MySG KPM: Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah & Rendah

MySG ialah garis panduan pengurusan sekolah komprehensif dan sistematik, bertujuan mengatasi isu kekaburan peranan guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) di sekolah serta menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti daripada Bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4 bagi tahun 2021 telah menerbitkan MySG (Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah & Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia: Malaysia School Governance)

Baca juga: Duit Kertas Rosak : Garis Panduan Pertukaran Nilai Di BNM

Tujuan MySG

MySG bertujuan mengurangkan kekaburan dalam pelaksanaan tugas dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi penyampaian pendidikan.

Ia sebenarnya mahu memastikan guru menjalankan tanggungjawab berasaskan kepada peraturan dan pekeliling sedia ada.

Menurut KPM, MySG merupakan satu panduan pengurusan sekolah yang komprehensif dan sistematik bertujuan untuk mengatasi isu kekaburan peranan dan menyeragamkan pengurusan sekolah berdasarkan program dan aktiviti dari Bahagian-bahagian KPM yang perlu ada di semua sekolah.

Penyediaan senarai tugas guru merupakan merupakan salah satu pelan rangka jangka panjang yang terkandung dalam tindak susul Kajian Inisiatif #97 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025: Menangani Tugas dan Tanggungjawab Guru di Sekolah-sekolah KPM.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan ke-214 Bil. 8/2017 bertarikh 5 Oktober 2017 telah bersetuju Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM menjadi peneraju kepada inisiatif ini.

Walaubagaimanapun, penerbitan MySG ini tidak menghalang pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merancang dan melaksanakan amalan terabik (program dan aktiviti) di negeri dan daerah masing-masing yang bersesuaian dengan keupayaan sumber di sekolah.

Jadual Waktu Bekerja & Tugas Guru

MySG menggariskan waktu bekerja penjawat awam di negara ini dalam seminggu adalah 45 jam seperti ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan selaras ketetapan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO).

mysg kpm
mysg kpm

Baca juga: Login APDM KPM: Aplikasi Pangkalan Data Murid Online & Kehadiran

Muat Turun

Mesyuarat Profesional KPM Bil. 11/2021 bertarikh 23 Mac 2021 bersetuju dan meluluskan penggunaan garis panduan tadbir urus sekolah Malaysia yang dinamakan Malaysian School Governance (MySG) sebagai rujukan rasmi pengurusan sekolah-sekolah KPM.

Dokumen setebal hampir 350 muka surat itu boleh dimuat turun melalui laman web rasmi KPM atau klik sahaja melalui pautan di bawah.

i) MySG_Sekolah Rendah : Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

ii) MySG_Sekolah Menengah : Garis Panduan Tadbir Urus Sekolah Menengah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pautan Muat Turun:

Bantu kami share artikel ini:

eCentral Newsletter

Nak tahu bantuan bulan depan? Subscribe sekarang!