MySTR: Login Portal Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

MySTR merupakan sebuah portal sehenti untuk program bantuan kerajaan Persekutuan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Melalui portal ini, rakyat Malaysia yang layak memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh mendaftar, menyemak dan mendapatkan maklumat terkini mengenai program bantuan rakayat ini.

Dengan peningkatan kewujudan aktiviti penipuan dalam talian daripada scammer, diharapkan dengan kewujudan portal rasmi STR yang dikenali sebagai MySTR ini dapat mengelakkan lebih ramai Malaysia yang dalam kesempitan daripada ditipu oleh scammer yang mengambil kesempatan daripada rakyat yang terdesak.

Pendaftaran Akaun MySTR

Sekiranya anda memenuhi syarat untuk mendapat bantuan STR, anda dikehendaki untuk mendaftarkan akaun anda di laman MySTR untuk memastikan anda memperoleh segala manfaat di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini.

Untuk mendaftarkan akaun anda, ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari portal MySTR di alamat https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik pada butang “Permohonan Baru STR 2024”
  3. Lengkapkan segala butiran maklumat diri
  4. Lengkapkan setiap langkah yang diminta sehingga selesai

Artikel berkaitan: Kemaskini STR 2024 (Sumbangan Tunai Rahmah)

Log Masuk Akaun MySTR

Setelah anda menyelesaikan proses pendaftaran di atas, anda boleh login ke dalam akaun anda dengan cara berikut:

  1. Masukkan nombor kad pengenalan anda di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Log Masuk
  3. Kemudian, klik butang Semak

Sekiranya anda telah memohon STR, status permohonan anda akan dipaparkan.

Kadar Bantuan Keseluruhan

Menurut Belanjawan 2024 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000 : 3 – 4 Anak
    • RM1,500 : 1 – 2 Anak
    • RM1,000 : Tiada Anak
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000 : 3 – 4 Anak
    • RM750 : 1 – 2 Anak
    • RM500 : Tiada Anak
  • Warga Emas Bujang
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350
sumbangan tunai rahmah 2024 mystr
Sumber: https://belanjawan.mof.gov.my/pdf/belanjawan2024/ucapan/touchpoint-budget-bm.pdf
sumbangan tunai rahmah 2024 mystr

Cara Semakan Status MySTR

Semakan status STR boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah untuk semakan STR:

  1. Klik log masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 3 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 3
  6. Masukkan kata laluan

Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Untuk mengetahui sama ada wang anda telah dikreditkan, sila klik di butang MAKLUMAT BAYARAN.

Anda akan mendapati paparan seperti berikut:

Sila rujuk STATUS KREDIT. Jika dinyatakan DALAM PROSES PENGKREDITAN, berm

Maklumat Terkini Pemberian STR

Portal MySTR berfungsi sebagai medium rasmi segala maklumat terkini bagi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR), sekaligus mengurangkan kebarangkalian rakyat Malaysia mendapat maklumat tidak sahih mengenai program ini.

Ini membaca maklumat terkini mengenai program bantuan STR, pastikan anda mengklik tab Maklumat Terkini seperti gambar di atas.

Hebahan Infografik

hebahan infografik mystr

Menariknya, portal MySTR ini juga menyedian hebahan infografik rasmi mengenai STR.

Sebagai pengguna, anda boleh memuat turun dan berkongsi mana-mana infografik rasmi mengenai STR ini kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau sesiapa sahaja yang layak menerima STT ini.

Pemberian infografik ini secara tidak langsung dapat mengelakkan penularan maklumat tidak sahih yang ditularkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Notis Amaran Scammer STR

scammer sumbangan tunai rahmah mystr

MySTR berfungsi sebagai medium rasmi untuk segala perkara berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Kewujudan portal ini secara tidak langsung berperanan mengelakkan rakyat Malaysia daripada menjadi aktiviti scammer.

Malah, diportal ini turut dimuatkan dengan Notis Amaran agar tiada lagi penerima STR menjadi mangsa sindiket scammer yang mengambil kesempatan ini.

Bantu kami share artikel ini: