Tahukah anda gula boleh menyebabkan ketagihan? Dengan erti kata lain, semakin kerap anda mengambilnya, semakin sukar untuk anda meninggalkannya.
Walaupun tubuh memerlukan gula sebagai salah satu sumber tenaga, namun pengambilan makanan dan minuman manis yang berlebihan juga boleh memberikan pelbagai kesan buruk kepada kesihatan antaranya :
- Kenaikan berat badan
- Risiko penyakit jantung, diabetes dan kanser
- Fizikal kelihatan cepat tua
- Kemurungan
- Kerosakan gigi
Bagi anda yang berazam untuk mengurangkan pengambilan gula, anda bukan sahaja perlu berhati-hati dengan jumlah gula yang diambil.
Malah, anda juga perlu peka dengan nama lain gula yang mungkin anda terlepas pandang.
Oleh itu, ayuh kita kenalinya bersama-sama.
Nama Lain Gula Yang Mungkin Anda Tak Tahu
Bagi anda yang ingin mengawal pengambilan gula, anda perlulah ketahui nama lain bagi gula yang mungkin terdapat dalam makanan dalam minuman antaranya :
- Gula melaka
- Gula kabong
- Gula perang
- Molasses
- Golden syrup
- Maple syrup
- Ekstrak beras (rice extract)
- Maltose (maltose)
- Manitol (mannitol)
- Maltosa (maltose)
- Ekstrak malt (malt extract)
- Malt syrup
- Isomalt
- Madu (honey)
- Xylitol
- Gliserol
- Sorbitol
- Sirap jagung (corn syrup)
Jangan Terpedaya Dengan Minuman Zero Sugar
Sesetengah orang memilih untuk mengambil minuman ‘zero-sugar’ sebagai pengganti minuman manis.
Walau bagaimanapun, minuman ‘zero-sugar’ selalunya mengandungi pengganti gula yang tidak dapat membantu dalam mengurangkan masalah ketagihan gula.
Antara pengganti gula yang sering ditemui dalam minuman adalah :
- Aspartame
- Stevia
- Saccharin
- Advantame
- Acesulfame K
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
Anda juga boleh ikuti panduan untuk mengurangkan pengambilan gula seperti berikut :
- Minum air kosong bagi menggantikan minuman manis seperti air berkarbonat, kordial atau minuman 3 dalam 1.
- Hadkan pengambilan kek atau kuih yang manis atau bersalut gula.
- Hindari snek yang mengandungi kandungan gula tinggi antara waktu makan utama dan sebelum tidur.
- Pilih produk yang berlabel ‘bebas gula’ atau ‘rendah gula’.
- Baca label dan elakkan produk yang menyenaraikan gula di bahagian awal senarai ramuan
- Makan buah sebagai pencuci mulut bagi menggantikan makanan bergula seperti bubur manis, kek dan kuih muih.
- Sediakan atau masak makanan dan minuman sendiri di rumah bagi mengawal pengambilan gula harian.
Dengan mengenali nama lain gula dan mengawal pengambilan gula harian, anda juga boleh mulakan amalan pemakanan sihat demi kehidupan yang lebih baik.
Sekiranya ragu, anda boleh mendapatkan nasihat atau rundingan daripada doktor atau pegawai dietitik bagi memberi bimbingan dari segi pemakanan khususnya bagi anda yang mempunyai penyakit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dalam menjaga kesihatan diri dan seisi keluarga.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Baca Juga : Susu Pekat: Sebanyak Mana Kuantiti Gula di Sebalik Tin?