 40 mg: Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Apa itu Naproxen Sodium 550 mg

naproxen sodium 550 mg

Naproxen Sodium 550 mg adalah sejenis ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang digunakan untuk melegakan kesakitan, bengkak, dan keradangan. Ia sering digunakan untuk merawat sakit akut dan kronik seperti sakit otot, sakit sendi, dan sakit belakang.

Kandungan Naproxen Sodium 550 mg

Selain bahan aktif utama, tablet Naproxen Sodium 550 mg juga mengandungi bahan tambahan (eksipien) untuk memastikan kestabilan dan keberkesanan ubat. Bahan tambahan ini mungkin termasuk:

  • Silicon dioxide – digunakan untuk mencegah kelembapan dan mengekalkan jangka hayat ubat.
  • Laktosa monohidrat – sebagai pengisi untuk membentuk tablet.
  • Selulosa mikrokristalin – membantu dalam kestabilan tablet dan meningkatkan kelarutan bahan aktif.
  • Magnesium stearat – sebagai agen anti-gumpal untuk memastikan tablet tidak melekat semasa pembuatan.
  • Povidone (polyvinylpyrrolidone, PVP) – berfungsi sebagai agen pengikat untuk mengekalkan struktur tablet.
  • Sodium starch glycolate – membantu dalam pemecahan tablet untuk memastikan penyerapan ubat dalam badan lebih cepat.

Baca juga: Controloc : Kegunaan, Dos dan Kesan Sampingan

Fungsi dan Kepentingannya

Ubat ini berkesan untuk mengurangkan kesakitan akibat artritis, termasuk osteoartritis dan rheumatoid arthritis, serta gangguan muskuloskeletal lain.

Selain itu, Naproxen Sodium 550 mg sering digunakan untuk merawat senggugut (dysmenorrhea) dengan mengurangkan kekejangan rahim dan kesakitan haid. Ubat ini juga berfungsi sebagai penahan sakit bagi keadaan seperti migrain dan sakit selepas pembedahan kecil atau kecederaan.

Cara Pengambilan Naproxen Sodium 550 mg

Ambil ubat ini seperti yang diarahkan oleh ahli farmasi atau doktor. Bagi jenis tablet, anda boleh mengambilnya dengan atau tanpa makanan.

Masalah otot, sendi atau tendon, melegakan arthritis (keradangan sendi) atau kesakitan selepas pembedahan atau selepas gegelung kontraspetif dipasangdan sakit haid:

  • Dos disyorkan adalah 550 mg yang diberikan pada awalnya, dan diikuti dengan 275 mg setiap 6 hingga 8 jam sepertimana yang diperlukan. Jumlah dos harian tidak boleh melebihi daripada 1375 mg

Gout:

  • Dos permulaan adalah 825mg dan diikuti dengan 275 mg setiap 8 jam sehingga simptom gout hilang.

Menorrhagia (darah haid yang banyak dan berpanjangan):

  • 825-1375mg diambil setiap hari dalam dua bahagian dos pada hari pertama. Jumlah dos harian tidak boleh melebihi daripada 1100mg dalam hari yang berikut.

Sakit kepala:

  • Dos yang perlu diambil adalah 825 mg. Dos tambahan 275 mg- 550 mg boleh diambil sekurang-kurangnya satu jam selepas dos pertama.

Ubat yang Boleh Berinteraksi dengan Naproxen Sodium

Naproxen Sodium 550 mg boleh berinteraksi dengan pelbagai jenis ubat lain, yang boleh meningkatkan risiko kesan sampingan atau mengurangkan keberkesanannya. Berikut adalah beberapa kategori utama ubat yang boleh berinteraksi dengan Naproxen Sodium:

1. Ubat Penipis Darah (Antikoagulan & Antiplatelet)

  • Warfarin, Heparin, Clopidogrel, Aspirin
  • Interaksi ini boleh meningkatkan risiko pendarahan, termasuk pendarahan dalaman dalam perut atau usus.

2. Ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAID) Lain

  • Ibuprofen, Diclofenac, Celecoxib, Ketoprofen, Mefenamic Acid (Ponstan)
  • Mengambil Naproxen bersama NSAID lain boleh meningkatkan risiko ulser perut, pendarahan gastrik, dan kerosakan buah pinggang.

3. Ubat Steroid (Kortikosteroid)

  • Prednisolone, Dexamethasone, Hydrocortisone
  • Penggunaan bersamaan boleh meningkatkan risiko ulser perut dan pendarahan gastrousus.

4. Ubat untuk Tekanan Darah Tinggi (Antihipertensi & Diuretik)

  • ACE inhibitors (Enalapril, Lisinopril), ARB (Losartan, Valsartan), Beta-blockers (Propranolol, Metoprolol), Diuretik (Furosemide, Hydrochlorothiazide)
  • Naproxen boleh mengurangkan keberkesanan ubat tekanan darah tinggi dan meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang.

5. Ubat untuk Masalah Jantung (Digoxin & Lithium)

  • Digoxin – Naproxen boleh meningkatkan tahap digoxin dalam darah, menyebabkan toksisiti jantung.
  • Lithium – Risiko keracunan lithium boleh meningkat kerana Naproxen mengurangkan perkumuhan lithium dari badan.

6. Ubat untuk Diabetes

  • Insulin, Metformin, Sulfonylurea (Gliclazide, Glibenclamide)
  • Naproxen boleh mengganggu kawalan gula dalam darah, meningkatkan risiko hipoglisemia atau hiperglisemia.

7. Ubat untuk Penyakit Mental & Epilepsi

  • Selective Serotonin Reuptake Inhibitors (SSRI) seperti Fluoxetine, Sertraline, Paroxetine.
  • Meningkatkan risiko pendarahan dalaman kerana kesan terhadap platelet.
  • Antiepileptik seperti Phenytoin – Naproxen boleh meningkatkan kepekatan phenytoin dalam darah, menyebabkan kesan sampingan neurologi.

8. Ubat Imunosupresif & Kemoterapi

  • Methotrexate, Cyclosporine, Tacrolimus
  • Risiko kerosakan buah pinggang dan toksisiti hati meningkat jika diambil bersama Naproxen.

Kaedah Penyimpanan Naproxen Sodium

Simpan Naproxen Sodium ini di bawah suhu 25ºC, elakkan daripada terdedah kepada cahaya dan kelembapan. Anda juga boleh simpan dalam bekas yang tertutup dan rawat.

Kesan Sampingan

Seperti kebanyakkan ubat-ubatan lain, Naproxen Sodium 550 mg juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri bergantung kepada individu yang berbeza-beza. Antara kesan sampingan yang boleh anda dapat adalah seperti berikut:

  • Gejala seperti selesema
  • Sakit perut atau ketidakselesaan perut
  • Sembelit atau cirit-birit
  • Kembung perut atau pedih ulu hati
  • Loya atau muntah
  • Sakit kepala
  • Ruam
  • Lebam

Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan Naproxen Sodium 550 mg dapat memberikan anda informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.

Sumber:

  1. Sonap Caplet / Forte Caplet. National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA)
  2. What to Know about Naproxen. Medical News Today
  3. Single Dose Oral Naproxen and Naproxen Sodium for Acute Postoperative Pain (Review). Europe PubMed Central
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut