Bagi individu yang ingin memohon pinjaman pelajaran MARA, anda dikehendaki untuk melakukan ujian psikometrik di laman MyPersonaliti MARA sebagai salah satu syarat permohonan.
Memandangkan setiap tahun ramai calon yang memohon, maka ujian psikometrik ini digunakan sebagai alat bagi menapis calon yang benar-benar layak sahaja.
Pihak MARA menggunakan laman ini sebagai platform untuk melakukan ujian psikometrik bagi calon yang memohon kerja dengan pihak MARA dan peminjam pinjaman pelajaran MARA.
Fungsi MyPersonaliti MARA
MyPersonaliti MARA merupakan sebuah portal dalam talian yang dibangunkan oleh pihak MARA bagi tujuan menjalankan ujian psikometrik secara dalam talian.
Melalui portal atau sistem ini, calon atau individu yang memohon pinjaman pengajian tidak lagi perlu menghadirkan diri secara fizikal untuk menjawab ujian psikometrik.
Kebanyakan calon berfikiran bahawa ujian ini hanyalah hendak menguji kebolehan seseorang itu dalam menilai perkara positif dan negatif.
Walau bagaimanapun, objektif sebenar ujian psikometrik adalah sebagai alat untuk menilai sikap, pengetahuan, kompetensi, kemahiran dan personaliti seseorang calon itu.
Ujian psikometrik ini juga banyak diwajibkan dalam proses permohnan kerja kosong dan hasil keputusan daripada ujian psikometrik inilah yang akan menentukan sama ada seseorang calon itu sesuai atau tidak.
Artikel berkaitan: TVET MARA : Semakan Permohonan KKTM, MJII & IKM
Cara daftar di MyPersonaliti MARA
Calon yang dikehendaki untuk menjawab ujian psikometrik ini akan menerima emel jemputan daripada pihak MARA terlebih dahulu.
Disertakan bersama-sama emel jemputan tersebut adalah butiran yang berkaitan seperti jawatan yang dipohon, tarikh serta waktu ujian dijalankan.
Anda juga akan menerima butiran daftar dan log masuk ke akaun MyPersonaliti MARA melalui emel.
Cara Log Masuk
Berikut merupakan langkah-langkah untuk log masuk ke akaun anda bagi menjawab soalan ujian psikometrik:
- Layari portal MyPersonaliti MARA di alamat https://mypersonaliti.mara.gov.my/
Format Soalan
Tiada format tetap bagi ujian psikometrik yang dijalankan melalui laman MyPersonaliti MARA.
Namun, kebiasaannya soalan berbentuk objektif akan diberikan di mana calon akan diminta untuk memilih satu jawapan daripada senarai jawapan yang diberikan.
Sebagai panduan bentuk soalan ujian pskimetrik, anda boleh merujuk 2 artikel yang diterbitkan di bawah: