MyLesen PSV Bas 2024 – Permohonan Lesen PSV Percuma Untuk B40

MyLesen PSV Bas
Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut

Lesen PSV PERCUMA Untuk Golongan B40 melalui program MyLesen PSV Bas.

Sebanyak 750 kuota permohonan terawal Lesen Vokasional bagi Kelas Perkhidmatan Awam (PSV) E-Hailing/Teksi/Bas (BTM > 7,500 kg) telah disediakan di dalam Program MyLesen PSV Bas yang telah dilaksanakan oleh kerajaan melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia.

Program ini khusus untuk membantu kumpulan B40 dalam mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah mereka melalui peluang pekerjaan dalam sektor kenderaan perkhidmatan awam dan pelancongan.

Di bawah tawaran ini, sejumlah 750 lesen PSVtersedia melibatkan khidmat bas di seluruh negara.

Usaha tersebut akan membantu B40 meringankan kos bagi keperluan lesen PSV.

Untuk pengetahuan semua, bagi memiliki lesen PSV bas, pengguna perlu menanggung kos sekitar RM2,590.

Maka melalui tawaran tersebut, ini akan membuka peluang kepada golongan B40 untuk meneroka pekerjaan yang lebih luas dalam sektor pengangkutan khususnya melibatkan khidmat bas yang ketika ini berdepan kekurangan petugas.

Tidak hanya itu, MOT turut berpendapat usaha ini tidak hanya membantu B40 tetapi meningkatkan lagi kerancakkan arena perkhidmatan dalam membantu sektor pelancongan negara kembali memulih.

Pengenalan Program MyPSV 2024

Program MyLesen PSV Bas 2024 merupakan kesinambungan daripada program program seumpamanya yang dilancarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) pada tahun 2023.

Program ini adalah satu inisiatif Kerajaan bagi memperkasa 4,000 orang penerima yang terkesan akibat penularan pandemik COVID-19 bagi mendapatkan Lesen Vokasional Malaysia bagi Kelas Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi pengambilan Lesen Memandu Kompeten (Competent Driving License – CDL) kelas E dan juga Lesen PSV E-Hailing/ Teksi; atau PSV Bas BTM > 7,500kg tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

MyLesen PSV Bas

Kuota

Bagi program MyLesen PSV Bas ini, kerajaan hanya memperuntukkan kuota sebanyak 750 orang sahaja berdasarkan oknsep siapa cepat dia dapat.

Syarat Permohonan MyLesen PSV Bas

syarat MyLesen PSV Bas

Individu yang memenuhi syarat MyLesen PSV Bas di bawah dipelawa untuk menghantar permohonan dengan segera kerana kuota adalah terhad:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 Tahun dan Ke Atas
  3. Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  4. Lulus Pemeriksaan Kesihatan (JPJL8A)
  5. Bebas Senarai Hitam Мahkamah, JPJ dan PDRM
  6. Telah Memiliki Lesen Kompeten (CDL) Kelas D Lebih Satu (1) Tahun

Terma dan Syarat Penyertaan Program MyLesen PSV Bas 2024 (Peserta)

1. Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.

2. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D/ DA) bagi permohonan PSV E-Hailing/ Teksi.

3. Peserta mempunyai Lesen Memandu Kompeten Kelas D (CDL D) (sekurang-kurangnya satu tahun) atau Lesen Memandu Kompeten Kelas E (CDL E) bagi permohonan PSV Bas.

4. Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta dan Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.

5. Peserta (yang berjaya melepasi saringan dan ditawarkan untuk menyertai Program) perlu mematuhi syarat lulus pemeriksaan perubatan kesihatan permohonan Lesen Vokasional (Borang JPJL8A) yang ditetapkan dan kos pemeriksaan adalah ditanggung oleh peserta sendiri dan tidak termasuk di dalam pakej pembiayaan ini.

6. Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali, ujian dan lesen. Pakej tajaan yuran ini hanya untuk lulus kali pertama dan kedua sahaja.

7. Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.

8. Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.

9. Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.

10. Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.

11. Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

Tiada masa untuk renew lesen PSV? Dapatkan perkhidmatan runner untuk perbaharui lesen PSV anda.

Cara Permohonan

Individu yang berminat untuk memohon program MyLesen PSV Bas 2004 boleh scan kod QR di bawah untuk menghantar permohonan:

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai program MyLesen PSV Bas ini boleh dikemukakan ke:

Talian: 03-8892 8714 03-8892 8693

Emel: [email protected]

Untuk maklumat lanjut sila layari di pautan yang tersedia dibawah:

https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat/faq/mypsv.html

Baca juga: Pendaftaran Program MyLesen B2 2023 – Bantuan Lesen Percuma B40

Follow eCentral di WhatsApp Channel
Ikut