Calon / ibu bapa boleh menyemak keputusan SPM 2024/2025 mulai pukul 10:00 pagi pada 24 April 2025 sehingga pukul 6:00 petang pada 30 April 2025 melalui laman web KPM, iaitu myresultspm.moe.gov.my.
Laman ini membenarkan anda untuk membuat semakan keputusan secara dalam talian dengan mudah. Ikuti langkah di bawah untuk mula menyemak.
Kaedah Semakan Keputusan SPM Melalui Portal KPM (myresultspm.moe.gov.my)
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan result SPM melalui kaedah berikut:
Pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan dilaksanakan pada 27 Mei 2024.
KAEDAH 1 : SEMAKAN DI SEKOLAH
Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada 27 Mei 2024.
Calon yang menghadapi isu akses boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing atau di sekolah yang berdekatan.
KAEDAH 2 : SEMAKAN ONLINE
Calon digalakkan untuk menyemak keputusan masing-masing secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi sehingga 30 April 2025, pukul 6.00 petang.
Calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian menerusi pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM 2024/2025 mulai 10 pagi pada 24 April 2025 hingga pukul 6 petang 30 April 2025.
KAEDAH 3 : SEMAKAN SMS
Calon juga boleh menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM Tahun 2024 dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
( Contoh: SPM 070203045678 AA001A001 )
Sistem ini akan diaktifkan mulai 24 April 2025, pukul 10.00 pagi sehingga 30 April 2025, pukul 6.00 petang.
Baca juga:
- e-Lembaga Peperiksaan Malaysia : Semakan Keputusan, Slip & Sijil
- Pengeluaran KWSP 2024 : Jenis Akaun, Syarat & Cara Pengeluaran
Takrifan Gred Keputusan SPM / UPBA
Berikut dikongsikan juga takrifan gred pada slip keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia untuk makluman bersama.
TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SPM
- A+ : Cemerlang Tertinggi
- A : Cemerlang Tinggi
- A- : Cemerlang
- B+ : Kepujian Tertinggi
- B : Kepujian Tinggi
- B : Kepujian Atas
- C : Kepujian
- D : Lulus Atas
- E : Lulus
- G : Gagal
- Keputusan ditahan / dibatalkan
- Catatan “Digantung” menerangkan calon berkenaan disyaki telah melakukan salah laku semasa peperiksaan dan keputusan hanya dikeluarkan selepas siasatan selesai dijalankan.
- Catatan “Dibatalkan” menerangkan calon terbukti melakukan salah laku dan ditanda dengan “X” dalam slip keputusan peperiksaan.
- Keputusan “T”
- Catatan “T” menerangkan calon tidak hadir kertas yang diduduki sama ada keseluruhan kertas atau sebahagian kertas.
TAKRIFAN GRED PADA SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPBA (UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA) & PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS
Semak Semula Keputusan SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia)
Sistem e-Lembaga Peperiksaan (ELP) akan dibuka kepada anda yang ingin membuat semakan semula keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia.
Semakan semula keputusan peperiksaan akan dicaj RM100 bagi setiap mata pelajaran.
Berikut adalah langkah untuk membuat semakan semula keputusan peperiksaan anda:
- Semakan semula keputusan dibuka selama 30 hari pada waktu dan masa yang akan dimaklumkan kelak.
- Sila layari laman web https://elp.moe.gov.my atau gunakan aplikasi e-Lembaga Peperiksaan
- Klik pada permohonan semakan semula keputusan
- Buat pembayaran bagi melengkapkan proses permohonan anda. Bayaran adalah RM100/matapelajaran
- Selesai.
- Jika keputusan kekal, slip keputusan yang sedia ada adalah terpakai
- Jika keputusan berubah, calon sekolah perlu hubungi SUP dan calon persendirian perlu hubungi SPP, JPN untuk slip baharu
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing atau dapatkan info terkini melalui :
- Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia
- Laman web rasmi KPM : https://www.moe.gov.my/
- Laman web semakan keputusan : https://myresultspm.moe.gov.my/